Semalam …
Sehari suntuk saya berada di MID VALLEY – movie marathon punya pasal la
kan…..selepas selesai tayangan filem kedua saya pun mencari-cari kedai
makan yang menarik….
Mula-mula ingatkan nak makan di food court jee…tapi macam takde naluri
untuk lepak makan kat situ….Then A.Y.A.N.G saya telah suggestkan makan
kat NOODLE STATION …..
Actually inilah kali pertama saya singgah makan kat noodle station nie….bukan takde
niat nak mencuba…..cuma bila nak terjah je mesti tak ramai sangat pelanggan yang
makan….secara tak langsung membuatkan saya fikir ianya tak berapa sedap ….cepat
sangat buat kesimpulan kan….
Nampak cantik jugak kan lampu nie…..saya perasan ade pelanggan lain senyum je
bila saya amik gambar lampu nie…. ( kelakar ke …. ? )
Ais lemon tea yang sampai terlebih dahulu sebelum mee yang saya order….
Tak sampai sepuluh minit rasanya SPRINGY NOODLE WITH TEMPURA PRAWN yang
saya order pun sampai….Sekali imbas mata saya tengok dah gaya MEE KOLOK nie….
dan ianya datangkan dengan sup…..terus saya curah ke mangkuk tue….gaulkan dengan
mee tu…..
Rasanya memang sedap dan betul-betul mengingatkan saya dengan pengalaman
makan MEE KOLOK KUCHING…..so yummy…..
Tiga keping wantan sebagai penyedap ‘mee noodle station’ nie….
Udang tempura sebanyak EMPAT EKOR memang enak sungguh…kena pulak saya
memang lapar time tue….lagi berselera la saya makan….
Sesungguhnya set ‘mee noodle station’ nie telah memberikan alternatif kepada saya
yang sering tercari-cari MEE KOLOK di merata kedai makan di lembah kelang…. Lepas
nie boleh la mintak blogger kesayangan TGV CINEMAS belanja saya makan mee nie..








hahaha…bru tau ye??? dah lama suruh try tp takut nak try something new…
bak kata perpatah tak kenal maka tak cinta
amy : tu la pasal…. bila dah cuba memang nak selalu….
pehhh…tgk udang tempura tu, trasa lapor la plak aku nih..nk kn try gk mentang tu tuh..
jamar : memang betul bro… udang tempura menambah selera aku lagi….
Twitter: shakiddo
macam sedap udang tempura tuh!
syam : memang sedap dimakan dengan set mee tu….
Pingback: Tom Yam Fried Rice @ Noodle Station Mid Valley Megamall |