Monthly Archives: April 2012
HAZMAN vs FOOD ( OBLONG AYAM + DAGING + KAMBING )
Kalau nak ikutkan syif bekerja….
Sepatutnya minggu nie saya turn keje petang…. tapi DUA HARI nie ade member opis
mintak tukar …saya masuk keje pagi… maka sebab itu dapatlah saya singgah
ke PASAR MALAM untuk beli makanan bagi slot HAZMAN vs FOOD….
Kali ini saya memilih ABANG kepada burger iaitu OBLONG… Burger yang mengingatkan
saya akan rupa PROSPERITY BURGER mcD jee bila first saya tengok once upon a
time dulu….Beli dengan sorang brother jual burger kat taman rumah saya… di mana
dia dah tahu apabila saya cakap “BIASA BANG” – maknanya BURGER AYAM SPECIAL
laa maksudnya….
Tapi bila saya pesan BURGER OBLONG sampai TIGA memang terkejut mukanya…
Selamba je saya mintak dia buat kan burger OBLONG AYAM + DAGING + KAMBING
dan total harganya just rm7 je…MURAH kann !!!
Memulakan kunyahan pertama… saya amik OBLONG AYAM dulu….isinya lembut dan
mudah untuk saya habiskannya tak sampai LIMA MINIT..dan apa yang saya suka dengan
brother burger saya nie ialah semua daging burger @ oblong yang kita beli dari beliau
akan BELAH DUA dan diletakkan serbuk lada + sos blackpepper di dalamnya….
berbanding orang yang jual burger lain yang just masak daging ATAS + BAWAH sahaja
( faham kot apa yang saya maksudkan ) ye…..
Kalau ada perasan di gambar bungkusan OBLONG yang pertama di atas tue….brother
tu dah siap-siap TANDAKAN oblong mengikut jenisnya…..K = KAMBING dan A untuk
AYAM manakala yang TIDAK BERTANDA tu adalah DAGING….
Anda semua boleh tengok kan kepingan DAGING OBLONG yang telah dibelah dua tu
kan….boleh nampak blackpepper sosnya bukan….Dan jangkamasa saya makan
OBLONG AYAM + DAGING nie lebih kurang LIMA ENAM minit laa…dah settle…
Dan ini pula OBLONG KAMBING…. isi dagingnya lebih skit je dari AYAM ataupun DAGING
brother tu pulak baik hati letak MAYONIS EXTRA la pulak kan…. yang terus membuka
selera saya untuk makan OBLONG KAMBING nie….
Disebabkan tekstur daging tak selembut AYAM…. so saya amik masa skit untuk kunyah
dan menikmatinya….Dan semua daging yang dijual adalah keluaran RAMLY BURGER
yang memang terkenal dikalangan rakyat MALAYSIA….
Untuk perancangan akan datang saya akan cuba makan BURGER KUKUS pulak…tapi
kat mana yea ada jual kat area LEMBAH KELANG nie ???
p/s : Semalam SUAMI KESUNYIAN dah offer nak belanja saya makan BURGER
KAW KAW….
Mee Celop @ Restoran Prima TAMAN SEROJA
Pada hari sabtu yang lepas saya terbaca mengenai MEE CELOP di blog ABANG
SILVER BAR di restoran tomyam yang berhampiran area tempat tinggal beliau….Dan
saya baru sedar MEE CELOP nie adalah menu di kedai makan tomyam yang masih
belum saya cuba…
Maka oleh sebab itu….
Lepas habis kerja terus saya singgah RESTORAN PRIMA TAMAN SEROJA untuk order
MEE CELOP untuk food tasting la kononnya…. Then sekali imbas apabila dihidangkan
nampak macam MEE SUP je….dah memang panas sebab boleh nampak asap terhasil
bila cuba nak hirup kuahnya….
Bila saya rasa kuahnya tak berapa pedas …. so saya tambahkan serbuk cili nie… sambil
amik gambar MEE CELOP nie dengan hanya gunakan handphone yang ada DUA
MEGAPIKSEL kualiti gambarnya…. Perasan juga ada dua tiga customer lain dok jeling
kat saya melihatkan gelagat saya dok amik gambar MEE CELOP nie…
Kalau dilihat MEE CELOP yang ABANG JEJAI makan tu ada POTONGAN AYAM
seketul…. Tapi yang saya makan nie ada hirisan daging dan FISHBALL….
Manakala hirisan daging ayam pula macam yang kita order lauk AYAM MASAK MERAH
jee…cuma apabila saya dah tambah serbuk cili tadi digaul dengan kuah MEE CELOP
nie…ianya memberikan rasa yang lebih sedap untuk saya hirup kesemuanya….BEST !!!
p/s : Minta rakan2x untuk VOTE SAYA untuk MALAYSIA TOURISM FOOD BLOGGER
okey…. >>>> UNDILAH SAYA <<<
Tolong VOTE saya untuk Malaysia International Fabulous Food 1Malaysia Blog
Yea betul….
Di sini saya memohon bantuan semua rakan dan pembaca blog HAZMANFADZIL.COM
untuk memberikan undian anda untuk MALAYSIA INTERNATIONAL TOURISM BLOGGER
AWARDS…
Untuk memberikan UNDI ANDA…. sila terjah link >>> MALAYSIA TOURISM BLOGGER
AWARD <<< … Log in dengan FACEBOOK ID anda… klik tab VOTING lepas tu klik
button VOTE pada link blog HAZMANFADZIL.COM yea….
Tu dia….
Simple description pasal blog saya…. so saya AMAT MENGHARGAI setiap VOTE yang
anda sumbangkan untuk blog saya….Dan kepada yang dah berikan undian tue…saya
mohon untuk anda share dengan rakan-rakan lain untuk VOTE saya pulak yea….hihihi
Jangan lupa yea…. berikan UNDIAN ANDA dengan klik LINK DI BAWAH
>>> VOTE UNTUK MALAYSIA TOURISM FOOD BLOGGER <<<
Kereta VOLKSWAGEN GOLF TSI untuk blogger TEGAR !!!
Sekiranya
Anda adalah salah seorang pembaca Blog MODEL LELAKI RUSIA pastinya akan
perasan mengenai post entry mengenai Pakej P1 servis internet berkelajuan
tinggi

Dan bagi menghargai para pelanggan … P1 telah menganjurkan peraduan kepada
pelanggan baru bagi mana-mana PLAN P1 sepanjang tempoh peraduan yang bermula
20 APRIL – 17 JUN 2012
Hadiah UTAMA untuk contest iPUNYA – BELI DAN MENANG nie menawarkan kereta
VOLKSWAGEN GOLF TSI sebagai HADIAH UTAMA.
Selain itu LIMA SAMSUNG GALAXY NOTE,
SEPULUH KAMERA WIFI SAMSUNG dan DUA PULUH PEMBESAR
SUARA X-MINI juga disediakan untuk para peserta contest ini….
Cara-cara penyertaan :-
| It’s unbelievably easy to win these fantastic prizes! | ||
|
||
|
||
|
So… Jadilah salah seorang pelanggan P1 untuk pakej ForHome , ToGo atau OnePlan
dan anda berpeluang membawa pulang VOLKSWAGEN GOLF ….Maklumat lanjut sila
klik link di bawah
>>> iPUNYA – BUY AND WIN CONTEST <<<


















