Semasa saya menunggu TOKEY ULAT TIKET ketika nak menonton perlawanan
antara MALAYSIA vs SYRIA tempohari sempatla saya jenguk kedai-kedai yang
menjual jersi dan T SHIRT team bolasepak MALAYSIA….
Menariknya sempat juga nampak kelibat rockers yang terkenal disebalik orang ramai
di situ….

Siapakah gerangan rockers terkenal yang menyarung jersi HARIMAU MALAYA ini….?
Hmmmm…… kalau anda jawab JOE WINGS… sememangnya anda adalah peminat
rock malaysia yang tegar…..TAHNIAH diucapkan….

Masih lagi di gerai yang sama….. kali nie tokey gerai ( sebelah kanan ) yang mintak saya
amik gambar kenangan dengan Ronaldinho Malaysia ……Dan kalau anda percaya dah
sah anda bukan peminat kumpulan WINGS…. sebab dia adalah BLACK – pemain dram
kumpulan WINGS yea….

Kalau sebelum nie saya suka membeli jersi dari kelab-kelab bolasepak terkenal
di seluruh dunia…..namun bila tengok pelbagai jenis design t shirt HARIMAU MALAYA nie
buat saya jadi rambang mata……

Set jersi + seluar nie pun menarik jugak kan kalau nak dibelikan untuk ‘anak’ ataupun
untuk si ILHAM ( anak blogger trafik 26 ribu UV ) dan kalau tak silap harganya dalam
rm30 kot sepasang….

Ini pulak T SHIRT TEAM MALAYSIA ( TM ) yang saya masih tunggu si SHAKIDDO
sponsor saya…. ye la kan dia kan staf kumpulan TM sure boleh dapat diskaun untuk
t shirt yang original kan…Dan kata-kata ” Tanah Tumpahnya Darahku ” sememangnya
memberikan semangat patriotik kepada kita…

Kalau ada budget lebih sememangnya saya dah borong semua jersi yang tergantung
nie….memang geram laaa….tiba-tiba jadi macam ala-ala gadis dan wanita yang excited
beli bila nampak YES ( Year End Sales )

Oleh kerana saya akan menonton perlawanan MALAYSIA vs BAHRAIN pada esok hari
maka inilah jersi yang termasuk dalam kategori WAJIB BELI ( MUST BUY ) untuk
koleksi baju jersi saya…. Sememangnya saya tunggu jersi HOME pasukan Queen Park
Rangers (QPR) yang ditaja khas oleh MALAYSIA AIRLINES nie….
Tambah pulak bila ramai jugak yang pakai jersi nie ketika menonton perlawanan
MALAYSIA vs SYRIA tempohari….
p/s : Nak beli jugak MAFLA MALAYSIA sebab nak join ULTRAS MALAYA