Sebelum ni saya hanya pernah sekali sahaja makan sizzling…. itupun masa cuba menu
kat The Makan Place Midvalley – NASI SIZZLING AYAM . Kali ni saya nak cuba gak
makan menu yang lebih kurang sama tapi di kedai makan yang lain ….
Tak jauh je pun… Station Kopitiam kat Metro Plaza Kajang ….tingkat atas sekali….
Air nescafe sejuk kurang AIR BATU…..
Tadaaa….. Nasi Sizzling CHICKEN CHOP sudah sampai….tapi time nie asap yang
kuar berkepul-kepul sudah mulai reda…..hehehehe
Dia punya french fries besar gak dan sedap dimakan dengan mayonis dan sos cili….
Rasa nasi gorengnya okey…. secukup rasa tadi takde la marvelous sangat kan…
Daging chicken chop pun lembut…..cuma kuahnya tu macam biasa-biasa je rasanya….
Dan akan datang mungkin saya akan cuba makan MEE SIZZLING la pulak kan…Agak -
agaknya kalau mee bandung muar sizzling ade jual tak yea….haahahahaha






















