HAZMAN vs FOOD ( SAMURAI BEEF BURGER McDonald’s )

Malam tadi….

Semasa makan TIGA BUNGKUS nasi lemak sambil layan BULETIN

UTAMA…. boleh pulak terperasan IKLAN burger SAMURAI McDonald’s kat

TV3….Terus timbul perasaan ingin mencuba….

303785 10152096206905023 315154199 n HAZMAN vs FOOD ( SAMURAI BEEF BURGER McDonalds )

On the spot saya double check kat fanpage dan website McD … CONFIRM  promosi

untuk BURGER SAMURAI nie sudah bermula…. then ajak housemate pergi ke

McD KOTA WARISAN…. bila sampai je tengok kaunter penuh… terfikir nak pergi

McD NILAI mesti lagi penuh dengan bebudak kolej….

Perjalanan diteruskan ke McD DRIVE THRU menghala pulang dari KLIA dan seperti

yang dijangka ianya lapang sebab branch nie selalunya tempat persinggahan driver teksi

sebab ianya terletak bersebelahan stesen minyak PETRONAS…

542160 493083197369325 1244592202 n HAZMAN vs FOOD ( SAMURAI BEEF BURGER McDonalds )

Sampai je kat kaunter terus order SAMURAI BURGER McDONALD’S dua set

bersama SAKURA McFIZZ dan upgrade ke LARGE SIZE….. hehehe…actually promosi

nie ada jugak untuk DOUBLE PATTY… dua keping daging burger….

375960 493083210702657 1269713597 n HAZMAN vs FOOD ( SAMURAI BEEF BURGER McDonalds )

156285 493083257369319 193769259 n HAZMAN vs FOOD ( SAMURAI BEEF BURGER McDonalds )

Apabila dah upgrade set ke LARGE so dapatlah McSHAKER …..SO… kena GONCANG

atas bawah kiri kanan la yea…

383486 493083680702610 320765838 n HAZMAN vs FOOD ( SAMURAI BEEF BURGER McDonalds )

Cuma… perisa yang diberikan…KATSU CURRY nie agak kurang sesuai kalau kita letak

semuanya untuk diGONCANG bersama FRENCH FRIES sebab rasanya lebih kurang

sama dengan serbuk perencah kari mee segera yang ada di pasaran…. Itu mengikut deria

rasa dan bau saya laa… tapi kalau anda suka dipersilakan….saya punya tak habis dalam

1/4 jumlah FRENCH FRIES yang saya beli tue…

293048 493083290702649 1332910121 n HAZMAN vs FOOD ( SAMURAI BEEF BURGER McDonalds )

Untuk daging burger SAMURAI MCDONALD’S nie…. ianya memang suatu ciptaan yang

berjaya … dagingnya lembut dan rasanya sedap bersama SOS TERIYAKI…. memang

next time saya akan amik SET DOUBLE PATTY sebab tak muak makan tau….

545618 493083227369322 123210129 n HAZMAN vs FOOD ( SAMURAI BEEF BURGER McDonalds )

SAKURA McFIZZ – fushion antara AIR RIBENA dan SPRITE yang menghasilkan minuman

yang sesuai dengan mana-mana set burger MCDONALDS sebab kurang rasa gas….Dan

overall saya makan dua set nie ( bersama housemate ) harganya dalam rm30 termasuk

dengan CUKAI KERAJAAN …. HEHEHEHE….

 

p/s : Team McDonalds Malaysia memang bijak create menu baru yang menarik……

 

 

89 thoughts on “HAZMAN vs FOOD ( SAMURAI BEEF BURGER McDonald’s )

          1. hazman Post author

            Myra : UNTUNG laa… abang ngan house mate kena pusing ke Mc D nak menghala ke airport ….ada gak dalam setengah jam perjalanan….

            Reply
    1. hazman Post author

      Myra : tu la pasal… kalau tahu dagingnya lembut dan sedap…. memang terus order je DOUBLE kan…. teringat lagi rasa burger tu

      Reply
        1. hazman Post author

          Myra : Betul tue….dia punya sedap memang boleh repeat makan selalu kan…..daging yang lembut tu yang best kunyah dalam mulut….

          Reply
    1. hazman Post author

      Saya disini : tak de la gak… kalau ade yang lain kuarkan new flavor menu … nak gak cuba kan…. kalau dapat jadi DUTA memang mewah laaa

      Reply
    1. hazman Post author

      Anuar : No problem bro… kalau makan ngan famili lagi meriah kan….cuma kena ingat la yea pasal McShacker tu….

      Reply
        1. hazman Post author

          Myra : Okey je tue… kalau selalu masak pun pening gak kan nak cari menu kan… sesekali kuar umah makan3x pun okey gak….

          Reply
    1. hazman Post author

      Rem : Itu nasik lemak kosong je bro….pasar malam punya…. lagi pun seyes aku cakap kalau burger Mcd nie makan satu set perut tak kenyang sangat laa

      Reply
    1. hazman Post author

      Liza : uuiishhh… ye la kan sampai meleleh air liur tu yea….nanti singgah la ke cawangan McD berhampiran yea….

      Reply
    1. hazman Post author

      Affan : Kalau gitu bro boleh kasi suggestion kat diorang untuk buat new flavor kan… tapi sumenya kena ikut selera orang tempatan gak kan… huhuhu

      Reply
    1. hazman Post author

      Beckhr0y : Kena cuba makan dulu bro… baru tahu kena ngan selera dan tekak kan….kalau best leh ulang makan lagi….

      Reply
  1. xenogearz™

    hazman, samurai burger ni bukan menu ciptaan yg baru…rasanya dalam tahun 1990-an pernah ada dah dulu…plus, kat mcDonalds luar negara pun ada samurai burger ni (for example kat thailand)…

    Reply
    1. hazman Post author

      Xenogearz : i mean ianya baru di malaysia… tapi kalau tahun 90an tu saya tak pasti la pulak…. sebab masa tu umur baru 10tahun ….tak pernah makan fast food lagi time tue…. dah setelah GOOGLE …yess kat thailand ada SAMURAI BURGER nie tapi PORK yea…. bukan BEEF…..

      Reply
    1. hazman Post author

      Jamar : thanks for the info….at least aku faham la kena rasa dia cenggitu…. kari jepun rupanya…. hahahaha

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam