Monthly Archives: August 2011

Datuk Seri Najib Razak potong Kek Hari Raya

110830134452 Datuk Seri Najib Razak potong Kek Hari Raya

30 OGOS 2011: Sekumpulan remaja mengenakan baju raya bertemakan Jalur Gemilang yang ditaja khas oleh Butik Khais Silk sempena Hari Raya Aidilfitri dan Hari Kemerdekaan negara, yang disambut serentak pada tahun ini, ketika tiba di Tebingan Sungai Kuching untuk beraya di Kampung Gersik, di Kuching, Sarawak.

110830184325 Datuk Seri Najib Razak potong Kek Hari Raya

30 OGOS 2011: Datuk Seri Najib Tun Razak bersalaman dengan Mohan Parameswaran yang berpakaian baju Melayu bercorak Jalur Gemilang semasa hadir pada rumah terbuka Perdana Menteri dan Jemaah Menteri di Seri Perdana, Putrajaya.

 Datuk Seri Najib Razak potong Kek Hari Raya

PERDANA Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Rosmah Mansor memotong kek Hari Raya sempena sambutan Aidilfitri pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Perdana Menteri di Seri Perdana, Putrajaya hari ini. Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman (empat dari kanan) dan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim (dua dari kiri)

 

019033312 mstar Datuk Seri Najib Razak potong Kek Hari Raya

Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor serta Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Seri Noorainee Abdul Rahman memotong kek sempena majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Perdana Menteri di Seri Perdana di Putrajaya, Selasa. Turut kelihatan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim (dua kiri) dan isteri Datin Seri Maznah Rais (kiri

Selamat Hari Raya Aidilfitri buat pembaca HAZMANFADZIL.COM




Salam untuk semua….

Dikesempatan ini saya -Hazman bin Fadzil ingin mengucapkan …..

Slamat Hari Raya Selamat Hari Raya Aidilfitri buat pembaca HAZMANFADZIL.COM
Hahahaha…..

Cilok dari GSC punya kan….dan sebenarnya ia adalah hint kepada adik saya

di rumah tu …..InsyaAllah besok abang belanja tengok citer KARIPAP CINTA

dan HANTU BONCENG yea….

Tahun nie seperti kebanyakan tahun2x yang sebelum nie saya bertugas di opis

bersama-sama rakan sepejabat yang lain….Kepada adikku SHAKIDDO yang

beraya kat umah mentua…Enjoice….

Kepada kengkawan dan pembaca blog HAZMANFADZIL.COM nie jangan lupa

tuju/sampaikan lagu@ucapan hari raya kat saya yea….keh3x….Saya doakan

semoga kita semua bergembira di hari yang mulia ini….

Wassalam…..

p/s : Gelak sakan layan CINTA 120KM/H semalam…..

Datuk Seri Najib Razak Sudah bayar Zakat Fitrah….

110826173531 Datuk Seri Najib Razak Sudah bayar Zakat Fitrah....

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membayar zakat fitrah kepada amil Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Mohd. Zul Rushdi Salleh selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Putra, Putrajaya.
//utusan ///

Jalan TAR jadi tumpuan pengunjung




dn 07.1 Jalan TAR jadi tumpuan pengunjung

AZMAN Bilal menjual baju raya empat pasang RM100 di hadapan kedainya di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur, semalam. -

 

KUALA LUMPUR 27 Ogos – Dengan Aidilfitri tinggal beberapa hari sahaja lagi, sebahagian besar peniaga di Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini mula menawarkan potongan harga besar-besaran.

Antaranya, Azman Bilal, 25, yang menjual empat pasang baju kurung pada harga RM100 sedangkan sebelum ini ia dijual dengan harga RM68 sepasang.

Menurutnya, beliau menjual baju kurung tersebut dengan harga yang murah kerana mahu menghabiskan stok jualannya.

“Stok jualan masih banyak, kalau masih mengekalkan harga yang sama iaitu RM68 sepasang, orang tidak akan membelinya.

“Buat masa ini, hasil jualan agak memberansangkan sehingga menunggu ketibaan Syawal yang dijangka Selasa depan,” katanya.

Terdapat juga peniaga lain yang menjual barangan mereka dengan harga lelong dengan alasan untuk menghabiskan stok dan mengurangkan kos kerugian.

Seorang daripada mereka, Farid Mustarif, 26, berkata, harga jualan pada penghujung Ramadan ini akan diturunkan kepada separuh untuk mengurangkan kos kerugian kerana pakaian masih banyak yang belum terjual.

“Saya boleh tawarkan baju kurung yang sebelum ini dijual pada harga RM100 kepada RM25 sahaja.

“Kami akan membuka gerai dari 10 pagi hingga 4 pagi kerana ingin memudahkan orang ramai yang datang dari jauh untuk membeli-belah,” ujarnya.

Orang ramai yang berkunjung di kawasan tersebut amat berpuas hati walaupun membeli-belah dengan keadaan sesak kerana rata-rata peniaga mula menawarkan potongan harga yang menarik.

Seorang pengunjung, Adila Anuar, 18, berkata, membeli-belah pada saat akhir ini ada keseronokannya kerana berpeluang mendapat harga yang lebih rendah.

“Pada saat akhir ini, peniaga akan letak harga barangan dan pakaian dengan harga lelong. Semua pengunjung akan mengambil kesempatan ini kerana harga pada awal dan akhir Ramadan berbeza,” katanya.

“Duit Raya RM1000 dari Blog Denaihati 2011”




Semalam….

Semasa saya blogwalking dari blog ke blog kawan…..saya dapati ramai

yang join CONTEST DUIT RAYA RM1000 BLOG DENAIHATI 2011

Terus saya terjah post entry tersebut untuk mengetahui cara-cara untuk

menyertainya…..

So inilah post entry yang tersenarai seperti yang diminta :-

-nandos-ada-sijil-halal-jakim

-dua-kopitiam-yang-ada-sijil-halal-daripada-jakim

-kluang-rail-coffee-halal-ke

-kontroversi-kopitiam-yang-tidak-ada-sijil-halal-daripada-jakim

-kopitiam-tipu-logo-halal-berdepan-hukuman-lebih-berat

Dan rasanya contest nie masih belum ditutup….maka anda pun ada

peluang nak join jugak…. mana la tahu rezeki kan…..

So aper lagi terjah la LINK NIE >> DUIT RAYA RM1000 DENAIHATI <<