Tempat Makan Sedap dan Best di Nilai

Untuk beberapa hari ini….

Saya akan buat kompilasi tempat makan yang pernah saya kunjungi mengikut tempat dan bandar yang tertentu.Dan bagi anda pula juga boleh cadangkan tempat makan yang menarik di tempat anda dalam ruangan komen yea…

KEDAI MAKAN BEST NILAI

sate ayam madura tea box Tempat Makan Sedap dan Best di Nilai
Restoran TEABOX NILAI – Merupakan satu-satunya restoran hidangan menu Indonesia yang kebanyakannya dari masakan SUNDA dan MADURA pernah saya terjah di Pekan Nilai ni.Antara menu yang menjadi perhatian saya adalah SATE AYAM dan KAMBING ala MADURA STYLE

restoran q thai nilai Tempat Makan Sedap dan Best di Nilai
Restoran Q THAI – Yang terletak di kawasan pusat membeli belah GIANT NILAI ini menyediakan pakej stemboat atau kombinasi bersama BBQ SIZZLING ( grill ) .Cuma air minuman di restoran ini dijual berasingan

restoran al mikraj nilai Tempat Makan Sedap dan Best di Nilai
Restoran Al Mikraj – Ia adalah satu satu dari tiga Restoran Nasi Arab yang terletak di Nilai , akan tetapi mengikut selera tekak saya ni ianya adalah yang terbaik berbanding dua restoran lain tu.Dan percaya atau tidak…. saya dah cuba semua menu di sini….hehehehe

d laila mee udang ketam nilai Tempat Makan Sedap dan Best di Nilai
D’Laila Mee Udang / Ketam – Tempat makan yang pernah menjadi kunjungan blogger terkenal BEN ASHAARI baru-baru ini terletak di MMA SANTAI CORNER berhampiran dengan kedai elektrik SENG HENG NILAI.Kuah mee nie memang sedap dan saya pasti anda akan dapat menikmati kelazatannya….

asam pedas lbj nilai Tempat Makan Sedap dan Best di Nilai
Kedai Asam Pedas LBJ - Sememangnya untuk kawasan bandar Nilai ianya sudah tersohor di kalangan penduduk setempat dan sesiapa yang berkerja di sekitar KLIA dan Salak Tinggi.Dengan harga yang berpatutan anda akan dapat set hidangan asam pedas yang buat anda PECAH PELUH ( sedap sangat ) dan hirup semua kuahnya….kisah benar nie….Cuma kedai nie buka waktu siang sahaja.

m

2,791 total views, 7 views today

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam