Pendapatan Facebook meningkat

CALIFORNIA 8 Sept. – Pendapatan Facebook meningkat sekali ganda kepada AS$1.6 bilion (RM4.8 bilion) separuh pertama tahun ini berbanding 2010, sekali gus menunjukkan tarikannya kepada pengiklan ketika ia bersaing dengan Google Inc.

Menurut sumber yang enggan dikenali kerana Facebook tidak mendedahkan laporan pendapatannya, jumlah pendapatan bersih untuk separuh tahun pertama 2011 pula dilaporkan hampir mencecah AS$500 juta (RM1.5 bilion).

facebook Pendapatan Facebook meningkat

Gambar hiasan

Jumlah memberangsangkan itu disumbang bantuan pelabur-pelabur yang meningkatkan nilai laman web sosial tersebut kepada kira-kira AS$80 bilion (RM239 bilion) di pasaran tertutup, dengan kebanyakan pemerhati industri menjangka ia akan disenaraikan di bursa saham pada 2012.

Populariti Facebook di kalangan pengiklan dan 750 juta pengguna memberi tekanan kepada syarikat laman web lain seperti Yahoo Inc. yang bertindak memecat Ketua Eksekutifnya, Carol Bartz .

Enjin carian terkemuka, Google Inc. Jun lalu melancarkan Google+, pesaing laman web sosial yang berjaya menarik lebih 10 juta pengguna dalam tempoh dua minggu pertama.

google plus 360 Pendapatan Facebook meningkat

sumber

Google cuba meningkatkan tarikan laman sosialnya itu dengan menawarkan permainan seperti Zynga Poker dan Rovio’s Angry Birds.

Facebook mencatat pendapatan bersih AS$355 juta (RM1.1 bilion) daripada pendapatan keseluruhan sebanyak AS$1.2 bilion (RM3.6 bilion) pada sembilan bulan pertama 2010.

Sumber itu bagaimanapun tidak menyediakan angka untuk perbandingan pendapatan secara langsung bagi separuh tahun pertama 2011 dan 2010.

Facebook yang diasaskan oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mark Zuckerberg di bilik asramanya di Harvard pada 2004, dijangka memperkenalkan perisian baru bulan ini seperti perkhidmatan muzik daripada Spotify dan Rhapsody.

Laman sosial itu turut menjadi laman web paling ramai dilawat pengguna yang menghabiskan masa selama berjam-jam setiap bulan untuk berkongsi gambar, video dan berbual dengan rakan. – AGENSI

/// utusan ///

317 total views, 2 views today

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam