Set Ayam Goreng MFC ( Muzdalifa Fried Chicken )




Setelah ENAM BULAN ianya beroperasi…..

Barulah saya berkesempatan untuk pergi ke restoran MFC  ( Muzdalifa Fried Chicken )

Itupun kebetulan saya pergi setelah habis mengendalikan program pertandingan

memancing anjuran badan kebajikan company saya bekerja….

Masa saya sampai kat sini…. ialah hari sabtu petang…. dan kebetulan macam tak ramai

pelanggan yang datang….So senang skit la kan nak order makanan tue….Dan anda juga

boleh lihat kat sini ade jual pizza dan NASI ARAB tau….. Dan tingkat atas tu pulak

ada kawasan permainan kanak-kanak….

Untuk permulaan saya hanya order combo ayam MFC…. Ada burger biasa,french fries

dan ayam seketul…..Sepatutnya ayam tue ‘drum stick’ tapi dah habis la pulak so budak

kaunter tu offer saya kepak ayam DUA KETUL….terus saya angguk tanda setuju tanpa

banyak komplen…..

Rasa kepak ayam MFC nie pun okey jugak…..memang boleh jadi alternatif kepada

penggemar ayam goreng fast food yang lain….dan bila saya makan ayam nie terus je

saya teringatkan RFC ( Radix Fried Chicken )… sama tapi tak serupa…..

Untuk french fries pulak…. rasanya just nice…. takde la rasa macam masin or ade

perisa yang kuat dan saya rasa macam banyak pulak….padahal regular size je pun

Design wrapping untuk burger MFC pun saya suka…..menarik pada pandangan mata

saya laaa…. Dan teringat saya masa menghadiri seminar perniagaan anjuran SME BANK

suatu masa dulu….” Sebenarnya ada peruntukan khas dan kursus untuk bumiputera

bagi memperbaiki label and packaging product supaya nampak lebih menarik

Air minuman yang dijual sama je ngan fast food yang lain….dan termasuklah minuman

kegemaran adik laki saya - BARBICAN yang selalunya dipesan untuk set NASI ARAB

atau side order tambahan….

Dan lihatlah berapa harga untuk set combo ayam goreng MFC nie…..Hanya rm8.90 aje

tau…..rasanya betullah cakap CIK LILY PUTIH yang pernah makan dengan MR BIG di

sini…. di mana harga yang tertera di menu itulah yang kita bayar…..tanpa sebarang

TAX ataupun CUKAI …..best kan….

 

p/s : Next visit nak rasa nasi arab dan pizza diorang….. FAMILY FEAST kot….

Makan Malam di majlis Penghargaan Staf di Pan Pacific KLIA




Pada hari Jumaat yang lepas…

Saya mendapat jemputan untuk makan malam di majlis Penghargaan Staf Hotel Pan

Pacific KLIA…Itupun sebab saya adalah salah seorang dari AJK Badan Kebajikan tempat

saya bertugas sekarang….

Kebetulan pada masa tue saya sampai agak awal dari para tetamu dan jemputan yang

lain….so sempat la letak barang door gift tu kat meja tempat saya duduk awal-awal….

Bukan aper…saya yang kurang mahir amik gambar nie ditugaskan untuk tangkap gambar

suasana sekitar majlis tersebut….

Kebiasaannya kalau saya pergi majlis makan malam di kebanyakan event di hotel-hotel

seluruh malaysia….. Menu chinese yang selalu jadi pilihan sebagai hidangan akan tetapi

kali nie….agak berbeza skit lauk pauknya…..Dan yang paling best ialah PRAWNS

MASALA …. dekat LAPAN EKOR la saya makan sorang-sorang je…..hehehehe

Lebih kurang cengginilah hidangan pada malam itu….. dan memang tak sempat la

saya nak amik  gambar satu persatu lauk nie secara close up kan….sebab member

yang duduk semeja ngan saya nie semua dah lapar … dengan segera la diorang

sambar makanan tue…..

Lepas tu saya makan la sedikit rojak dan buah-buahan sebagai dessert atau pencuci

mulut ….Bila dah settle makan masing-masing amik kamera amik gambar sebagai

stok untuk album FACEBOOK……hahahaha

Dan tahun ini tambah menarik sedikit apabila ada LIVE BAND sambil kitorang semua

berselera menikmati hidangan masing-masing…Cuma bila time nak nyanyi lagu INDON

boleh pulak nyany lagu ” Madu dan Racun ” – sungguh tak kena langsung….

Sebagai penutup acara…..persembahan karaoke bagi staf yang berminat…..Overall

memang seronok la kan….sesekali happy ngan kengkawan opis macam nie….

 

p/s : Lagu ” Yang penting happy “ buat satu ballroom gelak sakan…..

Google perkenal Verbatim




MOUNTAIN VIEW, California 17 Nov. – Enjin pencarian Google semalam memperkenalkan ciri terbarunya, Verbatim yang memudahkan carian pengguna, umum Google.

Mod Verbatim boleh dicapai dengan menekan butang Show search options yang berada di sebelah kiri halaman keputusan carian Google.

sumber :- ghacks.net

Melalui mod Verbatim, Google akan menyenaraikan carian pengguna berdasarkan perkataan penuh yang ditaip pada kotak enjin carian.

Menurut blog Google, mod Verbatim berbeza dengan enjin pencarian Google yang sedia ada kerana ia tidak akan ‘memperbaiki’ carian.

Mod Verbatim tidak akan melakukan pembetulan ejaan secara automatik, mengaitkan dengan laman web yang pernah dilawati sebelum ini dan menyertakan sinonim.

Ia juga tidak akan mengeluarkan keputusan carian yang maksudnya serupa dan mencari perkataan yang mempunyai kata dasar yang sama.

Sebelum ini, pengguna perlu menggunakan tanda ‘+’ antara perkataan untuk mendapatkan carian yang tepat tetapi Google menggantikannya dengan tanda pembuka dan penutup kata (“ ”) antara perkataan.

Ada yang menyatakan pencarian dengan menggunakan tanda `+’ itu digantikan kerana Google mahu menggunakannya dalam profil Google+ tanpa mengelirukan pengguna.

Oleh itu, Google mencipta Verbatim bagi memudahkan pencarian perkataan yang disifatkan enjin carian itu lebih tepat dan mudah. - Agensi

 

/// utusan ///

Gambar gelagat penonton HARIMAU MALAYA – Malaysia vs Bahrain 2011

Malam semalam ….

Saya berpeluang menonton secara langsung perlawanan bolasepak – Malaysia vs

Bahrain untuk Kelayakan Olimpik London 2012…Ianya berlangsung di Stadium Nasional

Bukit Jalil

Terima kasih diucapkan kepada Abang Long BEAN MORENO yang sudi berikan saya

tiket perlawanan ini secara percuma ( kelebihan for GTBC ) dengan tiket VIP di kawasan

tempat duduk GRANDSTAND yang bernilai rm40

Kalau kebiasaannya saya datang dengan public transport STAR LRT tapi kali ini saya

ditemani dengan member opis menaiki kereta ke Stadium Bukit Jalil untuk menonton

perlawanan Malaysia vs Bahrain nie….

Anda nampak pakcik di atas…… melihatkan gelagat beliau saya pasti dia nie ulat tiket

sebab dekat tangan dan poket dia memang banyak giler tiket tue…..seperti yang saya

tunjukkan di anak panah…..

Tak jauh dari situ ada orang bisnes ‘tempek sticker’ MALAYSIA dan F.A.M kat muka…..

harganya rm1/sticker..ianya adalah alternatif kepada siapa yang tak nak conteng muka

sebagai tanda sokongan…..hehehhehe

Yang ini pulak….. salah seorang penyokong yang pakai rambut ala Mohawk dengan

warna HITAM/KUNING – warna rasmi jersi pasukan bolasepak Malaysia….

PEACE to ALL the supporters…..Kata Amoi yang tak lokek berikan senyuman ….kalau

tak silap dia nie datang ngan member kole yang lain…..Dan baru la saya perasan rupanya

ada baju jersi Malaysia yang ikut body figure khas untuk gadis dan wanita…..hehehehe

Seronok saya tengok budak-budak nie …. masing-masing siap dipakaikan jersi utama

pasukan bolasepak Malaysia…… secara tak langsung kita tahu parents diorang nie

memang penyokong kuat pasukan HARIMAU MUDA…..

Gadis-gadis datang dengan penuh semangat menyokong pasukan bolasepak Olimpik

bawah 23tahan tanpa ditemani jejaka mahupun lelaki…..keh3x….

Yeahhh…. jumpa lagi penyokong IMPORT pasukan team MALAYSIA……Elok-elok je

diorang duduk terus saya mintak nak amik gambar diorang…..OFF COURSE my friend..

my pleasure katanya….ahaksss….. Siap tunjuk dan cakap ‘SATU MALAYSIA’ lagi tue…

Nampak smart jugak topi yang brother nie pakai….. banyak jugak la gambar yang dia

amik…..di antaranya ialah….

Gambar tiga beranak yang datang lebih kurang LIMA MINIT sebelum perlawanan

bermula….Pada saya emak budak-budak nie amat sporting laaa….sanggup temankan

anak-anak gadisnya sokong dan tengok game bolasepak nie….

Mamat nie pun turut menjadi perhatian lensa kamera brother2x yang jadi official photog

untuk game nie…..Selain dari awek dan gadis yang cun la kan….hahahhaha

 

p/s : Saya dah beli satu baju jersi HARIMAU MALAYA untuk A.Y.A.N.G tau….