KECERIAAN KUIH RAYA BERANEKA WARNA SEMPENA KEMPEN SECERIA AIR TANGAN IBU BERSAMA PLANTA

Planta, jenama marjerin Malaysia yang dipercayai sejak turun temurun telah melancarkan kempen Seceria Air Tangan Ibu sempena Hari Raya sebagai pencetus inspirasi buat golongan ibu untuk berkongsi ‘air tangan’  mereka serta menghasilkan biskut dan kek enak yang berwarna-warni. Sentuhan air tangan ibu membawa suasana Raya yang meriah untuk seisi keluarga, terutamanya kanak-kanak.

03 KECERIAAN KUIH RAYA BERANEKA WARNA SEMPENA KEMPEN SECERIA AIR TANGAN IBU BERSAMA PLANTA

Resepi-resepi Planta yang diperkenalkan melalui kempen Seceria Air Tangan Ibu akan dibawa secara langsung menerusi segmen Wanita Hari Ini di TV3. Rancangan ini akan bermula pada 11 Jun dan bersiaran selama tujuh minggu dihoskan oleh selebriti dan pelakon, Sharifah Shahirah. Beliau akan mengetengahkan resepi biskut moden yang mudah dibuat, menarik dan lazat yang dicipta oleh Planta. Sepanjang segmen bertemakan Seceria Air Tangan Ibu, Sharifah bersama ibu, ibu mertua, suami, adik dan anak-anaknya bergembira bersama menyiapkan biskut Planta yang ceria dan berwarna-warni disamping berkongsi pengalaman air tangan masing-masing.

 Planta menggalakan para ibu menceriakan Hari Raya anak-anak yatim dengan meraih sasaran 50,000 biskut buatan air tangan sendiri

02 KECERIAAN KUIH RAYA BERANEKA WARNA SEMPENA KEMPEN SECERIA AIR TANGAN IBU BERSAMA PLANTA

Rakesh Mohan, Pengerusi Unilever Malaysia dan Singapura berkata, “Planta sudah lama menjadi kegemaran kaum ibu dan anak-anaknya. Kami berharap dapat memberi inspirasi kepada kaum ibu hari ini untuk meneruskan tradisi dan berkongsi air tangan mereka melalui pembuatan biskut yang ceria dan berwarna-warni. Anak-anak pasti menggemarinya. Lagipun, tiada apa yang dapat menandingi kualiti masakan air tangan ibu yang dibuat dengan penuh kasih sayang.”

“Saya sangat teruja untuk menjadi hos untuk segmen televisyen ini. Sebagai seorang anak dan ibu, saya faham perasaan kasih seorang ibu yang dicurahkan melalui air tangannya. Segmen ini membolehkan saya mengeratkan hubungan bersama keluarga dan anak-anak serta menyediakan kuih Raya hasil air tangan sendiri. Saya berharap ia akan membawa inspirasi kepada ibu-ibu untuk mencetuskan keajaiban di dapur, penuh warna, keseronokkan dan inspirasi menjelang Raya ini,” kata Sharifah Shahirah.

04 KECERIAAN KUIH RAYA BERANEKA WARNA SEMPENA KEMPEN SECERIA AIR TANGAN IBU BERSAMA PLANTA

Pada majlis pelancaran kempen Seceria Air Tangan Ibu, Sharifah Shahirah bersama dengan chef profesional, Chef Rose Weiss turut mengajar para tetamu cara menyiapkan biskut Red Velvet Planta untuk diberi kepada anak-anak yatim.

06 756x1024 KECERIAAN KUIH RAYA BERANEKA WARNA SEMPENA KEMPEN SECERIA AIR TANGAN IBU BERSAMA PLANTA

Resepi biskut dan kek Planta kini tampil lebih ceria dan berwarna-warni. Diilhamkan daripada warna pelangi, biskut dan kek ini dapat memberikan sentuhan ajaib air tangan ibu kepada kuih tradisional seperti Tat Nenas dan Semperit Pandan. Planta turut memperkenalkan resepi baru mengikut tren pada tahun ini iaitu Biskut Red Velvet, Biskut Buah Hati dan Biskut Roda Warna.

07 KECERIAAN KUIH RAYA BERANEKA WARNA SEMPENA KEMPEN SECERIA AIR TANGAN IBU BERSAMA PLANTA

Menerusi Beramal Bersama Planta, ibu-ibu boleh menghasilkan biskut dengan Planta buatan air tangan sendiri dan menghantar biskut berkenaan ke pasar raya Mydin dan Giant terpilih mulai 16sehingga 20 Julai 2014. Seterusnya, Planta akan menyalurkan sumbangan biskut tersebut ke rumah anak-anak yatim terpilih di Malaysia. Orang ramai juga boleh turut serta untuk menyumbang dan Beramal Bersama Planta apabila mereka membeli Planta dan menghasilkan biskut di pameran bergerak yang disediakan di Mydin dan Giant terpilih. Maklumat lanjut mengenai lokasi pasar raya Mydin dan Giant yang terpilih dan cara-cara menyertai boleh didapati di saluran YouTube Planta di www.youtube.com/resepiplanta .

992 total views, 1 views today

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam