Selebriti AS tampil dalam permainan di Facebook




du 04.1 Selebriti AS tampil dalam permainan di Facebook
 


 

 

NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) – Barisan bintang pop AS sedang menunggu giliran mereka untuk muncul dalam permainan Facebook paling popular, CityVille yang dicipta oleh firma permainan video Zynga.

Buat permulaan, permainan video itu akan menampilkan dua selebriti terkenal AS iaitu Dr. Dre dan Lady Gaga. Pada minggu hadapan, animasi penyanyi tampan, Enrique Iglesias (gambar) pula akan menyertai permainan video tersebut.

Mulai Selasa depan, para pemain CityVille akan boleh berinteraksi dengan karekter Iglesias apabila penyanyi itu melawat ‘bandar’ mereka. Mereka juga berpeluang untuk mengumpul barangan artis terkenal itu dan menonton preview muzik video terbaharunya.

Zynga bagaimanapun enggan mendedahkan jumlah bayaran yang diberikan kepada selebriti berkenaan untuk menggunakan imej mereka. Syarikat yang beribu pejabat di bandar raya San Francisco itu turut enggan memberitahu sama ada lebih ramai selebriti AS akan tampil dalam permainan popular itu pada masa hadapan atau sebaliknya. – AP

// kosmo ///

173 total views, 1 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam