Video Panduan HOST RANCANGAN MAKAN-MAKAN 2012

Sungguh menarik….

Sejak saya buat post entry mengenai 5 CALON BLOGGER HOST JJCM

ianya telah mendapat respon baik dan kalau tak silap mendapat view yang agak

banyak setelah PING DI BLOGR.MY

Kesan dari entry itu terdapat DUA ENTRY RESPON :-

>>> CIK LILY PUTIH EXCITED JADI HOST JJCM <<<

>>> EYRIQAZZ  MALU TAPI MAHU JAWATAN PENGACARA JJCM <<<

Dan andai anda baca kedua-dua post entry… masing-masing mengatakan bahawa

diorang nie agak segan dan pemalu di hadapan kamera…. so saya telah mencari

bahan rujukan untuk mereka untuk melihat video PANDUAN HOST RANCANGAN

MAKAN-MAKAN….

sumber gambar

Yezza….

Inilah rancangan ( rujukan ) yang saya rasakan paling bagus untuk jadi host rancangan

makan-makan…. Lelaki di atas RAZIF HASHIM namanya – memang cool dan bersahaja

je menjadi pengacara BEST IN THE WORD nie di saluran 8TV setiap hari rabu 10 malam

Boleh tengok kat TONTON untuk 2 episod di musim terbaru

 

Video MEE KUAH KETAM TOK KUN BUKIT MERTAJAM

Anda semua kena tengok sampai habis…. PASTI ANDA SUKA  dengan gaya beliau

walaupun dengan menggunakan BAHASA INGGERIS sebagai bahasa utama…. Dan

memang impian saya untuk jadi host rancangan makan-makan yang sempoi begini….

 

p/s : FOOD BLOGGER MELAYU akan jadi suatu yang hits dan fenomena….

812 total views, no views today

Jom sertai Contest CERITA PUASA RAMADHAN 2012

Sempena bulan ramadhan yang mulia ini….

Blogger kesayangan TEAM UNIFI telah mengadakan suatu contest untuk anda

semua….

Info mengenai contest :-

1) Buat satu entry bertajuk “Contest CERITA PUASA RAMADHAN 2012 shakiddo.com
2) Linkkan permalink entry ini dan komen di entry ini di blog anda sebagai tanda korang join contest ni.
3) Anda kena buat tugasan!

a) Buat CERITA DAN GAMBAR mengenai bulan ramadhan dan tahun ini sahaja dan masukkan di blog anda. Konsepnya adalah CERITA PUASA RAMADHAN 2012. Tak kisah lah anda nak cerita sepanjang mana pun asalkan ia ORIGINAL (plagiat akan automatik reject). Buka puasa, sahur, tarawikh, shopping masa puasa atau apa-apa sahaja mengenai CERITA PUASA RAMADHAN 2012. Gambar akan dimasukkan ke dalam FACEBOOK SHAKIDDO.COM

b) Link kan juga sponsor hadiah iaitu shakiddo.com dan hazmanfadzil.com . Kami blogger double trouble brother!! hehehe..

Mengantuknya bersahur!

Hadiah:

TEMPAT PERTAMA: RM50.00

TEMPAT KEDUA: RM30.00

TEMPAT KETIGA: RM20.00

Hadiah Khas:

Gambar LIKE tertinggi di FACEBOOK SHAKIDDO.COM : RM30.00

SEO Carian Google tertinggi dengan keyword Contest CERITA PUASA RAMADHAN 2012 shakiddo.com : RM30.00

Referral Tertinggi Contest : RM20.00

Random pick peserta Contest : RM20.00

Semuanya berjumlah RM200.00 untuk duit raya anda!!

Wokeh.. Aku rasa korang clear kan? Tempoh contest ini adalah sehingga Rabu08/08/2012 jam 11.59mlm. Pemilihan akan dibuat oleh beberapa ahli keluarga aku, di mana kali ini aku beri kepada mereka untuk pilih pemenangnya. Jangan lupa masukkan KREATIVITI ANDA, seperti pantun atau lawak ringkas bagi menceriakan penyertaan anda.

InsyaAllah, hadiah akan ditransfer seminggu sebelum raya! hah, apa tunggu lagi..??

413 total views, no views today

Gambar & video gol KELANTAN vs SARAWAK – Liga Super 2012

PEMAIN-PEMAIN Kelantan meraikan kejayaan merangkul gelaran juara Liga Super bagi musim 2012 di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu semalam.

358 total views, no views today