
Inilah skuad Malaysia XI yang membelasah Indonesia BAWAH 22 dengan jaringan 6-0
Video gol PILIHAN MALAYSIA vs INDONESIA ( 6 -0 )

Inilah skuad Malaysia XI yang membelasah Indonesia BAWAH 22 dengan jaringan 6-0
Video gol PILIHAN MALAYSIA vs INDONESIA ( 6 -0 )
Alhamdulillah….
Pada tahun ini saya berkesempatan untuk berbuka puasa di PICC – Putrajaya
Convention Centre… Cuma saya terlupa nak bawak kamera DSLR untuk
amik gambar…So hanya dengan kamera 2 Megapiksel TELEFON SAMSUNG
CORBY II je la yang ada….

Kalau diikutkan masa saya pergi pertama kali makan di bufet ramadan PICC nie
pada tahun lepas ia adalah peningkatan sebanyak rm5 tapi harga untuk kanak-
kanak adalah sama…..

Campuran sayur-sayuran untuk set salad yang baik untuk kesihatan

Ikan goreng sambal – menu lauk nasi PADANG

KAMBING PANGGANG adalah antara daya penarik utama untuk bufet ramadhan di PICC
nie yea….

Nasi Arab MANDI ( ayam ) antara menu yang cepat habis….di mana DUA DULANG
BESAR habis dalam masa sejam…. tapi diorang ganti sedulang besar lagi….dengan
cepat

Antara yang menarik perhatian saya ialah hidangan HIDANGAN IKAN BESAR yang saya
lupa pulak nak tanya apa namanya….tapi memang inilah ikan PALING BESAR yang
pernah tengok dihidangkan untuk bufet ramadan pada tahun ini

Ikan ini dipotong kecil-kecil dengan disiram dengan sos istimewa yang sedikit manis…nice

Ini pula area SUP POWER EDEN ….. ada pilihan untuk anda iaitu DAGING , AYAM ,
PERUT dan TULANG….

Dan saya campur kesemuanya dalam satu mangkuk nie…. tambah pulak sambal kicap
dan rasanya memang enak laaa…..
Selain hidangan UTAMA nie ada juga beberapa GERAI MAKANAN yang buat ramai orang
beratur yea seperti
- KUETIOW GORENG – UDANG GORENG TEPUNG – CHICKEN CHOP – SATE – AYAM
PERCIK – FISH AND CHIP dan tak lupa juga CEKODOK PISANG

Ini pula adalah pinggan pertama saya…. Kalau mana-mana jamuan atau bufet ramadhan
mesti saya akan cari kuetiow goreng sebab ia adalah antara makanan kegemaran saya….

Selain air panas ( kopi + teh ) terdapat juga air sejuk ( soya , tebu , punch dan air sejuk )
dan yang bagusnya set air sebegini ada EMPAT ATAU LIMA mengikut section tertentu so
senang untuk kita menghilangkan dahaga ……berbanding hotel-hotel yang lain selalunya
ada satu tempat air sahaja….




Antara kuih muih dan pencuci mulut yang disediakan….buah-buahan tempatan pun ada
dan manggis pun ada tau….. sesuatu yang jarang kita nampak di bufet ramadan…..

Yang penting peringatan supaya MENGHIDARI PEMBAZIRAN diletakkan di setiap tempat
makanan dan lauk pauk…. suatu tindakan bijak !!!
Dan untuk anda yang inginkan bufet ramadan yang mempunyai pelbagai jenis pilihan
makanan dengan harga paling berbaloi di kawasan PUTRAJAYA … inilah tempatnya….
Dan rasanya ADIK LELAKI SAYA pastinya teruja nak berbuka puasa di sini sebab
dah dekat sangat dekat rumahnya….
p/s : Harap-harap tahun depan saya dapat buat FOOD REVIEW di sini…
Pada hari SELASA yang lepas setelah LIMA HARI tidak mendapat respon
dari team HELPDESK NUFFNANG saya telah publish post entry mengenai
status GLITTERATI yang ditarik tempohari….
Setelah tweet dan tag NUFFNANG serta seorang dua staf mereka pada esok
harinya saya mendapat email jawapan dari TEAM HELPDESK… mereka
mengatakan ada IKLAN INNITY dalam salah satu post entry di blog saya….
Kerut dahi saya sekejap mengenai hal ini…. sebab detik hati saya pasti
bukan datangnya dari post entry yang saya karang dan publish… Naluri saya
kuat mengatakan ianya ada pada salah satu dari POST ENTRY PENULIS
JEMPUTAN setelah semalaman mencari mana puncanya code INNITY tu
melekat blog saya nie….
So….
Suatu tindakan yang agak DRASTIK telah saya lakukan iaitu dengan DELETE
SEMUA post entry yang saya telah labelkan PENULIS JEMPUTAN…. Dan saya
MOHON MAAF sangat-sangat atas tindakan yang agak emosi itu walaupun
ianya telah mendapat respon yang baik dan positif…..dari komen di blog mengenai
mereka yang HEBAT HEBAT BELAKA….

Hasilnya … semalam status GLITTERATI saya diberikan semula walaupun saya tidak
tahu post entry yang mana satu yang didakwa mengandungi code INNITY tersebut… Dan
silap saya juga sebab sembrono je COPY PASTE post entry PENULIS JEMPUTAN dari
blog mereka tanpa periksa dengan TELITI….takpelah suatu pengajaran buat diri saya….

Namun begitu sehari sebelum saya dapat balik STATUS GLITTERATI nie…. satu lagi BE
saya telah jadi METERED EARNING dan tinggal satu BE yang masih bertahan tue….
Kalau macam CHEF KAK INA , MAT PETAK dan DADDY ILHAM tu BE diorang
bertambah je setiap minggu kan…. huhuhu

Takpelah….
At least skang dah boleh cuba contest filem THE BOURNE LEGACY dan myLAUNCHPAD
CONTEST MAXIS kan…. Okey la tue…. penglibatan tu penting sebab nak tunjukkan kita
nie berminat dan aktif dengan aktiviti yang NUFFNANG lakukan…..
p/s : Enjoy layan pembukaan OLIMPIK awal pagi tadi…..dan anda boleh tengok video LIVE
STREAMING di YOUTUBE >>> http://www.youtube.com/olympic <<<
Okey…
Setelah beberapa hari saya telah berkongsi mengenai bufet ramadhan untuk idea
berbuka puasa… untuk hari ni saya nak kongsikan set makanan yang agak
simple…

Kali nie kita ke Restoran Madam Kwan’s di PAVILLION KUALA LUMPUR…. actually saya
singgah di sini masa sebelum puasa lagi … iaitu lebih kurang dua jam sebelum saya buat
bufet ramadhan review di RESTORAN ENAK KL

Oleh kerana ini adalah kali pertama saya singgah ke sini… so saya tak berapa tahu la
sangat apa menu yang menarik walaupun ada satu dua yang ditanda SIGNATURES DISH
dalam menu….Nasib baik ada gambar untuk setiap menu… so gerak hati saya nak pesan
NASI BOJARI MADAM KWAN’S


Staf di Restoran Madam Kwan’s nei memang ramai dan mencukupi untuk mengendalikan
pelanggan yang ramai dalam sesuatu masa…. dan diorang gunakan sistem PDA untuk
hantar pesanan makanan ke KITCHEN TEAM – maka pesanan lebih cepat dapat
disiapkan Anyway saya pernah jugak nampak restoran SUBAIDAH MITC MELAKA
guna gadget yang sama…. cool kan…

Untuk minum saya pesan BRU COFFEE SET …. satu teko tu boleh penuhkan dua cawan
dan susu cair serta gula disediakan anda bancuh ikut selera anda….

Lebih kurang dalam sepuluh minit NASI BOJARI pun sampai…diletakkan dalam pinggan
yang agak besar…dan dialas dengan daun pisang….platting yang menarik….

Dan apabila ditenung akan nasi bojari nie…. rupanya lebih kurang macam nasi hujan
panas yang selalu kita nampak di kenduri kahwin….

Sambal udang nie memang sedap cuma diorang sediakan tidak berapa pedas ….dan
saya rasa agar dapat disesuaikan dengan selera pelancong luar negara yang sering
kelihatan keluar masuk di restoran ini

Ini pula adalah rendang daging – tapi yang sudah diracik halus…memang memudahkan
saya kunyah dan telan….

Ayam goreng pula sangat lembut isinya…. dan kulitnya pula nipis dan rangup…..sedap je
kalau diratah begitu sahaja….dan untuk ayam nie saya mintak sos cili….. hahahahaha
Harga keseluruhan untuk set NASI BOJARI nie ialah dalam rm25…..Okey la untuk sesekali
tukar selera pulak kan….
p/s :Tak dapat pergi jemputan buka puasa DENAIHATI sebab dah ada jemputan puasa
with PRIOR ARRANGEMENT…. huhuhu
Sungguh menarik….
Sejak saya buat post entry mengenai 5 CALON BLOGGER HOST JJCM
ianya telah mendapat respon baik dan kalau tak silap mendapat view yang agak
banyak setelah PING DI BLOGR.MY

Kesan dari entry itu terdapat DUA ENTRY RESPON :-
>>> CIK LILY PUTIH EXCITED JADI HOST JJCM <<<
>>> EYRIQAZZ MALU TAPI MAHU JAWATAN PENGACARA JJCM <<<
Dan andai anda baca kedua-dua post entry… masing-masing mengatakan bahawa
diorang nie agak segan dan pemalu di hadapan kamera…. so saya telah mencari
bahan rujukan untuk mereka untuk melihat video PANDUAN HOST RANCANGAN
MAKAN-MAKAN….

Yezza….
Inilah rancangan ( rujukan ) yang saya rasakan paling bagus untuk jadi host rancangan
makan-makan…. Lelaki di atas RAZIF HASHIM namanya – memang cool dan bersahaja
je menjadi pengacara BEST IN THE WORD nie di saluran 8TV setiap hari rabu 10 malam
Boleh tengok kat TONTON untuk 2 episod di musim terbaru
Video MEE KUAH KETAM TOK KUN BUKIT MERTAJAM
Anda semua kena tengok sampai habis…. PASTI ANDA SUKA dengan gaya beliau
walaupun dengan menggunakan BAHASA INGGERIS sebagai bahasa utama…. Dan
memang impian saya untuk jadi host rancangan makan-makan yang sempoi begini….
p/s : FOOD BLOGGER MELAYU akan jadi suatu yang hits dan fenomena….