Sebelum ni saya hanya pernah sekali sahaja makan sizzling…. itupun masa cuba menu
kat The Makan Place Midvalley – NASI SIZZLING AYAM . Kali ni saya nak cuba gak
makan menu yang lebih kurang sama tapi di kedai makan yang lain ….
Tak jauh je pun… Station Kopitiam kat Metro Plaza Kajang ….tingkat atas sekali….
Air nescafe sejuk kurang AIR BATU…..
Tadaaa….. Nasi Sizzling CHICKEN CHOP sudah sampai….tapi time nie asap yang
kuar berkepul-kepul sudah mulai reda…..hehehehe
Dia punya french fries besar gak dan sedap dimakan dengan mayonis dan sos cili….
Rasa nasi gorengnya okey…. secukup rasa tadi takde la marvelous sangat kan…
Daging chicken chop pun lembut…..cuma kuahnya tu macam biasa-biasa je rasanya….
Dan akan datang mungkin saya akan cuba makan MEE SIZZLING la pulak kan…Agak -
agaknya kalau mee bandung muar sizzling ade jual tak yea….haahahahaha







sedapnyeeeeeeeee..ila lum makan tghari lagi tau!! tgh buat kertas keja.. berentila dah time rehat kan…….
ila :kalu sapa2 suka sizzling okey gak la rasa menu nie…
Twitter: elissmie
Air nescafe sejuk tu yang paling me terliur.. kena pantang minum ais 100 hari..huhuhuhuhu
eliss : ais batu dan air batu memang kena selalu dielakkan sebenarnya kan…. demi kesihatan…
haram jadah xdak resipi .. pelaq sungguh lahhhh
shah : memang takde resepi pun… just gambaq jaaa