Hot dog paling mahal di dunia




du 06.1 Hot dog paling mahal di dunia
 

GAMBAR menunjukkan hot dog paling mahal yang dijual
di stadium besbol Roxstadium Brockton, Massachusetts sejak Sabtu lalu.

 

 

BROCKTON, Amerika Syarikat – Menu terbaharu, McMullen Dog yang dijual di stadium besbol Roxstadium Brockton, Massachusetts menjadi hot dog termahal di dunia, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Berharga AS$80 (RM235.39), hot dog tersebut yang mengandungi sosej daging lembu yang dimasak dengan minyak truffle, kaviar, serbuk cendawan dan freche krim mula dijual sejak Sabtu lalu.

Roti hot dog tersebut pula dibuat menggunakan gandum yang terbaik yang dibeli dari Cape Cod, sebuah kedai roti eksklusif bersama sos dan mustard istimewa.

Menurut pengurus makanan dan minuman stadium berkenaan, Sander Stotland, walaupun harga tiket hanya AS$15 (RM44.35) dan lebih murah dari hot dog tersebut, ia tetap mendapat sambutan hangat daripada peminat yang datang menyaksikan perlawanan besbol.

Menurutnya, nama McMullen Dog itu diberi sempena nama tukang masak terkenal Atlantic City, Ryan McMullen yang memberi idea mengenai hot dog tersebut. – Agensi.

/// kosmo///

19 thoughts on “Hot dog paling mahal di dunia

  1. dhiera

    semalam baru je cakap dengan adik, " dah lama tak makan hot dog". arini, kamu publish pasal hot dog pulak. betul-betul menaikkan keinginan ni~ melting…

    Reply
    1. species1980 Post author

      yana : mutiara hitam ke mutiara putih….. payah2x sangat pegi beli hot kat pulau mutiara je…..ekekekeke

      Reply
  2. amybatrisya

    hmmmm….. klu sedap berbaloi bayar mahal tapi if sebaliknye hati tu bengkak jer….teringat2x sampe nak tido pun x leh nak lelap mata

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam