RESIPI HASH BROWN PRODUK SIMPLOT ‘BERTEMAKAN’ MALAYSIA

Simplot, penanam, pengeluar dan pembekal kentang terbesar di dunia, telah berkongsi resipi hashbrown mereka yang serba guna dan menarik mengikut cita rasa orang Malaysiayang boleh dinikmati untuk sarapan, makan tengah hari, makan malam atau minum petang.

01 790x1024 RESIPI HASH BROWN PRODUK SIMPLOT  ‘BERTEMAKAN’ MALAYSIA

Hashbrown ini boleh dipadankan dengan apa saja termasuk mencampurkannya ke dalam kuah, disajikan sebagai bahan utama untuk membuat karipap, samosa, begedill atau disajikan sebagai hidangan utama bersama-sama hidangan daging seperti ayam dan daging lembu atau sayur-sayuran. Ianya mudah disediakan dna menjimatkan masa berbanding memasak kentang mentah dan hashbrown juga menambah kerangupan dalam makanan.

Chef Florence Tan menghasilkan resipi hash brown mengikut cita rasa orang Malaysia yang cukup sesuai dijamah sepanjang hari

“Memang tiada hadnya apabila bercakap mengenai ciptaan sajian yang lazat dan berkhasiat untuk seisi keluarga dengan Simplot Hashbrown. Hashbrown yang rangup, gebu dan berwarna keperang-perangan kini berada di hampir semua isi rumah rakyat Malaysia. Simplot menunjukkan cara yang berbeza bagaimana kentang goreng ini boleh dinikmati bila-bila masa saja sepanjang hari. Menariknya, Simplot mahu rakyat Malaysia menikmati kentang goreng yang mempunyai perasa tempatan, justeru kami menampilkan Chef Florence Tan untuk menunjukkan pelbagai hashbrown yang dicipta bersesuaian dengan cita rasa rakyat Malaysia,” kata  Ong E-Laine, Pengurus – Pemasaran Komersil, Asia Tenggara.

021 RESIPI HASH BROWN PRODUK SIMPLOT  ‘BERTEMAKAN’ MALAYSIA

Pada bengkel berkenaan, Chef Florence Tan menunjukkan beberapa sajian Malaysia yang menggunakan kentang goreng Simplot. Chef yangpetah ini menyiapkan karipap dan mi rebus menggunakan hash brown sebagai bahan utama.

Peserta bengkel tersebut juga diundang untuk menyertai bengkel hashbrown – menyediakan hidangan dan snek lazat menggunakan resipi yang mudah diikuti daripada Simplot Malaysia Sdn Bhd. Beberapa sajian yang dihasilkan termasuk Potongan Kentang Hashbrown dan Sayur-sayuran, Ayam Masam & Manis dan spageti Bolognese ala Malaysia dengan Popcorn Hashbrown. Resipi boleh didapati menerusi  www.facebook.com/SimplotAward .

031 RESIPI HASH BROWN PRODUK SIMPLOT  ‘BERTEMAKAN’ MALAYSIA

Sempena bengkel tersebut, Simplot Malaysia turut menganjurkan ‘Anugerah Simplot – Chef Rumah Terbaik Malaysia’ yang julung kali diadakan.  Orang ramai boleh menyertai pertandingan ini dengan hanya mencipta resipi menggunakan rangkaian produk Simplot Hashbrown dan memuat naik gambar resipi kentang yang sudah siap bersama produk Hashbrown Simplot. Gambar berkenaan perlulah disertakan dengan tulisan mengenai  gambar dan hashtag #SimplotAward.

Sebanyak 20 resipi terbaik akan disenarai pendek dan menerima baucar bernilai RM200 daripada TESCO berserta beg cenderahati daripada Simplot Malaysia Sdn Bhd. Daripada resipi yang disenarai pendek tersebut, Simplot akan memilih 8 peserta akhir untuk bertanding pada pertandingan masakan akhir pada 19 Jun ini

Orang ramai juga boleh mencalonkan ahli keluarga, rakan atau penulis blog makanan Malaysia yang biasa mereka ikuti untuk menyertai pertandingan berkenaan. Sekiranya peserta yang mereka calonkan itu disenarai pendek sebagai lapan peserta akhir, mereka akan juga memenangi baucar bernilai RM200 daripada TESCO berserta beg cenderahati daripada Simplot Malaysia Sdn Bhd bernilai RM100. Sekiranya calon mereka berjaya memenangi ‘Anugerah Simplot – Chef Rumah Terbaik Malaysia’, mereka juga akan memenangi peralatan dapur.

Hadiah-hadiah merangkumi wang tunai RM5,000, peralatan dapur dan beg cenderahati Simplot untuk juara; wang tunai RM3,000, peralatan dapur dan beg cenderahati Simplot untuk pemenang tempat kedua; wang tunai RM2,000, peralatan dapur dan beg cenderahati Simplot untuk pemenang sajian tempat ketiga. Hadiah saguhati terdiri daripada peralatan dapur dan beg cenderahati Simplot untuk setiap pemenang. Tarikh akhir untuk menghantar resipi ialah 12 Jun 2014.

 

Untuk maklumat lanjut mengenai resipi Simplot Hashbrown dan cara penyertaan, layari www.facebook.com/SimplotHomeChef dan Instagram @Simplot_MY.

1,263 total views, 1 views today

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam