HAZMAN vs FOOD ( Ayam Kicap + Sotong 3 Rasa + Daging Merah + TELUR BUNGKUS )

Di kesempatan ini

Saya ingin ucapkan SYABAS kepada FOUNDER BLOGGER ZONE yang telah berusaha

untuk naikkan UNDIAN bro ZARUL UMBRELLA untuk kategori :-

Malaysia International Celebrity Blog

Saya menyeru rakan rakan untuk KLIK LINK DI ATAS bagi meningkatkan JUMLAH UNDIAN beliau yea…. Okey berbalik kepada diri saya…. Semalam saya kerja syif petang…. so secara tidak langsung tak dapat la saya nak pergi ke pasar malam kan…. dan kebetulan disebabkan sibuk kena buat siapkan report terus saya miss time dinner….. Habis kerja pukul 10 malam terus singgah restoran tomyam PRIMA dekat rumah saya untuk makan malam….Dan kali ni saya order EKSTRA skit.. kelaparan la katakan….

Photo0254 HAZMAN vs FOOD ( Ayam Kicap + Sotong 3 Rasa + Daging Merah + TELUR BUNGKUS )

Gambar gambar kali nie saya amik dengan SAMSUNG CORBY II je dan cuba la edit apa yang saya boleh untuk nampak lebih menarik….Kelihatan sepinggan nasi putih bersama lauk pauk yang lain….

Photo0255 HAZMAN vs FOOD ( Ayam Kicap + Sotong 3 Rasa + Daging Merah + TELUR BUNGKUS )

Memula ingatkan nak makan IKAN BAWAL BAKAR….. tapi macam tak berbaloi pulak sebab satu menu jeee….so saya plan for lauk extravaganza….pulak yang amik order tu macam tersenyum sinis je bila saya berikan pesanan …. siap cakap lagi :-

” BANG …. nie semua untuk makan kan ??? ” Dan saya angguk tanda setuju…. Piring pertama ialah LAUK AYAM MASAK KICAP…. okey gak sebab ade rasa pedas skit…

Photo0257 HAZMAN vs FOOD ( Ayam Kicap + Sotong 3 Rasa + Daging Merah + TELUR BUNGKUS )

TELUR BUNGKUS ….. menu yang tak perlu saya perkenalkan lagi sebab ianya adalah menu makanan WAJIB SAYA kalau makan kat kedai tomyam…. BRO JAMAR mesti dah faham sangat pasal menu kegemaran saya nie…

Photo0258 HAZMAN vs FOOD ( Ayam Kicap + Sotong 3 Rasa + Daging Merah + TELUR BUNGKUS )

Ni pulak DAGING MASAK merah…. bila saya tengok potongan dagingnya ada yang nipis dan ada yang tebal….. dan bawangnya memang meriah la kan…..Teringat time zaman kecik-kecik dulu suka makan bawang dalam masakan…. hehehehe

Photo0256 HAZMAN vs FOOD ( Ayam Kicap + Sotong 3 Rasa + Daging Merah + TELUR BUNGKUS )

Ni first time saya cuba order SOTONG MASAK TIGA RASA….. NO BAD gak rasanya… kuahnya sedap dan ada banyak gak cili padi potong….Kepada sesiapa yang tak tahan pedas memang kena jaga-jaga skit la….

Photo0259 HAZMAN vs FOOD ( Ayam Kicap + Sotong 3 Rasa + Daging Merah + TELUR BUNGKUS )

Saya makan dengan relax je…. cuma ada dua tiga pelanggan yang baru sampai dok paling tengok meja saya penuh dengan makanan……dah la makan sorang-sorang kan… Bagi tokey kedai makan tomyam nie…. diorang tak kisah as long apa yang dimakan bayar dengan WANG TUNAI kan….

At last tinggal lebihan bawang dan seketul dua DAGING MASAK MERAH yang liat je tak habis dimakan…. lain semuanya settle masuk dalam mulut saya….Dan yang buat saya rasa seronok ialah TOTAL HARGA semuanya adalah rm19 termasuk air epal yang saya minum…. MEMANG KENYANG SANGAT DAN BERBALOI….

52c7380a 3e0f 4c62 bdcf c86eacb9e59e HAZMAN vs FOOD ( Ayam Kicap + Sotong 3 Rasa + Daging Merah + TELUR BUNGKUS )

Dan mulai hari ini saya MOHON UNDIAN rakan-rakan dan PEMBACA BLOG

HAZMANFADZIL.COM untuk vote saya untuk

NUFFNANG FAVE MAKAN MAKAN EXPERT

Sila klik pada BANNER atau LINK di atas untuk berikan UNDIAN anda…. Segala undian anda amatlah saya hargai….semuanya akan berikan perangsang untuk saya jadi FOOD BLOGGER YANG HEBAT….

724 total views, 1 views today

Comments

  1. says

    ha kan dah tekejut waiter tu….huhu~ lain kali makan tu ajak la member ke sapa2 ke….hehe…byk sgt tu….

    sy suka telur dia …nampak cam sedap je…
    daging sy mmg tk brapa suka makan sbb ia menyebabkan sakit gigi kalau liat n mudah terselit di gigi. menbuatkan sy tk suka daging. suka ikan :D
    afasz´s last blog post ..Jom Cek Tulang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam