
Apabila saya dapat pergi ke MALAM PRA TONTON FILEM LAGENDA BUDAK SETAN 2
rasanya macam tak lengkap kalau tak diberikan sedikit review mengenai filem ini….

Mengisahkan KASYAH ( Farid Kamil ) yang meneruskan kehidupan setelah kematian
isteri tercinta – AYU … lebih kurang enam bulan berlalu KASYAH bertemu dengan
KATERINA dalam LRT secara tidak sengaja semasa menghantar anaknya ATHIRAH pergi
check up di klinik…. Maka dari situ bermula kembali putik kemesraan mereka berdua
sampai pergi business trip ke BHUTAN ( cantik negara tue )
Mereka berdua bercadang nak berkahwin – tapi disyaratkan oleh bapa KATERINA untuk
bertunang selama TIGA TAHUN kononnya untuk membolehkan KATE uruskan syarikat
keluarga di AFRIKA SELATAN…..

Dalam pada masa itu ZAHIRAH ( LANA NORDIN yang seksi ) telah diupah untuk
menggoda KASYAH sepanjang ketiadaan KATERINA di pejabat tempat mereka bekerja…..
Dengan menggunakan ASET MAHAL BELIAU - Zahirah telah berjaya menjadikannya
sebagai bahan bukti bahawa mereka mempunyai SKANDAL…. ( Memang sempoi laaa )

Berita tersebut disampaikan oleh bapa KATE – terus pulang dari ofis ARIKA SELATAN dan
merasakan amat kecewa dengan situasi itu….Lantas ambil jalan pintas untuk hilangkan
kedukaan dengan mengahwini HISYAM yang psiko ….Namun tidak benarkan HISYAM
bersama selama TIGA BULAN….. yang akhirnya buatkan KATE nekad nak bercerai
dengan HISYAM yang dikahwininya bukan atas dasar cinta….

Keadaan semakin menduga kesabaran KASYAH apabila abangnya mati dalam suatu
kemalangan dan ATHIRAH ( anak perempuan KASYAH ) pula meninggal dunia akibat
penyakit kuku dan mulut….membuatkan KASYAH bersendirian….

Untuk melihatkan apa yang berlaku antara KASYAH dan KATERINA anda kenalah terjah
ke panggung wayang berdekatan untuk menonton sendiri cerita ini….Apakah ada harapan
untuk mereka hidup bersama ?
KOMEN RINGKAS – PENDAPAT PERIBADI
- Soundtrack filem kali ni kurang power macam PART 1
- Pergolakan antara KATE dan HISYAM agak kurang feel….
- PALING DIGEMARI ialah aksi ZAHIRAH GODA KASYAH ( menarik sungguh adegannya )
- Lakonan Bront Palarae memang best sebagai antagonis
- Anda akan berpeluang nak tengok PART 3 – sambungan filem kali nie
p/s : Teringin nak jumpa LANA NORDIN ini person….. ngeh3x

Lana Nordin hot setap! hahahahahahha~
shahroll photo´s last [type] ..(video) Apo Kono Eh Jang 2012- Nafas baru oleh @RafidahIbrahim feat @datoacmizal & Stellar Band by shahroll
Shahrol : Memang HOT STUFF laa…. tapi tak pernah jumpa live lagi bro….hehehehehe
Twitter: shakiddo
ish ish ish…. hot katanya…..
KiD´s last [type] ..Ramainya orang ONLINE!
xde rezaki tgk cite ni.. rezeki detim dgn mr hubby jer..
Puan NuNu´s last [type] ..Nenek yang sangat ‘CUTE’..
Pn Nunu : yeap….lately nie ada member keje KL pun kat trafic jammed memang teruk time orang balik keje….
Kisah kehilangan 3 insan paling rapat dalam jarak masa yang singkat yang sangat menguji kesabaran seorang lelaki yang baru sahaja kehilangan isteri tercinta dan difitnah orang dalam masa yang sama.
Zulhilmi Zainudin´s last [type] ..(Video) Inspirasi – Bagaimana Mereka Bermula?
Zul : thanks sebab singgah yea…. nampaknya bro ni memang peminat tegar citer nie kan
pastinya maya karin lebih merembes dari hujung tmbut ke hujung kaki dari lana nordin. maya karin datang dgn package ‘beauty with brain’ skali…..
citarasa masing2x la yea…..
Twitter: shakiddo
errrmmm… soundtrack tak syahdu ke? hehheee
KiD´s last [type] ..Ramainya orang ONLINE!
Syam : yeap… takde killer song untuk citer kali nie
Pingback: Review Filem Lagenda Budak Setan 2 – KATERINA |
fuhh..baru aje tengok tadi..
titan´s last [type] ..Komisen ketiga dari Jobdirumah.com
semua org nak mati je dalam cite nie kan.. Abg dia mati.. Anak dia mati… adoi.. hahaha…
hafiz hafizol´s last [type] ..LAGU TEMA LAGENDA BUDAK SETAN 2–KATERINA
Twitter: michaelbay123
Yang ke-2 ni belum tngok lagi. apa2 pun support lah industri filem tempatan