HAZMAN vs FOOD – Restoran Nasi Arab Damsyik NEGERI SEMBILAN

Restoran Nasi Arab Damsyik Jalan Senawang Paroi

Alhamdulillah….

Dapat juga saya untuk buat food review di Restoran NASI ARAB DAMSYIK NEGERI SEMBILAN semenjak ianya keluar rancangan JJCM TV3 suatu masa dahulu.Dan memang ramai juga rakan blogger cadangkan tempat ni sebab ianya dikatakan antara tempat makan menu ala arab yang bagus di NEGERI SEMBILAN.

KEDAI MAKAN BEST SENAWANG

Restoran Nasi Arab Damsyik Jalan Senawang Paroi Restoran Nasi Arab Damsyik Jalan Senawang Paroi

Di sini anda ada pilihan….

Samada nak makan di meja makan yang biasa ataupun tempat duduk ala arab seperti gambar di atas.Ianya adalah berdasarkan konsep FIRST COME FIRST SERVE.Tapi bagi anda yang berbadan besar yang tegap macam saya mungkin lebih baik makan kat meja sahaja sebab nanti agak susah nak bangun setelah kekenyangan…. hehehehe

Restoran Nasi Arab Damsyik Jalan Senawang Paroi Restoran Nasi Arab Damsyik Jalan Senawang Paroi

Inilah rupa menu restoran ini…memang simple je.Dan hidangan adalah untuk nasi damsyik sahaja…. takde nasi mandy , kabsah mahupun hanith.Jadi anda boleh pilih set menu ala carte ataupun set mengikut bilangan orang (ramai ) yang biasa dihidangkan dalam dulang.Kalau tak nak makan nasi boleh pilih menu panggang ataupun menu kebab.Bagi air pula kalau jus buah tu adalah minuman yang berasal dari negara arab – memang sedap dan pekat.Boleh juga dapatkan teh arab dan air minuman barbican….

Restoran Nasi Arab Damsyik Jalan Senawang Paroi Restoran Nasi Arab Damsyik Jalan Senawang Paroi Restoran Nasi Arab Damsyik Jalan Senawang Paroi

Untuk menu pertama….

Saya makan menu NASI ARAB AYAM + KAMBING di mana ayam nie adalah 1/4 bahagian yea…. dan kambing pula ada dalam nasi tersebut.Daging kambing memang lembut dan anda boleh kunyah dengan mudahnya….Seperti biasa nasi arab di malaysia pastinya kuah sambal sebagai penambah perisa / pencicah yang akan buat anda berselera untuk makan…

Restoran Nasi Arab Damsyik Jalan Senawang Paroi

Semasa saya datang makan tu…

Teh arab ADANI dah habis jadi saya pesan teh arab habatus sauda – rasanya unik dan baunya wangi berbanding teh arab biasa yang lebih kepada rasa macam berempah.Namun sudah jadi kelaziman saya untuk minum teh arab POT kalau singgah makan di mana-mana tempat makan hidangan arab…. Menariknya bekas teh tu kan….siap ada pemegang khas untuk mudahkan kita tuang air…

Restoran Nasi Arab Damsyik Jalan Senawang Paroi Restoran Nasi Arab Damsyik Jalan Senawang Paroi

Setelah itu…

Saya cuba pula menu KAMBING PANGGANG ( tidak pasti bahagian daging yang mana ) tapi ianya memang sedap.Rasanya sedikit berjus dan tidak terlalu kering.Dipadankan dengan sos cili istimewa bersama sos blackpepper menjadikan ianya lebih enak.Saya pasti anda makan DUA KEPING DAGING KAMBING ni pun sudah cukup untuk mengenyangkan perut anda.

Restoran Nasi Arab Damsyik Jalan Senawang Paroi

Ringkasnya…. RESTORAN NASI ARAB DAMSYIK NEGERI SEMBILAN nie memang pilihan yang baik untuk anda merasai juadah makanan arab yang sedap dan mengenyangkan.Bagi yang nak berkunjung di sini boleh terjah alamat :

 

NASI ARAB DAMSYIK

No 1 Taman Bourgainvillea

Jalan Senawang Paroi

70400 Negeri Sembilan

Tel : 014 2657313 / 012 9335495

4,618 total views, 4 views today

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam