Bina Reputasi di Facebook Dengan 2 Teknik RAHSIA Ini…

 

HEADER PERFUME MURAH Bina Reputasi di Facebook Dengan 2 Teknik RAHSIA Ini...

Gambar hiasan dari FACEBOOK PAGES PERFUME MURAH

Tidak dapat dipertikaikan lagi, Facebook merupakan satu medium
pemasaran yang berkesan dan ramai yang telah memperolehi
jualan berkali-kali ganda melalui Facebook.
Ramai usahawan lain teruja dan membina Fan Page semata-mata
atas sebab kejayaan ini sedangkan mereka masih belum
mempelajari asas-asas pemasaran di Facebook.
Apabila jualan tidak terhasil, mulalah mereka menyalahkan orang
lain serta mewujudkan mitos buatan sendiri.
Kata mereka, pemasaran Facebook sudah tidak berkesan.
Hari ini kami kongsikan 2 asas pemasaran Facebook yang dianggap
mudah oleh sesetengah orang dan mungkin anda sebelum ini.
Asas yang dianggap leceh, tidak penting, padahal titik permulaan
kepercayaan pelanggan bermula di sini.
Sila baca betul-betul, dan ubah sekiranya anda pernah dan sedang
mempraktikkannya.
———————————————————————————
Gunakan Gambar Profile Yang Sebenar
———————————————————————————
Apabila mahu menggunakan FB untuk mendapatkan jualan, penting
untuk kita meningkatkan kepercayaan bakal pelanggan.
Lebih lebih lagi di Malaysia, memandangkan kepercayaan pengguna
terhadap pembelian melalui internet masih lagi pada paras yang rendah.
Cara untuk mengelakkan perasaan was-was, ragu di kalangan bakal
prospek kita adalah dengan menggunakan gambar profile yang sebenar.
Antara gambar profile yang kurang bersesuaian untuk pemilik-pemilik
bisnes adalah :
- gambar haiwan peliharaan
- gambar kartun
- gambar palsu (orang lain) yang diambil di internet
Di FB, mereka lebih suka berurusan dengan manusia. Apabila kita
menggunakan gambar profile palsu, ia menyebabkan bakal pelanggan
keliru dan was-was untuk membeli produk.
Entah-entah, mereka fikirkan kita terlibat dalam aktiviti penipuan
kerana tidak menggunakan gambar profile yang sebenar!
Jadi, adakah situasi ini yang kita mahu wujudkan dan mengharapkan
jualan produk kita laku CEPAT?
Semestinya tidak!
Secara psikologinya, menggunakan gambar sebenar membuatkan mereka
lebih percaya,
Mereka percaya kewujudan kita di dunia nyata. Serta mereka tahu mereka
sedang berurusan dengan manusia, bukannya hantu.
———————————————————————————————-
Guna Ayat-Ayat Berpengaruh Apabila Mengemaskini Status
———————————————————————————————-
Salah satu tip ayat persuasif ialah dengan menggunakan bahasa penuh.
Contoh penggunaan bahasa penuh ialah:
- tk (SALAH)
- x (SALAH)
- tidak (BETUL)
- mgkn (SALAH)
- mungkin (BETUL)
- btl (SALAH)
- betul (BETUL)
Bahasa kontot menyebabkan bakal prospek terpaksa membaca berulang kali.
Tidak keterlaluan apabila saya katakan, penggunaan bahasa kontot
meletakkan diri kita di lembah risiko untuk kehilangan pelanggan
akibat mesej pemasaran tidak sampai.

 

– Diolah dari info laman web MAJALAHNIAGA.COM

535 total views, 1 views today

Comments

  1. says

    kalau jual emas , lagi la kene meyakinkan. diorg mcm tk percaya yg kite leh jual online. tp ada sorang customer sy dulu, dia call sekali terus order n bank in. punya la percaya kat saya. nasib baik sy ni betul2 boleh dipercayai. dia bank in rm3k. fuhhh . sy plak yg risau masa tu . :D

    sbb dia terlampau percaya .. :Dhaha
    Afasz´s last blog post ..JOM TINGKATKAN FOLLOWER SAMPAI LEBAM

  2. ivy says

    sangat berguna..betul tu kalau nak preputasi kita baik kena elakkan 2 benda tu..sebab bukan senang untuk mndapatkan kepercayaan customer nie..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam