HAZMAN vs FOOD – Seafood Buffet Dinner di PARKROYAL HOTEL KUALA LUMPUR

Pada minggu lepas….

Teringat saya apabila my gerek ( kekasih hati ) ada menyatakan dimanakah

tempat makan yang menarik untuk beliau kunjungi… Apabila saya mengingatkan

bahawa dia sangat sukakan udang terus saya cadangkan SEAFOOD BUFFET

DINNER di Hotel Parkroyal Kuala Lumpur

parkroyal kuala lumpur dinner

Ia merupakan promosi tema bufet makan malam yang dibuat pada setiap hari JUMAAT

dan SABTU.Suatu idea yang bagus selain hidangan makanan yang sedia ada pada hari

tersebut anda boleh menikmati pelbagai jenis hidangan makanan laut yang segar…..

Menu ketam goreng bercili dan pelbagai jenis ikan bakar dimasak hanya selepas

diminta oleh anda yakni masak ON THE SPOT dan bukannya disediakan terlebih dahulu

Maka ia dapat dihidangkan panas-panas ke pinggan anda

Pilihlah sahaja apa jenis ikan yang anda mahukan…..

Yang mana satu pilihan makanan laut yang anda mahukan….. ?

Baked Salmon bersama dipping sauce

Siput sedut yang boleh anda leka …..

Dan mengikut SELERA SAYA….. Udang masak sambal ini adalah MUST TRY MENU yang

perlu anda cuba……Keenakan udang ini bersama kuahnya bersama kemanisan bawang

membuatkan saya meratah lebih dari sepuluh ekor dan mengulanginya sebanyak

TIGA KALI…. begitulah betapa sedap menu nie….

Buah-buahan tempatan pasti ada untuk anda jadikan pencuci mulut…..

Dan apa yang menarik bagi hidangan tema ni adalah pihak HOTEL PARKROYAL telah

menyediakan suatu stesen untuk anda mendapatkan JUS PILIHAN dari bermacam

jenis buah yang jarang kita makan seperti AVOKADO dan BUAH KIWI . Gabungan buah

sebegitu pasti akan berikan kesegaran kepada anda….

Kebetulan hari ini adalah HARI JUMAAT….

Anda boleh sahaja rujuk pada talian telefon di atas untuk tempahan atau sebarang

pertanyaan bolehlah diemailkan seperti yang tertera…..

Terima kasih kepada SIDNEY KAN dan team PARKROYAL HOTEL atas layanan anda

yang mesra tempohari ….

1,350 total views, 1 views today

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam