HAZMAN vs FOOD – Lazeez Arabic Restaurant SENAWANG

DSC 1431 HAZMAN vs FOOD   Lazeez Arabic Restaurant SENAWANG
Rasanya…

Agak lama jugak saya dah tak makan nasi arab ni…. kalau setakat di kawasan NILAI tu boleh dikatakan semua restoran nasi arab saya dah cuba.Dan minggu lepas ada rakan saya mengajak untuk cuba makan di LAZEEZ ARABIC RESTAURANT yang bertempat di SENAWANG.

KEDAI MAKAN SEDAP SENAWANG

DSC 1435 HAZMAN vs FOOD   Lazeez Arabic Restaurant SENAWANG

Di restoran ni….

Hanya ada dua jenis masakan nasi arab iaitu LAZEEZ ( kering ) dan KABSAH ( ayam dalam nasi ) sahaja.Namun begitu mereka juga menyediakan beberapa SIDE DISH sebagai tambahan menu selain menu pencuci mulut.Apa yang menarik perhatian saya ialah ada menu LAKSA JOHOR la pulak kan…Tak pesan mungkin kunjungan yang akan datang saya akan mencubanya….

DSC 1438 HAZMAN vs FOOD   Lazeez Arabic Restaurant SENAWANG DSC 1439 HAZMAN vs FOOD   Lazeez Arabic Restaurant SENAWANG
Saya datang bertiga ….

So pesan hidangan dalam dulang terus tapi makan dalam pinggan la kan…. cuma kalau kita dapat makan dalam dulang tu mesti lagi nikmatlah bagi saya.Nasi arab di restoran nie memang sedap sebab cukup ramuan rempah ratusnya…Dan seperti biasa untuk sesuaikan dengan selera tekak orang malaysia ada sup dan sambal untuk penambah perisa yang membuka selera makan ….

DSC 1437 660x1024 HAZMAN vs FOOD   Lazeez Arabic Restaurant SENAWANG

Untuk minuman….

Air teh arab jadi pilihan…. cuma saya lebih suka kalau dihidangkan dalam pot kecil seperti kebanyakan restoran arab yang lain.Dan air botol BARBICAN perisa nenas sesuai dengan menu makanan orang arab nie.

DSC 1433 HAZMAN vs FOOD   Lazeez Arabic Restaurant SENAWANG

Untuk pengetahuan anda…

Restoran ini ditutup pada setiap hari isnin dan dibuka seawal pukul 11 pagi dan InsyaALLAH saya pasti akan cuba cari masa untuk mencuba menu yang lain di masa yang akan datang.Bagi anda yang nak berkunjung ke sini boleh terjah alamat :

LAZEEZ ARABIC RESTAURANT SENAWANG

No 271 , Jalan Bandar Senawang 15

70450 Senawang ,

Negeri Sembilan

>>> FACEBOOK LAZEEZ ARABIC RESTAURANT <<<

2,730 total views, 2 views today

Comments

  1. says

    uisshh…. dah lama tak pekena nasi arab kambing…. last sekali makan dekat putrajaya… pukul 12 buka, 11.30 orang dh tunggu termasuk saya… hahaha… tp memang terbaik lah….! :D

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam