Dua hari yang lalu
Saya mendapat info dari seorang rakan blogger mengenai tawaran menarik untuk para
blogger yang KAKI MAKAN dan suka buat review….
Info diambil dari FANPAGE KONGSIRESEPI.COM :-
Iklan: “KERJA MUDAH, GOYANG KAKI: Kami beri RM50, anda pilih restoran, ambil gambar, makan kenyang2 dan tulis review”
Satu blog yang berkonsepkan review tentang makanan halal dan restoran, warung, bistro di Malaysia akan di lancarkan. Maka, anda dijemput untuk melihat requirement dan memohon jika berminat.
Adakah anda seorang yang:
1. Suka sangat makan. Kalau boleh, pagi, petang, siang, malam nak makan je. : )
2. Kadang-kadang rajin masak
3. Tapi selalunya tidak rajin masak. : )
4. Suka makan kat luar
5. Yang paling penting, anda Islam dan hanya makan di restoran yang 100% halal sahaja
Bukan setakat itu, anda juga:
1. Minat blogging
2. Pandai amik gambar. Gambar makanan cantik
3. Pandai menulis review pasal makanan dan restoran
4. Bercita2 nak jadi food critic
5. Cerewet tentang pemakanan. Kalau tak sedap, langsung tak nak datang lagi.
Adakah anda berkelayakan seperti berikut?:
1. Berpengalaman dalam blogging
2. Mempunyai blog sendiri
3. Tahu mengendalikan platform blog seperti Blogspot dan WordPress (kelebihan bagi yang tahu menggunakan WordPress)
4. Mempunyai daya kreativiti yang tinggi
5. Berkebolehan menulis review tentang makanan dan restoran, seperti yang dibaca dalam buku & majalah
6. Pernah bekerja dalam bidang komunikasi atau journalism
7. Mempunyai PR dan komunikasi yang bagus
8. Mempunyai hubungan yang baik sesama blogger di Malaysia (Hubungan dengan food blogger adalah lebih baik)
Kenapa kami mencari anda?:
1. Seperti yang tertera, tulisan anda akan dibaca oleh beribu-ribu orang pada satu hari, lebih dari 100,000 komuniti yang sedia ada.
2. Walaupun dalam perancangan untuk dilancarkan, anda akan mendapat exposure.
3. Tak perlukan kepakaran teknikal dalam programming atau HTML. Cukup sekadar pandai menulis review dan mengambil gambar yang bakal melelehkan air liur pembaca.
4. Anda boleh bekerja di mana-mana sahaja. Tak perlu duduk di pejabat. Ini bermakna, sambil dukung anak, sambil makan pun boleh submit tulisan anda.
5. Kami sudah menyiapkan lebih 50 restoran untuk di review tentang makanan dan keadaan restoran tersebut.
6. Siapa tahu, dengan menulis tentang makanan, anda akan menjadi lebih terkenal?
7. Ramadan sudah semakin hampir. Review mengenai Buffet Ramadan dan kedai2 yang menarik juga diperlukan.
8. Yang paling penting, anda kenyang tanpa mengeluarkan apa2 belanja. Apa salahnya menulis sedikit untuk kami? : )
Apa restoran yang nak kena review?
1. Kami ada senarai restoran yang diperlukan
2. Buat masa ini, hanya di Klang Valley sahaja dulu
Macam mana nak apply?
1. Mudah sahaja, hantar email ke hello@kongsiresepi.com
2. Ceritakan kenapa anda berminat
3. Sertakan pautan portfolio blog anda yang sedia ada
4. Sertakan gambar makanan yang pernah diambil
5. Sertakan portfolio penulisan anda tentang restoran dan pemakanan
Bila kena mula kerja?
1. Kena apply dulu
2. Kalau dah lepas proses screening, kami akan menghubungi anda
3. Selepas itu, baru kami akan bank-in kan amaun duit
4. Dan anda bebas untuk makan di restoran yang kami telah tentukan
Kalau berminat, hantar email ke hello@kongsiresepi.com. Hanya yang layak sahaja akan dihubungi kembali. Jadi, jangan terlalu berharap.


Twitter: shakiddo
wah wah waaaahhh.. apa lagi.. submit aje laaa.. kompom dapat
KiD´s last [type] ..Gempar!! Percubaan Terjun dari Angkasa
syam : Memang dalam perancangan untuk apply laa… cuma nak kena draf portfolio untuk submission
hazman´s last [type] ..HAZMAN vs FOOD ( Nasi Minyak + Nasi Dagang + LAKSAM )
cool..boleh try join ni..hik3…
eyriqazz´s last [type] ..Isteri Mengidam IKEA Meatball Selepas Berpantang
Eyriqazz : Menarik kan…. mintak tolong ajar nak buat portfolio untuk blog eden nie haaa
hazman´s last [type] ..Video OhMyEnglish versi HANIS ZALIKHA !!!
kena buat portfolio ke? eden jawab je soalan dia letak dlm microsoft word…
eyriqazz´s last [type] ..Astro On The Go – Ke Mana-Mana Sahaja Bersama Anda
Eyriqazz : Bro…. okey je kot…. sebab bro punya RESUME tu memang kuat….
hazman´s last [type] ..Contest RAJA KOMEN blog HAZMANFADZIL.COM – bulan JUN 2012
dah submit..takde respons pun…umm,tak cukup syarat lagi kot saya ni..
eyriqazz´s last [type] ..Saya Tumpang Gembira
Eyriqazz : Entah la bro… eden pun tak request lagi…. actually background KONGSIRESEPI nie pun tak clear sangat….anyway…ade rezeki okey la tue
selepas mendengar feedback bro, je jai, denaihati, yanmie, AE n lain2 lagi, eden buat keputusan utk menolak tawaran yang diberikan…byk sgt term n condition yang perlu dipatuhi….
apapun, good inisiatif..
eyriqazz´s last [type] ..Cek Nuffnang Untuk Dikongsi
Eyriqazz : Bagus la bro amik pendapat RAMAI RAKAN BLOGGERS…. for me kalau bayaran tu boleh relax lagi tapi sebab byk sgt proses untuk review tu kurang membantu untuk kita nak kerjasama….
Bro boleh try la yg nie…
Bro kan pakar review makanan..
Fazrol´s last [type] ..ww – Berbogel @ Telanjang?
Fazrol : Tu la nak cuba gak la kan…. tapi gua tak pakar just kuat makan jeee
hazman´s last [type] ..Hidangan POT LUCK MASTERCHEF SELEBRITI MALAYSIA
tq for the info. boleh join ni.haha
matjoe´s last [type] ..WW : Gembira Seorang Abah
Matjoe : NO PROBLEM bro…. boleh je apply kan…. kalau share info nie pun bagus juakkk….
hazman´s last [type] ..Udang Panjat Nenas dan Ayam Golek Taman Mantau
Bro layak ni, wajib mencuba dan jangan lepaskan peluang tau
Myra Jay´s last [type] ..31 Mei 12: Selamat Ulangtahun Kelahiran Untukku
Myra Jay : Time kasih atas galakan yea…. kalau awak nak cuba pun apa salahnya
hazman´s last [type] ..NASI CLAYPOT FLMC Taman Seroja Salak Tinggi
mesti ramai yang nak join ni. haha..
titan´s last [type] ..Mencintai Ain Maisarah – Part 3
Titan : Tawaran makan dan dibayar WANG TUNAI mesti ramai blogger berminat kan….
hazman´s last [type] ..NASI CLAYPOT FLMC Taman Seroja Salak Tinggi
Twitter: ciksiezuka
Abg Man memang sgt berkelayakan.. Jangan lepaskan peluang.. Semoga berjaya..
Nurul´s last [type] ..Ya Allah penatnya..
Nurul : Tu laaa…tengah belajar buat portfolio nie….
hazman´s last [type] ..Contest RAJA KOMEN blog HAZMANFADZIL.COM – bulan JUN 2012
ingat nak join aritu. tp dah lupa pasal ni. moga abg man dpt…. nyum nyum
afasz´s last [type] ..Menang My Pinky Moments Contest !
dapat tak join benda ni bro?
JMR´s last [type] ..‘Barang’ sapa sepah-sepah nih???
Jamar : Tak join la bro…. sebab dari maklumat yang gua dapat tahu….. term n condition tak berbaloi dengan duit yang diorang offer…
yeke..restorn yg diorg bg tu jenis hi-klas ke camne bro?
JMR´s last [type] ..Kek Lapis Sarawak – Roll Fenomena
tibe2 nk jdi fudblogger jgk.. mcm menarik jer..
JMR´s last [type] ..Trafik Blog Mencanak 31,684 views sehari