
Alhamdulillah…
Khamis minggu lepas saya berkesempatan untuk terjah lagi ke KEDAI MAKAN FEVERET
NADOT bersama-sama dengan housemate yang baik hati….. Sebab nak belanja saya
sebagai tanda terima kasih kepada saya yang jadi cameraman BIDAN TERJUN tempoh
hari….

Kali nie saya pesan JUS MANGGO LAICI dan housemate order tembikai laici ….

ROTI NAAN CHEESE – by my housemate yang punya….


Sememangnya nampak lebih special dari yang kita makan kat kedai MAMAK tau….rotinya
lebih tebal dan gebu….dan cheesenya memang BANYAK sesuai la bagi sesiapa yang
suka makan keju nie….Lebih sedap dimakan dengan AYAM TANDOORI ( lupa nak snap )

Anda boleh cicah dengan kuah kari , kuah kacang dhal ( pekat ) mahupun dengan susu
pekat manis…. Memang rasa kenyang betul bila habiskan semua roti naan cheese nie….
Setakat nie tak pernah saya jumpa roti naan special yang saiz tebal dan besar sebegini….
Dan harganya dalam rm15 kalau tak silap saya….Dan yang penting menu siap dalam
10 minit sahaja ( termasuk air )…..
Minggu depan saya cerita pulak apa yang saya makan yea …. Tunggu…..
p/s : Ada cadangan tempat ROTI NAAN SPECIAL yang best ?































