HAZMAN vs FOOD – Pretzels Auntie Anne’s Malaysia

Auntie Annes Malaysia HAZMAN vs FOOD   Pretzels Auntie Annes Malaysia

Setiap kali saya mengunjungi pusat membeli belah sekitar lembah klang ( selangor dan kuala lumpur ) pastinya tumpuan saya untuk cuba makan di restoran yang jarang saya makan ataupun mencuba menu yang jarang atau tidak pernah saya cuba.Akan tetapi apabila melalui kiosk AUNTIE ANNE’S memang jarang saya berkesempatan sebab barisan menunggu memang ramai .Dan boleh dikatakan 8/10 adalah gadis dan wanita….Maka saya berlalu pergi sahaja sebab malas nak beratur lama…

KEDAI MAKAN SEDAP ALAMANDA

DSC 1271 638x1024 HAZMAN vs FOOD   Pretzels Auntie Annes Malaysia

Akan tetapi …

Baru-baru nie saya berkesempatan juga singgah di Auntie Anne’s untuk mencuba sendiri beberapa menu yang dijual di sini.Gambar di atas nie namanya PRETZEL STICK ( ECLAIRS STICK ) yang dicelup dengan coklat pekat ianya dikatakan menjadi pilihan gadis muda remaja……

DSC 1273 HAZMAN vs FOOD   Pretzels Auntie Annes Malaysia

PARMESAN CHEESE PRETZEL – Ada keju parmesan yang memberikan rasa sedikit masin dan tidak buat anda muak sangat sebab jumlah kejunya adalah secukup rasa…

DSC 1274 HAZMAN vs FOOD   Pretzels Auntie Annes Malaysia

SEAWEED PRETZEL – adalah pretzel yang diletakan biji bijan dan cebisan rumpai laut dan saya pesan perisa nie sebab nak rasa kelainan sebab yang jenis CINNAMON ( kayu manis ) dah pernah makan sebelum ni.

DSC 1270 HAZMAN vs FOOD   Pretzels Auntie Annes Malaysia

Untuk minuman pula ada dua air yang popular iaitu LEMONADE dan PASSION FRUIT JUICE. Dan kedua-dua air buah yang masam nie merupakan kombinasi yang sesuai untuk kita makan bersama apa sahaja pretzel yang kita pilih.Dan sepanjang lepak makan di sini sememangnya rata-rata pelanggan yang datang makan masih lagi gadis dan wanita kalau ada lelaki pun sebab nak tolong BAYARKAN BIL je…. hehehhehe.

Apapun makanan di  Auntie Anne’s adalah lebih kepada menu yang dijadikan sebagai snek untuk minum pagi atau minum petang.Saya percaya PRETZEL AUNTIE ANNE’S boleh menggembirakan orang perempuan yang sedang moody…. ( agaknya laa…. )

2,663 total views, 2 views today

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam