Monthly Archives: July 2011

Menu tradisional Melayu di Hotel Sunway Seberang Jaya




va 01.1 Menu tradisional Melayu di Hotel Sunway Seberang Jaya

CHEF Ismail Ibrahim (dua dari kiri) bersama pembantunya menunjukkan hidangan bufet Ramadan yang akan dihidangkan di Hotel Sunway Seberang Jaya.

 

MENJELANG Ramadan, Hotel Sunway Seberang Jaya (HSSJ), Pulau Pinang memperkenalkan enam set menu sebagai juadah berbuka puasa.

Pengurus Pemasaran Komunikasi HSSJ, Debra Gerardine Jayesuria berkata, kesemua set hidangan bertemakan masakan tradisional Melayu itu sudah pasti menarik minat dan selera orang ramai.

Diketuai oleh Chef Ismail Ibrahim, pihaknya membuat penambahbaikan dengan menggunakan beberapa bahan termasuk rempah ratus yang diimport dari luar negara tanpa menjejaskan konsep hidangan.

“Kami masih mengekalkan konsep masakan tradisional kerana percaya pengunjung lebih tertarik untuk menikmati masakan tradisional sepanjang bulan Ramadan berbanding masakan lain.

“Justeru itu, chef kami akan menyediakan pelbagai masakan dan hidangan tradisional untuk dinikmati termasuklah sambal belacan, ulam-ulaman dan beraneka jenis bubur,” ujarnya.

Kesemua enam set hidangan ini akan digilirkan setiap hari sepanjang minggu semasa bulan Ramadan bagi memberi kelainan rasa kepada pengunjung.

va 01.2 Menu tradisional Melayu di Hotel Sunway Seberang Jaya

KERABU mangga dengan bunga kantan.

 

Antara menu yang dihidangkan adalah sup ayam madura, perut masak kunyit dengan kentang, sayur nangka ikan bilis dengan kubis bulat, kambing panggang dengan aneka sos dan asam pedas sayur cendawan.

Turut mencabar selera ialah daging lembu masak rempah, udang bersos percik, kepah masak lada hitam dan rendang ayam daun limau pada harga RM58 bagi dewasa dan RM30 untuk warga emas dan kanak-kanak.

Menurut Debra, bufet berbuka puasa setiap hari itu bermula 1 hingga 27 Ogos ini di Pusat Konvensyen Sunway Karnival. Menariknya setiap RM1 yang dibayar pengunjung didermakan kepada beberapa rumah kebajikan terpilih.

Selain itu katanya, HSSJ juga menawarkan tiga cabutan bertuah untuk dimenangi oleh pengunjung bufet berkenaan dengan hadiah bernilai lebih RM3,000 termasuk pakej percutian dan penginapan di hotel terkemuka.

Justeru katanya, mereka yang ingin mendapat maklumat lanjut atau ingin membuat tempahan bolehlah menghubungi Hotel Sunway Seberang Jaya ditalian 04-3707788

/// kosmo ///

Pekerja dibayar bonus RM208,079 seorang




du 01.1 Pekerja dibayar bonus RM208,079 seorang

SEBUAH kedai rangkaian sukan Sports Direct yang terdapat di Britain.

 

LONDON – Seramai 2,000 kakitangan sebuah rangkaian kedai menjual pelbagai barang sukan, Sports Direct bakal mendapat bonus berjumlah AS$70,643 (RM212,458.83) setiap seorang dalam bentuk saham, lapor sebuah akhbar semalam.

Bonus tersebut diberikan selepas kedai rangkaian barangan sukan terbesar Britain itu mencatat keuntungan besar selama dua tahun berturut-turut, Kedai itu, Sports Direct diasaskan oleh bekas jurulatih skuasy, Mike Ashley 29 tahun lalu.

Ia berjaya mencapai sasaran jualannya dengan keuntungan meningkat sebanyak 25 peratus pada tahun ini. Jumlah itu dipercayai saham terbesar yang pernah diberikan kepada pekerja kedai di Britain. Purata gaji tahunan kakitangan di kedai tersebut cuma AS$32,219 (RM96,898.65). Ashley mula membuka kedai itu di Maidenhead, Berkshire pada 1982.

Kira-kira 29 tahun kemudian, dia menguasai perniagaan runcit sukan di United Kingdom. Bonus itu layak diterima oleh pekerja yang sudah bekerja sekurang-kurangnya selama dua tahun. Namun, kakitangan kedai itu perlu menunggu sehingga Julai tahun depan jika mahu menebus saham tersebut.

Kedai peruncitan Sports Direct kini merupakan syarikat senaraian awam di bursa saham dengan pendapatan tahunan AS$2.41 bilion (RM6.31 bilion) manakala Ashley memegang 71 peratus saham menjadikannya salah seorang lelaki paling kaya di Britain. Ashley juga pemilik kelab bola sepak Newcastle United. – Agensi

/// kosmo ///

Hot dog paling mahal di dunia




du 06.1 Hot dog paling mahal di dunia
 

GAMBAR menunjukkan hot dog paling mahal yang dijual
di stadium besbol Roxstadium Brockton, Massachusetts sejak Sabtu lalu.

