3 Mitos Pemasaran Facebook Yang WAJIB Anda Tahu!

25969 547503528593958 2133566182 n 3 Mitos Pemasaran Facebook Yang WAJIB Anda Tahu!

Pertama-tamanya…

Suka saya nak beritahu anda semua bahawa tips pemasaran facebook yang update sehari

dua yang lalu adalah dari MAJALAHNIAGA.COM -  Sumber Informasi Usahawan yang telah

diusahakan oleh TEAM FLAREBIZ secara online ( bukan majalah fizikal ) So anda semua

boleh terjah ke laman web tersebut untuk dapatkan pelbagai tips dan petua mengenai

dunia internet yang sangat berguna….

Pada  kali ini SAYA ingin berkongsi dengan anda 3 mitos

mengenai pemasaran Facebook. Teruskan membaca…

 

1. Pemasaran Facebook Adalah Kesemuanya PERCUMA.

Percuma? Tidak sama sekali.

Jawapannya adalah ‘Yes and No’. Tidak boleh dipertikaikan

lagi bahawa kita boleh mendaftarkan diri secara percuma

seperti di Youtube, Facebook, Twiiter, Tumblr.

Walau bagaimanapun, untuk menjalankan strategi pemasaran

Facebook sebenarnya terbahagia kepada dua, iaitu percuma

dan berbayar. Contoh berbayar adalah melalui

pengiklanan di Facebook (Facebook Advertising).

Contoh berbayar lain adalah melanggan tools yang berbayar.

Salah satunya, Octopost. Tools ini telah dibangunkan oleh

seorang pakar Facebook tempatan, Bryan Gan.

Tools ini akan membantu para pemilik bisnes mengjadualkan

kandungan post, mengkaji ‘engagement’ di antara pemilik

Facebook pages dan pengikut, mengukur prestasi jualan

melalui Facebook.

Jadi jawapannya, bukan semuanya percuma. Ada strategi yang

memerlukan pelaburan wang. Pilihan di tangan masing-masing,

untuk gunakan kedua-duanya, atau salah satu daripadanya.

2. Facebook Hanya Untuk ‘Budak-budak’ Sahaja.

Pernah satu ketika TIM MAJALAH NIAGA membentangkan servis pemasaran

Facebook kepada sebuah syarikat offline. Model bisnesnya

adalah menjual ayam goreng berempah.

‘Haha!’. Macam mana nak jual ayam goreng di Facebook.

Mustahil la!’, kata mereka sambil mengerutkan muka.

XXX …., medium Facebook bukan semata-mata untuk menjual,

Facebook adalah medium sesuai untuk kita pasarkan produk.

Ya, pemasaran dan promosi adalah satu perkara yang berbeza.

Sebagai contohnya, dalam kes ini, mereka boleh mengadakan

tawaran istimewa dalam bentuk  kupon kepada pengikut

di Facebook.

Ataupun boleh mengadakan ‘contest’ dengan menawarkan

hadiah-hadiah istimewa supaya jaringan peminat mereka

lebih luas, tidak tertumpu kepada satu kelompok sahaja!

3. ‘Saya Dah Ada Akaun Profil, Kenapa Perlu Saya Buat 

Pages Untuk Bisnes?’

 Tidak kira sebesar mana pun perniagaan anda, ia adalah

satu inisiatif baik, iaitu menghasilkan Facebook Pages 

untuk bisnes.

Facebook Pages atau dahulunya dikenali sebagai fan page,

adalah laman Facebook yang berlainan dari profil

peribadi kita. Dan banyak syarikat besar seperti

KFC DAN TV3 menggunakan Facebook Pages untuk

berkomunikasi bersama pelanggan mereka.

 Malahan, pengusaha kecil seperti penjual kerepek,

peniaga kain tudung juga menggunakan sepenuhnya medium

Facebook untuk kebaikan bisnes mereka!

 

 

567 total views, 1 views today

Comments

  1. ivy says

    nak buka bisnes nie memang banyak cabarannya..kena tahan dari segi fizikal,mental dan kewangan kena kukuh..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam