Alhamdulillah, segala puji bagi Allah di atas kurniaanNya, dapat kita berjumpa lagi dalam penerbitan e-majalah Majalah Niaga buat kali ke 18. Edisi kali ini merupakan edisi ketiga untuk tahun ini, dan ternyata pembaca setia ternanti-nanti setiap kali ezine akan diterbitkan. Edisi kali ini kembali dengan penuh bergaya.
Untuk makluman semua, kami telah berjaya menemuramah seorang usahawan terkenal dalam industri fotografi tanah air, iaitu tuan Saiful Nang. Kami mengambil keputusan untuk memilih beliau untuk diketengahkan pada edisi 18 disebabkan ingin meluaskan lagi skop keusahawanan serta menarik pembaca di kalangan jurugambar-jurugambar di Malaysia.
Siapa Sebenarnya Saiful Nang?
Saiful Nang merupakan seorang jurugambar profesional yang terkenal serta mempunyai pengaruh cukup besar dalam kalangan jurugambar-jurugambar di Malaysia. Beliau juga pernah dianugerahkan oleh Mediacorp Asia sebagai salah seorang jurugambar terbaik Asia, serta disenaraikan oleh Dewan Ekonomi sebagai 20 usahawan berjaya dan paling kreatif di Malaysia.
Malahan beliau terus mengukir satu demi satu kejayaan apabila tersenarai dalam TOP 10 MALAYSIAN, sebaris dengan individu-individu yang merupakan nama besar dalam Malaysia termasuk Datuk Lee Chong Wei, Tan Sri Anthony Fernandes dan Datuk Misbun Sidek.
Kejayaan beliau mula terukir apabila berjaya membawa jenama Candid Syndrome ke persada dunia. Jenama Candidsyndrome kini bukan lagi nama biasa di negara seperti Indonesia, Brunei, Sweden dan juga Singapura.
Beliau juga terkenal sebagai individu yang berjuang untuk memartabatkan kerjaya fotografi supaya lebih hebat dan dipandang tinggi di dunia. Selain daripada mengetuai jenama Candid Syndrome, beliau juga membangun akademi fotografi sendiri, yang diberi nama SNAP (Saiful Nang Academy of Photography) dan telah melatih lebih 30,000 jurugambar di Malaysia.
Muat Turun Edisi 18 Majalah Niaga Sekarang
Cerita di atas adalah sebahagian daripada kisah kehidupan dan bisnes tuan Saiful Nang. Dalam edisi 18 ini juga dimuatkan dengan 13 artikel, hasil perkongsian dari 12 penulis kebanggaan kami. Untuk memuat turun Edisi 18 Majalah Niaga, tuan puan hanya klik pada pautan di bawah:
Muat Turun e-Majalah Niaga Edisi #18 Disini (klik)(13mb)
Semoga edisi kali ini dapat dimeriahkan lagi oleh para pembaca, dengan berkongsi kepada rakan-rakan, terutama melalui laman sosial Facebook dan Twitter. Tuan puan juga digalakkan untuk mencetak e-majalah ini sebagai hard copy.


Twitter: sharinginfoz
banyak yang kita boleh belajar daripada beliau….
nik : minat yang tinggi mesti ada kalau nak jadi usahawan….
Muka dia macam mat joe laaa..hik3…
eyriqazz : ye laa….lebih kurang je muka dia….
ko pon boleh menangkap bejuta2 gambar. maka jadilah ngko jutawan gambar
mat joe : hahahahha….. ada kelucuan di situ…..
Terbaik! Terima kasih tuan hazman fadzil kerana sudi berkongsi!
hasbul : no problem bro…..saya berbesar hati untuk kongsi ilmu yang team flarebiz berikan…..
sifoo aku ni..
jamar : no wonder la anak muridnya memang hebat dalam fotografi….