 

 

BROCKTON, Amerika Syarikat – Menu terbaharu, McMullen Dog yang dijual di stadium besbol Roxstadium Brockton, Massachusetts menjadi hot dog termahal di dunia, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Berharga AS$80 (RM235.39), hot dog tersebut yang mengandungi sosej daging lembu yang dimasak dengan minyak truffle, kaviar, serbuk cendawan dan freche krim mula dijual sejak Sabtu lalu.

Roti hot dog tersebut pula dibuat menggunakan gandum yang terbaik yang dibeli dari Cape Cod, sebuah kedai roti eksklusif bersama sos dan mustard istimewa.

Menurut pengurus makanan dan minuman stadium berkenaan, Sander Stotland, walaupun harga tiket hanya AS$15 (RM44.35) dan lebih murah dari hot dog tersebut, ia tetap mendapat sambutan hangat daripada peminat yang datang menyaksikan perlawanan besbol.

Menurutnya, nama McMullen Dog itu diberi sempena nama tukang masak terkenal Atlantic City, Ryan McMullen yang memberi idea mengenai hot dog tersebut. – Agensi.

/// kosmo///

Facebook Larang Penyiaran Kulit Album Nirvana




nirvana%20punya%20anu Facebook Larang Penyiaran Kulit Album Nirvana

LOS ANGELES: Gambar kulit album Nevermind, kumpulan rock popular, Nirvana pada tahun 1991 telah dilarang untuk dipaparkan di laman web sosial Facebook.

Seperti dipetik dari Femalefirst, gambar bogel seorang bayi yang berenang mendapatkan wang dikatakan melanggar nilai-nilai murni masyarakat.

Manakala seorang jurucakap yang juga pengendali laman Facebook memberitahu gambar tersebut melanggar syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh laman sosial tersebut.

Facebook tidak membenarkan gambar yang menyerang individu atau kelompok, atau gambar bogel, penggunaan dadah, berbentuk kekerasan atau pelanggaran ke atas beberapa syarat lain.

Bagaimanapun, Spencer Elden iaitu bayi pada gambar tersebut pada 20 tahun lalu tidak membantah gambar berkenaan disiarkan di laman sosial berkenaan malah dia mengakui selesa apabila lebih ramai yang melihatnya.

// mstar //

Gambar & Video Gol MALAYSIA vs SINGAPURA ( 1-1 ) Kelayakan Piala Dunia

mas1 Gambar & Video Gol MALAYSIA vs SINGAPURA ( 1 1 ) Kelayakan Piala Dunia

PULUHAN ribu penyokong Harimau Malaya memenuhi Stadium Nasional Bukit Jalil untuk menyaksikan perlawanan kelayakan Piala Dunia 2014 antara Malaysia dan Singapura malam ini

 Gambar & Video Gol MALAYSIA vs SINGAPURA ( 1 1 ) Kelayakan Piala Dunia

KETUA pasukan dan penyerang negara, Mohd Safee Sali dikawal ketat pemain pertahanan Singapura, Mustafic Fahrudin dalam perlawanan pusingan dan peringkat kedua kelayakan kelayakan Piala Dunia 2014 Zon Asia antara Malaysia dan Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil

110728200034 Gambar & Video Gol MALAYSIA vs SINGAPURA ( 1 1 ) Kelayakan Piala Dunia 28 JULAI 2011: Sebahagian penyokong Harimau Malaya yang memakai jersi hitam-kuning sambil membawa Jalur Gemilang bersorak dengan penuh semangat di luar Stadium Nasional Bukit Jalil menjelang perlawanan kedua Kelayakan Piala Dunia antara Malaysia dan Singapura, di Kuala Lumpu

110728195734 Gambar & Video Gol MALAYSIA vs SINGAPURA ( 1 1 ) Kelayakan Piala Dunia 28 JULAI 2011: Para penyokong skuad Harimau Malaya menjulang spanduk tertera “3-0″ iaitu ramalan kemenangan pasukan negara menghadapi Singapura pada perlawanan kedua Kelayakan Piala Dunia di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

110728195538 Gambar & Video Gol MALAYSIA vs SINGAPURA ( 1 1 ) Kelayakan Piala Dunia 28 JULAI 2011: Seorang lelaki mengecat wajahnya dengan warna hitam kuning sebagai tanda sokongan terhadap skuad Harimau Malaya pada perlawanan kedua Kelayakan Piala Dunia menentang Singapura, di luar Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Video highlight MALAYSIA VS SINGAPURA 1ST HALF – Kelayakan Piala

Dunia 2014

Video gol MALAYSIA VS SINGAPURA ( 1-1) Kelayakan Piala Dunia 2014