Nasi ARAB DAMSYIK @ Restoran My Rice Bandar Baru Bangi

Tengahari semalam….

Mak saya mengajak kami ( saya + ayah ) untuk makan NASI ARAB di bangi dan restoran yang jadi pilihan sekarang nie ialah…. RESTORAN MY RICE BANDAR BARU BANGI…rasanya mak saya amat tertarik dengan tawaran ” produk kecantikan PERCUMA ” untuk setiap pembelian rm50 …. hehehhee

DSC 2163 Nasi ARAB DAMSYIK @ Restoran My Rice Bandar Baru Bangi

Signboard yang agak besar dengan warna kuning menjadi warna korporat restoran nie… untuk sampai ke sini ianya terletak di SEKSYEN 8 BANGI ( sebaris MFC CHICKEN ) dan andai hendak menuju PKNS BANGI pastinya anda boleh nampak restoran ni terletak di seberang jalan sebelah kanan anda….

DSC 0386 Nasi ARAB DAMSYIK @ Restoran My Rice Bandar Baru Bangi

Sebenarnya ini adalah kali kedua saya singgah makan di restoran nie di mana sebelum nie kali pertama saya makan NASI ARAB SAUDI

DSC 0387 Nasi ARAB DAMSYIK @ Restoran My Rice Bandar Baru Bangi

Saya pesan NASI ARAB DAMSYIK AYAM manakala ayah saya pesan NASI ARAB DAMSYIK KAMBING….

DSC 0388 Nasi ARAB DAMSYIK @ Restoran My Rice Bandar Baru Bangi

Manakala emak saya order NASI ARAB MANDY AYAM… dan harga sepinggan ialah rm13.80 untuk kambing tambah lagi seringgit rm14.80

DSC 0390 Nasi ARAB DAMSYIK @ Restoran My Rice Bandar Baru Bangi

Kalau pergi restoran makanan arab atau makan nasi arab mesti saya pesan minuman yang ada unsur NEGARA TIMUR TENGAH nie…. Arabian Iced Tea …

DSC 0391 Nasi ARAB DAMSYIK @ Restoran My Rice Bandar Baru Bangi

Inilah ruang meja makan di restoran MY RICE BANDAR BARU BANGI … simple tapi selesa juga bagi saya….

DSC 0395 Nasi ARAB DAMSYIK @ Restoran My Rice Bandar Baru Bangi

DSC 0396 Nasi ARAB DAMSYIK @ Restoran My Rice Bandar Baru Bangi

NASI AYAM MANDY untuk emak saya…. dan apa yang anda boleh lihat set nasi arab nie semuanya dihidangkan bersama dalca , acar dan timun salad – tanpa sambal tomato yang biasa kita lihat di restoran makanan arab yang lain… kiranya fusion la nie…

DSC 0400 Nasi ARAB DAMSYIK @ Restoran My Rice Bandar Baru Bangi

DSC 0401 Nasi ARAB DAMSYIK @ Restoran My Rice Bandar Baru Bangi

NASI ARAB DAMSYIK KAMBING untuk ayah saya….. memang kegemaran beliau kalau dapat makan nasi arab nie mesti nak pesan lauk kambing…. nasib baik diorang tak jual susu kambing kan…. hehehehe

DSC 0402 Nasi ARAB DAMSYIK @ Restoran My Rice Bandar Baru Bangi

DSC 0403 Nasi ARAB DAMSYIK @ Restoran My Rice Bandar Baru Bangi

And lastly…. NASI ARAB DAMSYIK untuk diri saya…..nasinya agak berbeza dari segi rempah ratus yang digunakan berbanding dengan NASI ARAB MANDY…. dan ada dua ketul ayam….isinya memang lembut , mudah untuk dimakan….sedap dicicah bersama

‘ KUAH DALCA ‘ yang unik rasanya….Okey ….

Kepada sesiapa yang nak terjah ke RESTORAN MY RICE BANGI ini alamanya :-

No. A-3A, Seri Bangi 

Jalan 8/35 , Seksyen 8

Bandar Baru Bangi 

Selangor

Tel : 03-89223436

Email : myrice.aspirasioptima@gmail.com

3,721 total views, 8 views today

Comments

  1. says

    nasi arab ni mengenyangkan… rempahnya lain sikit dari rempah yg kita mkn hari2….. portion mkanan dari timur tengah ni sgt besar ….
    sha´s last blog post ..Orang baru

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam