Monthly Archives: June 2011

Nasi Beriani Ayam dan Kambing BANDAR BARU SALAK TINGGI

Minggu lepas saya bertugas syif petang dan kebiasaanya saya just minum air

je untuk sarapan pagi dan tengahari tu baru la cari makanan untuk lunch …..

Dan A.Y.A.N.G telah memberikan cadangan untuk cuba makan nasi beriani

dengan KLINIK KESIHATAN SEPANG .

DSC 0600 Nasi Beriani Ayam dan Kambing BANDAR BARU SALAK TINGGI

Butiran nasi yang panjang menggunakan beras basmathi yang berkualiti…..

DSC 0605 Nasi Beriani Ayam dan Kambing BANDAR BARU SALAK TINGGI

Dihidangkan bersama acar nenas…

DSC 06062 Nasi Beriani Ayam dan Kambing BANDAR BARU SALAK TINGGI

Dan gulai dalca yang simple….

DSC 06041 Nasi Beriani Ayam dan Kambing BANDAR BARU SALAK TINGGI

Nasi beriani ayam….

DSC 05981 Nasi Beriani Ayam dan Kambing BANDAR BARU SALAK TINGGI

Nasi beriani kambing…

DSC 06011 Nasi Beriani Ayam dan Kambing BANDAR BARU SALAK TINGGI

Yang bagusnya rempahnya yang dimasak untuk lauk ayam dan kambing nie

memang sedap rasanya.Tambahan pula lauk kambing tu best sebab saya

makan tak rasa pening kepala…best siot….

Dan set dua lauk tu sama makan pada DUA HARI yang berbeza …..takdelah

makan pada masa dan waktu yang sama kan…..

p/s : Terasa berat badan dah semakin naik sejak buat slot MAKANAN SEDAP

untuk bulan nie….hohoho

Tiket MIDNITE filem TRANSFORMERS 90% SOLD OUT !!!




Setelah mendapat perkhabaran gembira dari blogger OREO DADDY DUNK

adik lelaki saya – SHAKIDDO pasal dia telah memilih saya( wajib sebenarnya)

untuk temankan dia tengok PREMIERE SCREENING  FILEM TRANSFORMOERS

maka saya tak perlu susah-susah nak beli tiket secara online yang telah

dibuka seminggu awal dari tarikh tayangan untuk pembelian tiket.

Semalam saya cuba tengok webstie GSC untuk melihat tempahan untuk tiket

tayangan tengah malam pada 28 Jun 2011

Alamanda Tiket MIDNITE filem TRANSFORMERS 90% SOLD OUT !!!

Booking tiket filem GSC ALAMANDA

midvalley Tiket MIDNITE filem TRANSFORMERS 90% SOLD OUT !!!

GSC MID VALLEY

One utama Tiket MIDNITE filem TRANSFORMERS 90% SOLD OUT !!!

GSC ONE UTAMA

pavilion Tiket MIDNITE filem TRANSFORMERS 90% SOLD OUT !!!

GSC PAVILLION

the gardens SOLD OUT Tiket MIDNITE filem TRANSFORMERS 90% SOLD OUT !!!

Dan yang paling gempak ialah di GSC THE GARDENS di mana tayangan tengah

malam untuk PREMIERE dan GOLD CLASS telah SOLD OUT !!!! Begitulah betapa

hebatnya penangan filem HOLLYWOOD ini….

Dan menariknya pagi ini saya akan menonton filem SEKALI LAGI di TGV

SUNWAY PYRAMID….keh3x….yosh !!!

Pemain muzik dalam air




me 01.1 Pemain muzik dalam air

SELAIN menyokong muzik MP3, Dolphine Touch juga membolehkan pengguna mendengar siaran radio.


MENYELAM sambil minum air – mungkin pepatah biasa yang sering kita dengar apabila merujuk kepada seseorang yang melakukan dua perkara dalam satu masa tetapi istilah ‘menyelam sambil mendengar muzik,’ mungkin perkara baru.

Sebenarnya memang sukar untuk mendengar muzik ketika sedang menyelam kerana bunyi sukar menembusi air dan pemain muzik yang terdapat di pasaran pula tidak kalis air untuk direndam.

Bagi orang kaya seperti Bill Gates, tentu beliau dan lain-lain jutawan mampu membina kolam renang yang boleh memainkan muzik tetapi bagaimana pula dengan orang biasa?

Bagaimanapun, perkembangan teknologi kalis air terhadap pemain muzik kini membolehkan anda membawa pemain MP3 untuk beriadah di tepi pantai atau kolam renang, termasuk ketika anda menyelam ke dalam air. Menarik bukan?

Antara pemain MP3 kalis air ialah FINIS SwiMP3 yang mana pemain muziknya akan disambungkan kepada kepada gogal (cermin mata menyelam) dan kemudian ia boleh digunakan untuk menyelam sehingga kedalaman tiga meter.

Bagaimanapun, apa yang menarik dan mungkin juga pelik, pemain muzik ini tidak menggunakan fon telinga tetapi bunyinya dipindahkan ke bahagian dalam telinga melalui tulang pipi yang dikenali sebagai konsep pemindahan audio melalui ‘pengaliran tulang’ (Bone Conduction).

SwiMP3 juga seperti pemain-pemain muzik MP3 biasa yang boleh memainkan muzik, menghentikan, shuffle dan sebagainya. Ia mempunyai ruang storan 1 Gigababit (GB) untuk membolehkan anda meletakkan dengan anggaran 240 lagu atau muzik selama 16 jam.

Produk hebat ini dijual dengan harga RM450 dan ia boleh ditempah melalui laman web pengeluarnya, FINIS yang berpangkalan di California, Amerika Syarikat di alamat http://www.finisinc.com/.

Selain menyelam, sudah tentu pemain MP3 ini juga sesuai untuk digunakan untuk aktiviti riadah air yang lain seperti berenang, meluncur air, berkayak dan sebagainya.

Sementara itu, Speedo, syarikat pengeluar baju sukan renang paling popular di dunia juga mempunyai produk pemain MP3 kalis air untuk mereka yang suka menjalankan aktiviti sukan air sambil mendengar muzik.

Produk dikenali sebagai Aquabeat itu dikeluarkan oleh Iriver dengan mempunyai storan 1GB, memainkan muzik sembilan jam untuk sekali caj, mempunyai tiga warna dan berat 35 gram.

Pemain MP3 ini dan fon telinganya boleh dibawa menyelam sehingga tiga meter dan ia boleh terapung di dalam air untuk memudahkan anda mencari jika terjatuh.

Produk ini dijual dengan harga RM464 dan maklumat lanjut mengenainya boleh diperoleh di laman web www.speedoaquabeat.com/.

Sebuah lagi produk pemain muzik yang dikhususkan untuk peminat sukan air ialah pemain MP3 NU Dolphin Lite yang mempunyai fon kepala wayarles dan gajet ini mempunyai ruang storan sehingga 2GB.

Ruang storan sebanyak itu membolehkan Dolphin Lite memainkan muzik selama 20 jam dan menggunakan teknologi Quick Power Charge yang membolehkan bateri dicaj dalam masa singkat. Bagi caj selama lima minit, pengguna boleh memainkan muzik sehingga 120 minit.

Produt seberat 20 gram dengan reka bentuk unik ini bersaiz 65 milimeter (mm) panjang, 20 mm lebar dan 12 mm tinggi.

NU juga telah melancarkan pemain MP3 generasi terbarunya, Dolphin Touch yang mempunyai memori sehingga 4GB, menyokong radio FM di bawah air ((87.5~108MHz)) dan dibantu sistem bunyi 3D Surround Sound Processing.

Pemain MP3 yang menggunakan pad sesentuh itu memudahkan pengguna untuk memilih lagu, mengubahsuai kekuatan bunyi, memilih bahasa dan juga menukar gaya melodi.

Maklumat lanjut mengenai produk yang dijual dengan harga RM510 ini boleh diperoleh di laman web www.nu-global.com.

Bagi merancakkan lagi penawaran produk pemain muzik kalis air ini, seorang pereka Joe Tan telah mereka pemain MP3 Wav yang menarik untuk digunakan oleh mereka yang suka berenang sambil mendengar muzik.

Pemain MP3 ini dilengkapi dengan lilitan lengan yang membolehkan pengguna memasangkan dengan mudah dan muzik dipindahkan secara wayarles kepada set kepala.

Reka bentuk dan warnanya yang menarik sudah tentu mampu menarik perhatian peminat sukan air apabila ia dipasarkan kelak.

Bagi pengguna gajet sedia ada seperti iPod, iPhone dan sebagainya, mereka sebenarnya boleh juga membawa pemain muzik itu ketika melakukan aktiviti di dalam air dengan membeli bekas kedap air seperti H2O Audio iDive 300.

Sememangnya, pemain-pemain muzik tahan air ini sesuai digunakan untuk sebarang aktiviti kerana ia tahan lasak.

Genting jenama baharu dalam EPL




su 02.1 Genting jenama baharu dalam EPL

JENAMA Genting akan tertera di jersi pasukan Aston Villa.


GENTING UK, anak syarikat Genting Malaysia Berhad kini menjadi penaja utama kelab bola sepak England, Aston Villa dalam mengharungi Liga Perdana England (EPL) bagi musim 2011/2012 dan 2012/2013.

Menerusi perjanjian yang dimeterai kedua-dua pihak baru-baru ini, jersi pasukan Aston Villa semasa beraksi di laman sendiri dan tempat lawan juga akan dilengkapi dengan logo Genting selama dua musim.

Timbalan Pengerusi Eksekutif Genting UK, Peter Brook dalam kenyataannya berkata, pihaknya amat berbesar hati dapat bekerjasama dengan kelab terkemuka seperti Aston Villa.

Menerusi perjanjian itu katanya, kedua-dua pihak juga bersetuju menyokong aktiviti masing-masing sama ada di dalam atau di luar negara, selain pihaknya turut menyediakan pelbagai manfaat tajaan lain yang bakal dinikmati Aston Villa.

“Usaha sama ini dilihat wajar bagi menandakan satu pencapaian penting dalam pembangunan Genting sebagai satu jenama unggul dalam bidang perhotelan dan riadah sekali gus meluaskan pengaruh Genting di peringkat antarabangsa.

“Kami percaya hubungan antara kedua-dua pihak dapat terjalin utuh menerusi usaha sama ini memandangkan pasukan Aston Villa mempunyai reputasi yang cukup bagus di kota Birmingham,” katanya dalam kenyataan itu semalam.

Kenyataan itu bagaimanapun tidak mendedahkan jumlah sebenar tajaan tersebut.

Aston Villa yang membariskan nama-nama besar dalam arena bola sepak seperti Gabriel Agbonlahor, Darren Bent dan Brad Friedel mengakhiri cabaran mereka dalam Liga Perdana England di kedudukan kesembilan pada musim lalu.

Meskipun kehilangan Ashley Young yang berhijrah ke Manchester United pada musim depan, pasukan itu sudah pasti merencana strategi baharu bagi memastikan mereka layak ke cabaran Liga Juara-Juara selepas ini.

Dalam pada itu, Ketua Eksekutif Aston Villa, Paul Faulkner dalam kenyataan yang sama memberitahu, pihaknya amat gembira dan teruja untuk bekerjasama dengan Genting, selain berharap untuk mendapat manfaat daripada kredibiliti Genting sebagai sebuah syarikat antarabangsa yang terkemuka dalam industri hospitaliti.

“Kami percaya ini akan menjadi satu perkongsian yang baik dan positif untuk Aston Villa sekali gus membantu pembangunan kelab secara berterusan.

“Usaha sama ini juga dilihat menjadi detik permulaan baru kepada Aston Villa memandangkan Genting mempunyai jaringan yang cukup bagus di peringkat antarabangsa sekaligus mencerminkan imej yang positif untuk kedua-dua pihak,” katanya.

Saya Menang Cabaran RM10 Sehari Eyriqazz.Com

Yeahh !!!!

Pagi semalam bila baca blog EYRIQAZZ….. muka tersenyum bila nama saya

diumumkan sebagai pemenang Cabaran RM10 Sehari Eyriqazz.Com


Malaysian RM10 front Saya Menang Cabaran RM10 Sehari Eyriqazz.Com

INI HANYA WANG CONTOH  ye….. EKEKEKE

DSC08429 Saya Menang Cabaran RM10 Sehari Eyriqazz.Com

Inilah blogger MADAMMONDOQ ….

Menariknya kitorang dah join dalam satu event yang sama tapi masing-masing

blur sebab tak sangat muka kan….haissh….. 1st time masa HYYP TV BLOGGER

PARTY dan baru-baru nie kat OREO DADDY DUNK ONE UTAMA.

Tambah seronok lagi kat MADAM nie ….kebetulan masa OREO DADDY DUNK

ONE UTAMA tu kitorang makan kat PIZZA HUT meja sebelah menyebelah je

tak tegur….haissh….

NEXT TIME kalau pegi event nak kena pakai name tag kot baru orang perasan

kat saya nie.tak pun kasi print satu T SHIRT yang tulis HAZMANFADZIL.COM

maybe itu boleh membantu kot…..

Dan saya percaya setiap kali kita outing keluar samada shopping complex

ataupun apa-apa event akan pasti ada blogger cuma kenal tak kenal jee…..

Betul tak kawan-kawan ???