Cabaran Fotografi Senawang Food Festival 2014

Malaysia Airlines Chinese New Year e Greetings Cabaran Fotografi Senawang Food Festival 2014

Kalau anda perasan….

Tahun nie banyak betul hari perayaan dan cuti umum yang jatuh pada hari jumaat….

betul tak ? Dan sudah pastinya ianya suatu kesempatan terutamanya yang kerja waktu

pejabat untuk bercuti dan pulang ke kampung masing-masing.Walau bagaimanapun staf

yang berkerja syif macam saya bertugas seperti biasa demi mengikut jadual kerja yang

telah diaturkan… ( padahal suka dapat PUBLIC HOLIDAY PAY … )

cabaran fotografi senawang food festival Cabaran Fotografi Senawang Food Festival 2014

Pun begitu…

Bagi rakan yang tidak ada perancangan nak ke mana-mana bolehlah datang ke KIP MART

SENAWANG untuk CABARAN FOTOGRAFI SENAWANG FOOD FESTIVAL 2014.Info adalah

seperti berikut :-

Tarikh : 31/1 – 2/2/2014 (3 hari)
Tempat : KIP Mart Senawang, Negeri Sembilan
Masa : 10 pagi – 10 Mlm

Syarat Pertandingan :

# Terbuka kepada semua warga negara Malaysia kecuali Sekretariat

# Penyertaan adalah tidak terhad

# Tema pertandingan ialah gambar makanan,landskap,portrait,konsep dan moment sepanjang berlangsungnya Senawang Food Festival 2014.

# Para peserta dikehendaki menghantar gambar dalam bentuk salinan soft copy yang disertakan dengan penerangan gambar mengikut tajuk yang sesuai.

# Peserta boleh menghantar lebih daripada satu (1) penyertaan beserta maklumat peribadi iaitu nama penuh, nombor kad pengenalan, nombor telefon, alamat surat menyurat dan alamat email tetapi hanya layak memenangi satu (1) hadiah sahaja.

# Foto “touch-up” dibenarkan secara minima seperti pengubahsuaian brightness of color, softening atau sharpening dan croping.

# Pertandingan akan berlangsung selama 3 hari bermula 31/1 – 2/2/2014.

# Gambar pertandingan akan dinilai oleh panel juri yang dilantik oleh pihak penganjur berdasarkan tema, komposisi, keaslian, kreativiti dan aplikasi teknik fotografi yang terbaik.

# Setiap penyertaan yang tidak mematuhi syarat tidak akan dinilai.

# Pihak penganjur berhak membatalkan mana-mana penyertaan jika ianya melanggar terma & syarat.

# Keputusan hakim adalah muktamat dan segala bentuk surat menyurat tidak akan dilayan.

# Pemenang akan dihubungi melalui telefon, surat atau e-mel.

# Pemenang akan dimaklumkan secara rasmi di laman Facebook My Media Food Festival khususnya sempena Senawang Food Festival 2014.

14. Tarikh tutup penyertaan sebelum 2hb Februari 2014 sebelum pukul 4 petang.

HADIAH

Hadiah berupa wang tunai akan diberi kepada pemenang-pemenang berikut:

Pemenang Pertama RM1,000
Pemenang Kedua RM500
Pemenang Ketiga RM300

HAK MILIK 

Setiap gambar yang dikemukakan untuk pertandingan ini tidak akan dikembalikan dan akan menjadi hak milik pihak penganjur & Tourism Malaysia Negeri Sembilan. Gambar-gambar tersebut juga tidak boleh digunakan untuk sebarang aktiviti komersial dan lain-lain pertandingan. 

Pihak penganjur dan Tourism Malaysia Negeri Sembilan berhak mengguna semula, menerbit atau mempamerkan penyertaan di dalam apa jua bentuk media atau medium samada tempatan atau antarabangsa tanpa notis atau pembayaran kepada para peserta.

Dengan penyertaan yang dihantar para peserta bersetuju dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan dan tidak boleh membuat sebarang tuntutan kepada pihak My Media & Event Management selaku penganjur.

Untuk mendapatkan borang penyertaan dan info lanjut boleh berhubung terus dengan Encik Soyart di talian 017-9464 700.

senawang food festival Cabaran Fotografi Senawang Food Festival 2014

Kalau anda tak nak menyertai pertandingan fotografi tu pun tak mengapa , boleh je tengok

atau sertai pelbagai aktiviti menarik sepanjang FOOD FESTIVAL ini berlangsung.Khusus buat

anda yang tinggal di NILAI , SEREMBAN dan SENAWANG mahupun yang ada kelapangan

pada hujung minggu ni jom ramai-ramai meriahkan program kementerian pelancongan

MALAYSIA ni yea… InsyaALLAH , saya akan datang pada esok hari dan kalau ada rezeki boleh

la kita jumpa dan lepak sambil sertai cabaran fotografi yang saya sebutkan tadi yea….

 

 

2,597 total views, 2 views today

Comments

    • hazman says

      Firdaus : tu la pasal… esok nak tanya samada yang memang atau submit contest…. term n condition tu banyak sangat

  1. says

    kalau tourism punye terma dan syarat pasal fotography, aku memang cukup tak berkenan. rela tak join dari gambar dicrop dan digunakan sesuka hati. dah la tak menang, gambar kita kene manipulasi plak. kepada yang tak kesah tu, tadek hal, tapi kepada yang menjaga karya dia, aku rasa mesti tak setuju.

    sekian
    Azman Ishak´s last blog post ..Lepak, santai dan berfikir

    • hazman says

      Azman : Itulah masalahnya bro… sebab tu gua hightlight WARNA MERAH….. kalau diorang nak amik yang dah menang tu tak pelah … yang join submission pun nak sapu gak kan…. kerja atas angin la kan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam