Samsung SMART TV




me 06.1 Samsung SMART TV

RANGKAIAN Smart TV 3D LED daripada Samsung kini menawarkan akses hiburan berkualiti dan pelayaran Internet terus dari televisyen.


MEMBAWA transformasi total dalam pembangunan teknologi audio visual, syarikat peneraju pasaran bagi produk elektronik, Samsung telah memperkenalkan rangkaian televisyen pintar 3D LED TV dikenali sebagai Smart TV.
Kehadirannya bakal membawa pengguna menerokai dimensi baru dunia tontonan televisyen secara lebih menarik dan interaktif.
Menurut Pengarah Urusan Samsung Malaysia Electronics Sdn. Bhd. (Samsung), Yu Jai Sul, Smart TV bakal menawarkan pengguna pilihan dan kawalan akses personal terhadap kandungan yang ingin mereka nikmati.
“Pembangunan Smart TV memberi fokus kepada tiga elemen utama iaitu reka bentuk pintar, pengalaman pintar dan sambungan pintar.
“Selain itu, ia turut menyediakan pelbagai pilihan aplikasi berkualiti bertujuan memberi hiburan terbaik kepada pengguna,” katanya pada pelancaran produk itu di Kuala Lumpur baru-baru.
Smart TV diintegrasikan bersama aplikasi Smart Hub sebagai laluan akses utama kepada semua kandungan serta pelayaran Internet terus daripada televisyen.
Ia merangkumi aplikasi permainan video, akses laman web rangkaian sosial, maklumat sukan, pelancongan, hiburan dan sebagainya.
Di samping itu, ia turut mempunyai aplikasi Search All bagi kemudahan pencarian apa juga kandungan daripada televisyen, capaian DLNA, storan media, rangkaian PC, peranti mobiliti, Internet atau perkhidmatan video permintaan (video on demand).
Bukan setakat itu, Smart TV juga dilengkapi fungsi Social TV untuk capaian laman borak secara dalam talian pada masa nyata sambil menonton televisyen.
Bagi memuat turun pelbagai aplikasi pula, pengguna boleh mengakses platform Samsung Apps yang merupakan stor aplikasi pertama dunia berasaskan HDTV.
Melihat daripada sudut kejuruteraan, Smart TV mempunyai binaan lebih moden seperti bingkai panel nipis untuk paparan lebih jelas dan luas selain kualiti tiga dimensi (3D) terbaik.
Bagi tujuan mempertingkatkan kecemerlangan imej 3D, Smart TV disempurnakan bersama teknologi transisi bingkai berkembar.
Melengkapkan fungsi televisyen pintar itu, kesemua rangkaian Smart TV hadir bersama sambungan Wi-Fi dan juga kacamata 3D untuk kepuasan tontonan maksimum.
Kesemua model Smart TV seperti siri D8000, D7000, D5000 dan D4000 masing-masing ditawarkan pada harga RM16,999, RM10,999, RM4,999 dan RM1,899. Harga juga berbeza mengikut saiz dan spesifikasi.
/// utusan///

Dan yang ini pula gambar yang saya sempat ambil ketika promosi SAMSUNG

SMART TV di MidValley pada hari ahad lepas….

DSC 04322 Samsung SMART TV

Cantik kan logo Samsung Smart tv

DSC 0436 Samsung SMART TV

Dengan pelbagai fungsi gabungan televisyen dan surf internet

DSC 0440 Samsung SMART TV

DSC 0433 Samsung SMART TV

Besar gile skrin dia…. LED TV dengan 46 inchi siot…..

DSC 0434 Samsung SMART TV

Antara aplikasi yang ada pada Samsung Smart tv

DSC 0435 Samsung SMART TV

Ini pulak harga sekeping Samsung smart tv…. Rasanya bro EYRIQAZZ dan

Nuffnang blogger relation cik THARA SOFIAN sure mampu nak sambar sebijik

nie…….

Iklan Samsung Smart Tv

278 total views, 1 views today

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam