HAZMAN vs FOOD – Restoran Satay Willy Nilai

DSC 1305 HAZMAN vs FOOD   Restoran Satay Willy Nilai

Semenjak famili saya menetap di kajang…

Memang sudah jadi kebiasaan untuk menjamu saudara mara atau rakan yang ke rumah orang tua saya dengan SATAY HAJI SAMURI yang sememangnya sudah terkenal di seluruh malaysia.Namun rakan blogger saya pernah perkenalkan SATAY KING SUNGAI KANTAN yang tidak kurang sedapnya dan ada kenangan tersendiri pula.Pun begitu bagi penduduk tempatan ( kajang ) ada satu lagi jenama saya yang ada peminatnya iaitu SATAY WILLY.

KEDAI MAKAN BEST NILAI

DSC 1308 HAZMAN vs FOOD   Restoran Satay Willy Nilai

Kedai UTAMA Satay Willy adalah di Ramal Junction Food Court di kajang dan baru-baru ni saya dapat tahu mereka sudah membuka cawangan di Nilai.Bagi saya ia merupakan berita gembira kerana masih ada lagi kedai makan yang berdekatan dengan rumah sewa untuk saya terjah dan buat FOOD REVIEW.Maka lepas habis kerja (syif pagi ) terus saya pergi ke sini…

DSC 1310 HAZMAN vs FOOD   Restoran Satay Willy Nilai DSC 1311 HAZMAN vs FOOD   Restoran Satay Willy Nilai

Pada mulanya saya nak pesan satay KAMBING tapi takde la pulak maka saya pesanlah satay ayam dan daging 10 cucuk setiap satu bersama ‘LONTONG’ ( macam ketupat ) dua .Jujur saya katakan kalau makan satay haji samuri saya lebih suka makan ayam sahaja namun dengan SATAY WILLY nie pertama kali saya mencuba satay daging mereka terus buat saya lupa dengan satay ayam tau …. Bukan apa , sebab satay daging diorang nie isinya lebih lembut dan juicy membuatkan ianya lebih enak untuk saya kunyah ke mulut saya.Kuahnya pula memang GAYA SATAY KAJANG ( manis pedas ) dan saya jamin semangkuk kecil tu tidak mencukupi seandainya anda makan 10 cucuk.

DSC 1312 HAZMAN vs FOOD   Restoran Satay Willy Nilai

Walaupun saya bukan saya bukanlah pakar dalam bab bakar satay nie…. Tengok kuah ni pun dah tahu ianya sedap ….hehehe

DSC 1313 748x1024 HAZMAN vs FOOD   Restoran Satay Willy Nilai

Memandangkan sekarang cuaca panas lalu saya pesan air NESCAFE GELAS BESAR supaya tidak cepat tidur akibat kekenyangan makan satay tu nanti dan teh o ais laici untuk memberikan kesegaran badan.Apabila menghabiskan air yang banyak nie ia telah membuatkan perut saya penuh sarat dan dapat menghilangkan dahaga saya sekaligus….

gambar kandid zarul umbrella HAZMAN vs FOOD   Restoran Satay Willy Nilai

Menariknya….

Sedang saya baru nak makan pada awalnya…. boleh pulak terserempak dengan penyanyi kesayangan ramai blogger di Restoran Satay Willy nie.Tengok gaya dia tu macam baru habis berjogging je – datang bersama isteri beliau….Lama jugak kami dah tak berjumpa sejak tahun lepas ( 5,6 bulan la kot ).Sempatlah bertanya khabar dan cerita ringkas mengenai perkembangan hidup masing-masing.Dan beliau pun rasa teruja juga untuk menghadiri SEPETANG BERSAMA BLOGGER 2014 nanti….Sebelum beliau beredar pulang ada jugaklah saya nyatakan agar beliau teruskan update blog ZARULUMBRELLA.COM kerana masih ramai peminat dan rakan blogger nak tahu mengenai aktiviti hidup beliau…disambut dengan muka penuh senyuman….

DSC 1306 HAZMAN vs FOOD   Restoran Satay Willy Nilai

Seiring dengan situasi semasa di atas adalah harga jualan bagi SATAY WILLY – merujuk akan kesedapan satay mereka saya boleh katakan ianya berbaloi untuk wang anda…. sebab ianya memang SEDAP !!! Dan kalau tak silap saya waktu operasi mereka adalah dari pukul 3 petang- 12 tengah malam

Bagi yang berminat nak cuba boleh datang ke alamat :-

PT9910, Jalan 1/3G Putra Point,
Fasa 2, Bandar Baru Nilai,
71800 Putra Nilai.
-Kawasan yang melepasi TESCO NILAI dan berhampiran dengan Dataran Nilai-

3,021 total views, 9 views today

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam