NASI CLAYPOT FLMC Taman Seroja Salak Tinggi

Ini adalah posting mengenai terjahan pertama ke sebuah kedai makan yang baru

dibuka lebih kurang sebulan yang lalu.Ia lebih kepada kedai masakan panas dan

tomyam la ….dekat dengan kawasan perumahan saya

Photo0286 NASI CLAYPOT FLMC Taman Seroja Salak Tinggi

Untuk perhatian gambar-gambar dalam post entry diambil dengan SAMSUNG CORBY

II je ( 2 MEGAPIKSEL )….. so kualiti agak kureng skit la yea….Firstly saya amat tertarik

dengan NAMA kedai makan nie… singkatannya macam nama satu sistem yang ofis

saya gunakan…. Cuma kalau ianya digunakan untuk DOMAIN macam tak sesuai sangat

…. sebab orang mungkin keliru dengan ejaan kalau nak taip kat GOOGLE…

Photo0291 NASI CLAYPOT FLMC Taman Seroja Salak Tinggi

Kalau dilihatkan menunya …. memang lebih kurang sama je dengan kedai makan tomyam

yang terdapat diluar sana…. cuma diorang nie bukan orang kelantan la rasanya….Dan

pada hari tu saya tergerak hati nie nak cuba NASI CLAYPOT…. sebab biasa dengar tapi

belum lagi pernah rasa….

Photo0297 NASI CLAYPOT FLMC Taman Seroja Salak Tinggi

Photo0298 NASI CLAYPOT FLMC Taman Seroja Salak Tinggi

Tadaaaa…. Inilah rupanya NASI CLAYPOT yang baru je keluar dari dapur …. panas-panas

dan berasap-asap…. memang gaya sizzling la kan….

Photo0294 NASI CLAYPOT FLMC Taman Seroja Salak Tinggi

Photo0295 NASI CLAYPOT FLMC Taman Seroja Salak Tinggi

Lepas tu… untuk menambah lagi selera makan …. saya order la pulak AYAM MASAK

MERAH…..perghhh…. memang berbaloi laaa…. dengan hanya rm4.00 hidangan AYAM

MASAK MERAHnya adalah dalam hirisan daging ayam yang besar jugak…. dan kuahnya

memang sedap laaa…. ( sebab dah biasa makan style kelantan ) kan…

Photo0296 NASI CLAYPOT FLMC Taman Seroja Salak Tinggi

Dan untuk melegakan dan membasahkan tekak yang haus nie…. saya minum air yang

biasa dipesan dalam drama atau filem melayu….. FRESH ORANGE…. hahahahha.Dan

ringkasnya kedai makan nie ada potensi untuk berkembang dengan lebih baik lagi….

Cuma ada beberapa perkara yang boleh dipertingkatkan lagi di masa akan datang

seperti siaran televisyen ( tv ada -astro takde ) , business/name card kedai dan promosi

hebahan untuk sebaran penduduk taman-taman sekitar…

 

Sesungguhnya kalau ade kedai makan / restoran yang baru buka di kawasan rumah

saya memang saya akan buat coverage…. cuma masih RAMAI LAGI PENIAGA

MAKANAN MELAYU yang kurang gunakan potensi teknik pemasaran online untuk

kembangkan bisnes mereka…. Apatah lagi nak keluarkan budget untuk panggil

blogger buat review atau coverage….

 

p/s : BUSINESS/NAME CARD adalah suatu keperluan dalam setiap perniagaan….

732 total views, 1 views today

Tawaran REVIEW MAKANAN untuk blogger dari KONGSIRESEPI.COM

Dua hari yang lalu

Saya mendapat info dari seorang rakan blogger mengenai tawaran menarik untuk para

blogger yang KAKI MAKAN dan suka buat review….

logo kongsi resepi Tawaran REVIEW MAKANAN untuk blogger dari KONGSIRESEPI.COM

Info diambil dari FANPAGE KONGSIRESEPI.COM :-

Iklan: “KERJA MUDAH, GOYANG KAKI: Kami beri RM50, anda pilih restoran, ambil gambar, makan kenyang2 dan tulis review”

Satu blog yang berkonsepkan review tentang makanan halal dan restoran, warung, bistro di Malaysia akan di lancarkan. Maka, anda dijemput untuk melihat requirement dan memohon jika berminat.

Adakah anda seorang yang:
1. Suka sangat makan. Kalau boleh, pagi, petang, siang, malam nak makan je. : )
2. Kadang-kadang rajin masak
3. Tapi selalunya tidak rajin masak. : )
4. Suka makan kat luar
5. Yang paling penting, anda Islam dan hanya makan di restoran yang 100% halal sahaja

Bukan setakat itu, anda juga:
1. Minat blogging
2. Pandai amik gambar. Gambar makanan cantik
3. Pandai menulis review pasal makanan dan restoran
4. Bercita2 nak jadi food critic
5. Cerewet tentang pemakanan. Kalau tak sedap, langsung tak nak datang lagi.

Adakah anda berkelayakan seperti berikut?:
1. Berpengalaman dalam blogging
2. Mempunyai blog sendiri
3. Tahu mengendalikan platform blog seperti Blogspot dan WordPress (kelebihan bagi yang tahu menggunakan WordPress)
4. Mempunyai daya kreativiti yang tinggi
5. Berkebolehan menulis review tentang makanan dan restoran, seperti yang dibaca dalam buku & majalah
6. Pernah bekerja dalam bidang komunikasi atau journalism
7. Mempunyai PR dan komunikasi yang bagus
8. Mempunyai hubungan yang baik sesama blogger di Malaysia (Hubungan dengan food blogger adalah lebih baik)

Kenapa kami mencari anda?:
1. Seperti yang tertera, tulisan anda akan dibaca oleh beribu-ribu orang pada satu hari, lebih dari 100,000 komuniti yang sedia ada.
2. Walaupun dalam perancangan untuk dilancarkan, anda akan mendapat exposure.
3. Tak perlukan kepakaran teknikal dalam programming atau HTML. Cukup sekadar pandai menulis review dan mengambil gambar yang bakal melelehkan air liur pembaca.
4. Anda boleh bekerja di mana-mana sahaja. Tak perlu duduk di pejabat. Ini bermakna, sambil dukung anak, sambil makan pun boleh submit tulisan anda.
5. Kami sudah menyiapkan lebih 50 restoran untuk di review tentang makanan dan keadaan restoran tersebut.
6. Siapa tahu, dengan menulis tentang makanan, anda akan menjadi lebih terkenal?
7. Ramadan sudah semakin hampir. Review mengenai Buffet Ramadan dan kedai2 yang menarik juga diperlukan.
8. Yang paling penting, anda kenyang tanpa mengeluarkan apa2 belanja. Apa salahnya menulis sedikit untuk kami? : )

Apa restoran yang nak kena review?
1. Kami ada senarai restoran yang diperlukan
2. Buat masa ini, hanya di Klang Valley sahaja dulu

Macam mana nak apply?
1. Mudah sahaja, hantar email ke hello@kongsiresepi.com
2. Ceritakan kenapa anda berminat
3. Sertakan pautan portfolio blog anda yang sedia ada
4. Sertakan gambar makanan yang pernah diambil
5. Sertakan portfolio penulisan anda tentang restoran dan pemakanan

Bila kena mula kerja?
1. Kena apply dulu
2. Kalau dah lepas proses screening, kami akan menghubungi anda
3. Selepas itu, baru kami akan bank-in kan amaun duit
4. Dan anda bebas untuk makan di restoran yang kami telah tentukan

Kalau berminat, hantar email ke hello@kongsiresepi.com. Hanya yang layak sahaja akan dihubungi kembali. Jadi, jangan terlalu berharap.

385 total views, no views today

HAZMAN vs FOOD ( 3 KFC POKKITS + Nasi Goreng USA FLMC )

Rasanya…

Mungkin ramai kot yang dah perasan KFC dah keluarkan satu menu di semua cawangan restoran di seluruh MALAYSIA…. iaitu KFC POKKITS

DSC 0447 HAZMAN vs FOOD ( 3 KFC POKKITS + Nasi Goreng USA FLMC )

Dengan rasa teruja untuk mencuba menu baru keluaran KFC nie… terus saya beli TIGA KFC POKKITS sebab dah tahu saiznya yang agak kecil kan…. Ianya dibeli petang sabtu minggu lepas setelah menonton filem AKU ADA , KAU ADA di pawagam kat PLAZA METRO KAJANG….Owhh….NESCAFE LATTE tu dibeli berasingan yea…… 

Read More »

974 total views, 2 views today

HAZMAN vs FOOD ( Bufet SEOUL GARDEN ONE UTAMA )

Memang rezeki ahad lepas….

Selepas dapat makan kenduri kahwin pada hari ahad yang lepas…. housemate saya pula ajak makan kat SEOUL GARDEN ONE UTAMA – Dan paling best sekali ialah dia nak belanja katanya…. syukur ALHAMDULILLAH…

DSC 0502 HAZMAN vs FOOD ( Bufet SEOUL GARDEN ONE UTAMA )

Actually

Housemate saya ajak makan kat SEOUL GARDEN sebab dia tahu selera makan saya yang makin menjadi-jadi sekarang nie…. so rasa berbaloi la kalau nak bawak belanja makan kat tempat macam nie kan

DSC 0501 HAZMAN vs FOOD ( Bufet SEOUL GARDEN ONE UTAMA )

Kami sampai kat sini lebih kurang pukul 5.30 petang…. tapi dah penuh dengan orang di ruang dalam maka terpaksalah duduk kat sebelah luar je…. Dan inilah kali pertama saya gigihkan diri cuba makan guna chopstik walaupun terkial-kial nak sepit antara dua jari tue…. hahahahha

DSC 0505 HAZMAN vs FOOD ( Bufet SEOUL GARDEN ONE UTAMA )

DSC 0508 HAZMAN vs FOOD ( Bufet SEOUL GARDEN ONE UTAMA )

Ini adalah pinggan pertama dan kedua saya untuk grill….kiranya semua jenis daging dan ayam la ( blackpepper , kopi , kimchi ) dan saya ulang lagi untuk kali ketiga dengan kuantiti yang sama jugak….

DSC 0510 HAZMAN vs FOOD ( Bufet SEOUL GARDEN ONE UTAMA )

Sementara nak tunggu daging dan ayam grill saya masal…. saya jamah sedikit nasi goreng cina , kuetiow goreng,samosa serta mantao….Maka penuh lagi la perut saya nie padahal kenyang makan nasi kenduri tak habis lagi….

DSC 0513 HAZMAN vs FOOD ( Bufet SEOUL GARDEN ONE UTAMA )

Yess…

Setiap lauk pauk makanan grill saya tu dimakan bersama balutan salad ( 3 pinggan ) ….Nampak la macam makanan yang sihat la kan….. cuma tekak saya nie nak jugak cicah sikit ngan cili sos… sebagai penambah perisa…

DSC 0509 HAZMAN vs FOOD ( Bufet SEOUL GARDEN ONE UTAMA )

Bekas grill kat SEOUL GARDEN di 1 Utama nie memang bagus sebab kurang sangat melekit…. sebab kalau di sesetengah restoran stimboat grill yang lain….baru sekali kita guna dah melekat-lekat daging/ayam perapan kita bila digunakan untuk kali kedua… kuah kitorang amik CHICKEN je….sebab kalau amik TOMYAM or perisa lain kena bayaran tambahan la pulak…

DSC 0517 HAZMAN vs FOOD ( Bufet SEOUL GARDEN ONE UTAMA )

DSC 0521 HAZMAN vs FOOD ( Bufet SEOUL GARDEN ONE UTAMA )

Setelah lebih kurang DUA jam makan dan kunyah daging/ayam secara berkala dan berganti-ganti dengan housemate saya…. perut masing-masing terasa penuh so terus amik aiskrim dan buah-buahan untuk pencuci mulut….

DSC 0506 HAZMAN vs FOOD ( Bufet SEOUL GARDEN ONE UTAMA )

Di sini saya letakkan SENARAI HARGA BUFET SEOUL GARDEN sebagai panduan kepada kawan-kawan semua sekiranya merancang untuk makan di sini… Selain boleh buat kira-kira kepada sesiapa yang sudi untuk taja SLOT HAZMAN vs FOOD …hik3x

Bila dah beredar dari SEOUL GARDEN nie… jalan pun tegak jee… maklumlah perut  dah penuh dengan makanan dan minuman….Terima kasih la kepada housemate saya sebab dah belanjakan lebih kurang rm80++ untuk bufet SEOUL GARDEN nie…

 

p/s :Saya ;ebih suka makanan grill dan stimboat…..

990 total views, 2 views today

Udang Panjat Nenas dan Ayam Golek Taman Mantau

Nampaknya….

Cuti sekolah sudah bermula bukan… dan saya pasti ramai yang dapat jemputan kenduri

kahwin pada hari sabtu dan ahad yang lepas…. Bagi saya siap dapat offer jadi

wedding photographer lagi cuma belum cukup ilmu di dada ni….Setakat amik gambar

makanan tu okey laa…. hihihihi

DSC 0488 Udang Panjat Nenas dan Ayam Golek Taman Mantau

Saje je saya amik gambar nie …. sebab ianya semacam suatu yang simbolik buat diri

saya sekarang…. agak-agak ada yang faham tak maksud saya ???

DSC 0459 Udang Panjat Nenas dan Ayam Golek Taman Mantau

Pada hari ahad yang lepas saya berkesempatan yang hadir ke majlis perkahwinan rakan

saya di pekan MANTAU NEGERI SEMBILAN…. ( Sila google maps yea ) Menariknya ia

adalah perkahwinan yang menyatukan DUA HATI dan berlainan bangsa ….Suka saya

tengok pelamin diorang nie… simple dengan tone color cantik bagi mata saya….

DSC 0462 Udang Panjat Nenas dan Ayam Golek Taman Mantau

Rakan saya nie yang pengantin perempuan….. ALICE namanya yang kini dikenali dengan

nama ALYA SAFYA ….. Memang nampak sweet sangat laa bila tengok dia nie pakai

tudung….Semoga dapat jadi isteri yang solehah….

DSC 0476 Udang Panjat Nenas dan Ayam Golek Taman Mantau

Inilah ringkasan lauk kenduri kahwin yea….. memang sedap dan mengenyangkan saya

pada tengahari tue….tambah pulak bila minum air kenduri ( air sirap ) la kan….

DSC 0475 Udang Panjat Nenas dan Ayam Golek Taman Mantau

Tender untuk basuh pinggan mangkuk dan gelas minuman dibuat oleh budak-budak yang

muda remaja…. Rajin sungguh la diorang nie….

DSC 0478 Udang Panjat Nenas dan Ayam Golek Taman Mantau

Antara lauk pengantin untuk makan beradab….. nie kalau tak silap IKAN BAWAL MASAK

SWEET SOUR rasanya…. Betul ker ?

DSC 0480 Udang Panjat Nenas dan Ayam Golek Taman Mantau

Ni mengikut pandangan saya adalah AYAM GOLEK BLACKPEPPER la kot…. hihihihi

DSC 0477 Udang Panjat Nenas dan Ayam Golek Taman Mantau

Lauk UTAMA yang sering jadi perhatian mata saya kalau untuk menu makan beradab

pengantin… UDANG PANJAT NENAS + TELUR PUYUH lagi….Menarik kan….

 

p/s :Lauk PENGANTIN ( makan beradab ) manakah yang jadi kesukaan anda ???

2,045 total views, 6 views today