
LONDON – Seramai 2,000 kakitangan sebuah rangkaian kedai menjual pelbagai barang sukan, Sports Direct bakal mendapat bonus berjumlah AS$70,643 (RM212,458.83) setiap seorang dalam bentuk saham, lapor sebuah akhbar semalam.
Bonus tersebut diberikan selepas kedai rangkaian barangan sukan terbesar Britain itu mencatat keuntungan besar selama dua tahun berturut-turut, Kedai itu, Sports Direct diasaskan oleh bekas jurulatih skuasy, Mike Ashley 29 tahun lalu.
Ia berjaya mencapai sasaran jualannya dengan keuntungan meningkat sebanyak 25 peratus pada tahun ini. Jumlah itu dipercayai saham terbesar yang pernah diberikan kepada pekerja kedai di Britain. Purata gaji tahunan kakitangan di kedai tersebut cuma AS$32,219 (RM96,898.65). Ashley mula membuka kedai itu di Maidenhead, Berkshire pada 1982.
Kira-kira 29 tahun kemudian, dia menguasai perniagaan runcit sukan di United Kingdom. Bonus itu layak diterima oleh pekerja yang sudah bekerja sekurang-kurangnya selama dua tahun. Namun, kakitangan kedai itu perlu menunggu sehingga Julai tahun depan jika mahu menebus saham tersebut.
Kedai peruncitan Sports Direct kini merupakan syarikat senaraian awam di bursa saham dengan pendapatan tahunan AS$2.41 bilion (RM6.31 bilion) manakala Ashley memegang 71 peratus saham menjadikannya salah seorang lelaki paling kaya di Britain. Ashley juga pemilik kelab bola sepak Newcastle United. – Agensi
/// kosmo ///

wah..bes giler…
syuhada : kalau kita dapat memang BEST laaa
wowoo… murah nye hati…
dan klu dia islam la…banyaakkkk pahala dpt, apalgi nak ramadan ni
noriz : semoga bos kita pun kasi bonus gak sempena ramadhan nie….
wow..wow..wow..!!!
hanie : Kalau 2,3 BULAN BONUS dah boleh wow2x kan….
Aduhaiii..baik nye la hati boss dia…bila la nak dapatt ni
Nita : semoga terbuka hati bos tu yea….
best la diorang ek..banyak tu..dekat rm100k tu..
titan : kita kalau dapat 5k pun dah best kan…..
masyuk gile bonus tu..bila la nak dpt bonus gitu..hikhik
Jamar : bro boleh la dapat company gempak…. skang pun dah ada LESEN BESAR…hehehe