HAZMANFADZIL.COM masuk Utusan Malaysia

MSMW1 HAZMANFADZIL.COM masuk Utusan Malaysia

Kalau tak silap saya….

Para pemenang MSMW sudahpun dipilih di mana ada rakan blogger yang memenangi kategori yang dipertandingkan telah mendapat email dari pihak penganjur untuk majlis penyampaian hadian dan trofi.Cuma ianya masih belum lagi dipaparkan di laman web rasmi MSMW untuk hebahan umum.Dan nampaknya masih belum rezeki saya untuk memenangi sebarang AWARDS pada kali ini….

BLOGGER MAKANAN PALING POPULAR

HazmanFadzil HAZMANFADZIL.COM masuk Utusan Malaysia

Pun begitu saya ingin mengucapkan terima kasih buat rakan blogger RUBYDOTMY yang terlibat secara tidak langsung dalam kemunculan saya di Utusan Malaysia ( edisi dot com – sabtu ) .Tidak lupa juga kepada KENNY ROGERS BERJAYA TIMES SQUARE yang menjadi tempat lokasi sessi temuramah pada hari tersebut.Begitu juga buat rakan blogger EJAM OTHMAN yang menjadi penaja untuk SELUAR PELIKAT yang selesa tu yea….

Alhamdulillah… Ini adalah kali kedua saya dapat muncul di suratkhabar tempatan selepas menjadi BLOGGER PILIHAN HARIAN METRO pada bulan Disember yang lepas.Perkara sebegini menjadi salah satu sebab untuk menjadi motivasi kepada saya untuk menjadi FOODBLOGGER MELAYU dengan lebih baik untuk hari mendatang….

KEYWORD 22 FEB1 HAZMANFADZIL.COM masuk Utusan Malaysia

Menariknya….

Blog saya yang kebiasaannya akan dipenuhi dengan keyword carian mengenai masakan atau tempat makan telah bertukar kepada carian mengenai blog saya.Nampaknya ada jugak yang pembaca Utusan Malaysia yang berminat untuk mengetahui apa isi kandungan artikel di blog nie.Kalau ada pengusaha makanan atau restoran yang terjah baca lagi bagus kan…. mungkin saya boleh jemput pembaca setia blog saya nie untuk pergi buat FOOD REVIEW …. hehehehe.

Ringkasnya

Sentiasalah kita berusaha untuk memperbaiki jenama blog kita agar ianya bertambah baik dari masa ke semasa.Jaringan sosial dan NETWORKING dengan pelbagai pihak perlu ada untuk kita terus berkembang maju.Selagi kita ada rasa PERCAYA pasti akan ada USAHA !!!

 

1,309 total views, 1 views today

Comments

  1. says

    Tahniah, nampak macam terlewat ucapan ini tapi kau tahu dalam #TeamWork kita sama2 dah say tahniah kan.
    Apa-apa pun terima kasih sekali lagi kerana sudi pakai Seluar Pelikat itu ketika sesi fotografi dengan pihak Utusan.
    Semoga rezeki HF lepas ini semakin menjadi-jadi dan lebih dikenali ramai :)
    ejam´s last blog post ..Eizil di Astro Awani.

    • hazman says

      Mahamahu : Tapi ko kuar utusan lagi awal pada aku kan…. ko pun ada kelebihan dalam food review….hidup foodblogger melayu !!!

  2. Aimin says

    Semoga success, Man.
    Oo… seluar pelikat. Saya ingatkan Man pakai kain.
    Macam hero filem tamil, pakai kain masa berlawan… siap ikat sampai lutut. :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam