HAZMAN vs FOOD – Restoran CHAWAN Citta Mall Subang

DSC 1280 HAZMAN vs FOOD   Restoran CHAWAN Citta Mall Subang
Kalau tak silap saya…

Kali pertama saya datang ke pusat membeli belah CITTA MALL  SUBANG adalah pada bulan April yang lalu.Itupun sebab ada aktiviti dengan rakan sepejabat dan bos.Dapatlah peluang untuk merasai main MINI PUTT dan buat pertama kalinya saya dapat peluang untuk menikmati makanan MEXICO di Restoran Chili’s .Dan pada hari khamis lepas saya berpeluang untuk makan malam di Restoran CHAWAN.

KEDAI MAKAN BEST SUBANG JAYA

DSC 1287 HAZMAN vs FOOD   Restoran CHAWAN Citta Mall Subang DSC 1290 HAZMAN vs FOOD   Restoran CHAWAN Citta Mall Subang

Oleh kerana tengahari saya hanya minum kopi kesihatan ( B’ RAMPING ) maka pada waktu malam itu saya rasa agak lapar.Menu pertama yang saya pesan ialahh SET NASI PUTIH bersama MASAK LEMAK DAGING SALAI.Masakan ni memang menjadi kebiasaan orang negeri sembilan selain asam pedas.Namun ianya tidaklah begitu pedas hinggakan pecah peluh anda , mungkin untuk membolehkan ianya dimakan oleh semua peringkat umur.

DSC 1296 HAZMAN vs FOOD   Restoran CHAWAN Citta Mall Subang

Hidangan kedua pula…

Saya makan MEE REBUS TULANG – Kuahnya memang pekat dah anda akan diberikan seketul tulang yang agak besar saiznya selain sedikit perahan limau nipis untuk memberikan sensasi kepada deria rasa anda.Tulang tu ada lagi isi daging untuk anda makan bersama dengan mee tersebut.Lebih kurang macam apa yang saya pernah makan di Restoran My Mom’s Chicken Rice kepunyaan LINDA ONN cuma ianya lebih banyak laa…

DSC 1293 HAZMAN vs FOOD   Restoran CHAWAN Citta Mall Subang

Menu terakhir pada malam itu…

MEE ROJAK AYAM – Dah macam makan kat kedai mamak la pulak kan…. Yang menariknya sekali imbas pasti anda dengan rupa rojak ni sebab ianya diliputi dengan kuah semata-mata.Tak nampak langsung ISI KETULAN AYAM yang biasa kita tengok dalam hidangan restoran mapley…. Betul tak ? Rupa-rupanya ayam tersebut dicarik halus isinya seperti yang biasa kita makan dalam bihun sup tu…Maknanya lebih mudahlah anda nak mengunyah rojak nie cuma feeling yang berbeza la kan….Dan kuah rojak ayam nie memang sedap tau….

DSC 1281 HAZMAN vs FOOD   Restoran CHAWAN Citta Mall Subang

Apabila saya baca betul-betul menu…

Rupa-rupanya Restoran CHAWAN nie kenakan CUKAI yang berkenaan kepada pelanggan yang datang makan cuma bila dah ada CUKAI PERKHIDMATAN tu memang perhatikan layanan mereka.Kalau ada yang tidak berkenan di hati pasti saya akan buat aduan kepada pegawai besar ( penyelia atau pengurus ) untuk tidak membayar CUKAI yang BERKENAAN.Kepada rakan blogger yang biasa baca blog saya mungkin ingat ada dua tiga kes  yang melibatkan keengganan saya untuk TIDAK MEMBAYAR CUKAI.

DSC 1294 HAZMAN vs FOOD   Restoran CHAWAN Citta Mall Subang

Sebagai penutup menu makan malam….

Saya menikmat kopi TENOM ( SABAH ) yang amat saya gemari kalau pergi lepak makan kat Restoran SUGAR BUN ( sekarang macam dah takde je ) sewaktu ada cawangan di Plaza Metro Kajang.Minum perlahan-lahan untuk menikmati aroma kopi tu…dengan biskut kering keluaran sabah juga….Selesai makan semua menu tu perut saya menjadi sangat kenyang , nasib baik kandungan kafein pada kopi buatkan mata saya tidak mengantuk….Ringkasnya Restoran CHAWAN nie adalah tempat makan masakan melayu pada harga yang sederhana dengan suasana yang selesa.

DSC 1286 HAZMAN vs FOOD   Restoran CHAWAN Citta Mall Subang

Bagi anda yang ingin mencuba…

Boleh terjah dan nikmati sendiri menu makanan di Restoran CHAWAN ini yang berhampiran dengan kawasan rumah anda.Ada rezeki mungkin saya nak datang pada waktu petang atau hujung minggu sebab ada menu istimewa….

2,481 total views, 3 views today

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam