
Pada 15 Oktober 2012 tempohari…
Jenama terkenal sukan luncur air dari Australia – RIP CURL (MALAYSIA) telah
mengumumkan kerjasama bersama kerajaan Negeri Terengganu untuk menganjurkan
KEJOHANAN LUNCUR AIR bertaraf ENAM BINTANG buat pertama kali di negara kita…
Ia akan berlangsung pada 30 November sehingga 2 Disember 2012 di Pantai Batu Burok
Kuala Terengganu
RIP CURL 6-STAR PROF SURF TERENGGANU 2012 ini telah diperakui oleh ASIAN
SURFING CHAMPIONSHIP ( ASC ).Kejohanan tiga hari ini terbahagi kepada LIMA
KATEGORI – Terbuka Lelaki , Terbuka Wanita , Master Division dan Bodyboard
Open serta Longboard Open.Dan hadiah sejumlah lebih dari rm40,000 untuk
dimenangi oleh para peserta

Sidang media ini berlangsung di RIP CURL ONE UTAMA dan telah dihoskan oleh selebriti
terkenal Joey G

Ucapan dari MR JAMES HENDY – Pengurus Pemasaran RIP CURL ASIA TENGGARA
di mana beliau amat berbesar hati kerana ini adalah julung kalinya kejohonan luncur air
yang akan diadakan di MALAYSIA … Terengganu secara khususnya dan merasakan
sungguh gembira dengan kerjasama yang telah diberikan oleh pihak Kerajaan Negeri

Majlis tandatangan bersama wakil SUK Kerajaan Negeri Terengganu

Pihak media telah berpeluang untuk melihat persembahan fesyen dari pelajar Amber Chia
Academy Models.Mereka semua memperagakan koleksi pakaian dari barangan jenama
RIP CURL yang menjadi penaja utama pada kejohanan itu nanti….

Pihak RIP CURL (MALAYSIA) telah mengumumkan dengan rasminya telah bersetuju
untuk menandatangani kontrak rasmi selama setahun untuk peluncur air hebat negara
kita iaitu – Bryan Ng dan Brenda Lee sebagai OFFICIAL RIP CURL MALAYSIA RIDERS.
Manakala Mohd Suhami ( Semmy ) pula dilanjutkan kontrak beliau untuk setahun lagi…

Dari kiri : Brenda Lee , Mohd Suhaimy ( Semmy ) dan Bryan Ng
Brenda Lee – Peluncur air terbaik MALAYSIA masa kini….
Bryan Ng - Official Rip Curl Riders
Mohd Suhaimy – Peluncur air hebat dari Cherating , Pahang
Masing-masing mempunyai kepakaran dalam bidang luncur air dan telah berjaya
mengecapi kejayaan dalam pelbagai pertandingan antarabangsa….

Info mengenai RIP CURL
Ianya adalah hasil ilham dari dua orang sahabat yang meminati sukan luncur air – Brian
‘SING DING’ Singer dan Doug ‘ CLAW’ Warbrick di pekan Victoria pada tahun 1969.RIP
CURL telah dicipta untuk dijadikan sebagai suatu gaya hidup mereka….disebabkan minat
yang mendalam pada luncur air.Dan kini setelah 28 tahun RIP CURL telah menjadi
jenama untuk surfboards , surfwear dan surf accessories di peringkat antarabangsa
Cawangan RIP CURL MALAYSIA terletak di Fahreinheit88 , KLCC , Wangsa Walk Setia
Alam , Johor Premium Outlets , Sunway Pyramid , 1 Utama dan Suria Sabah Kota
KInabalu

Twitter: ciksiezuka
BUat kat kampung Nurul tu…
Nurul´s last [type] ..The problems with GUYS
Nurul : Tu la pasal… abang memang teringin gak nak buat coverage kat sini laaa
nurul: bangga la tu
afasz´s last [type] ..Majlis Perkahwinan Ejat & Aishah @ Felda Keratong, Pahang
Faz : mesti la happy kan kalau tempat kita jadi tuan rumah untuk sesuatu event….ni pulak level international tue
best ni klu dapt p
Saya Disini´s last [type] ..Hutan Lipur Sungai Tekala Ku jejaki
Saya disini : Hopefully sangat abang dapat boleh buat review kat event tu nanti….
abg man: abg man p ke? best nye >_<
afasz´s last [type] ..Majlis Perkahwinan Ejat & Aishah @ Felda Keratong, Pahang
Faz : Hurmm… tak tentu lagi… kalau advertiser suka post entry nie ada harapan la kot…
saya disini: jom p, dekat tak ngn umah achong?
afasz´s last [type] ..Majlis Perkahwinan Ejat & Aishah @ Felda Keratong, Pahang
Faz : rupa-rupanya si ACONG orang kelahiran negeri terengganu yea…..
abisss dh 1 lagi terbongkar.. faz ni la..
Saya Disini´s last [type] ..Panorama di Hutan Lipur Sungai Tekala
xtahu la faz..
Saya Disini´s last [type] ..Panorama di Hutan Lipur Sungai Tekala
nak tukar hobi jadi surfing lak ke bro?:-p