Langsing, Cergas and Sihat Sepanjang Ramadan dengan TruDtox

promosi TRUDTOX SLIMMING TEA Langsing, Cergas and Sihat Sepanjang Ramadan dengan TruDtox

Nampaknya….

Hari ini sudah masuk minggu kedua kita semua menjalani ibadah berpuasa di bulan ramadhan dan sudah tentu anda dah terjah ke beberapa pasar ramadhan.Pastinya sudah bermacam jenis menu yang dimakan kita berbuka puasa , betul tak ?…. maklumlah selera makan pastinya sedikit berbeza berbanding bulan-bulan biasa.

Bagi diri saya boleh dikatakan sebulan sebelum bulan ramadhan saya telah menghadiri sessi ‘food tasting’ review bufet ramadhan di merata hotel mahupun restoran.Boleh dikatakan 4-5 hari seminggu.Dengan situasi pengambilan makanan yang agak berlebihan ini membuatkan saya mencari maklumat untuk mendapatkan kesihatan yang lebih baik.Antara cara yang temui ialah dengan mengamalkan minum teh TRUDTOX.

REVIEW PRODUK HERBAL AND SLIMMING TEA di PASARAN MALAYSIA

DSC 8229 698x1024 Langsing, Cergas and Sihat Sepanjang Ramadan dengan TruDtox

Secara ringkasnya teh TRUDTOX ( sebut TRU-D-TOX ) adalah produk keluaran Live BioSciences Switzerland adalah suatu gabungan beberapa jenis herba , flora dan teh yang diadun dengan baik.Ianya tidak mengandungi bahan seperti julap yang hanya memberikan kesan negatif kepada usus kita.Dengan pengambilan TEH TRUDTOX ni sedikit sebanyak membantu untuk menyahtoksinkan bahan-bahan yang tidak perlu ada dalam badan kita

Simpton badan kita yang mengandungi toksin tinggi :

  • Selera makan berlebihan
  • Perut kembung
  • Berat Badan Berlebihan
  • Alahan
  • Masalah Kulit
  • Keletihan dan cepat rasa lesu

Menurut Kementerian Kesihatan TruDtox ini adalah dalam kategori jenis makanan dan ianya dapat :

· Membantu membersihkan toksin dan bahan cemar dalam badan anda
· Menggalakkan fungsi normal organ-organ detox( pembersihan ) badan anda
· Selamat untuk penggunaan yang berterusan 
· Tidak menyebabkan kita bergantung untuk pengambilan secara ekstrem ( hanya ikut keperluan )

DSC 8231 Langsing, Cergas and Sihat Sepanjang Ramadan dengan TruDtox

 

Baiklah saya akan berkongsi pengalaman dengan anda mengenai pengambilan Teh TruDtox dalam bentuk format FAQ :

 

Adakah anda mengalami “tindakbalas pembersihan” dengan sachet pertama TruDtox?

– Untuk sachet yang pertama saya ada mengalaminya tetapi ianya tidaklah berlaku dalam keadaan yang menyebabkan rasa perut memulas ataupun rasa senak di perut.Ianya berlaku secara semulajadi ….

Bagaimana anda mengambil minuman TruDtox anda?

– Memandangkan sekarang dalam bulan puasa maka saya ada pilihan samada minum sewaktu berbuka puasa ataupun semasa waktu sahur

Bagaimana anda rasa selepas setiap sesi TruDtox? Adakah anda rasa lebih bersih, lebih ringan, lebih bertenaga?

– Lebih kurang seminggu iaitu pengambilan 3 kali minum badan saya mula rasa ringan dan pendapat saya salah satu faktor adalah proses perkumuhan ( buang air kecil / besar ) yang lebih mudah

Bagaimana TruDtox membantu anda dalam menjalani puasa?

– Badan saya masih segar walaupun sudah masuk waktu tengahari ( biasanya saya menguap sebab mengantuk ) secara tidak langsung bantu saya kerja dengan lebih fokus

Komen mengenai produk ?

– Saya suka sebab ianya dalam bentuk uncang teh ( antara minuman kegemaran ) , ianya boleh dibancuh untuk diminum bersama rakan dan famili.Bau bunga dan herba yang boleh serasi dengan deria bau saya.Serta mudah dibawa ( bentuk sachet )

Adakah pernah guna teh nyahtoksin yang lain ?

– Pernah tapi kurang berkesan dan Teh TruDtox adalah pilihan yang lebih baik

Adakah anda akan mengesyorkan TruDtox kepada kawan anda? Mengapa?

– Ya , sudah pasti . Kerana ianya membantu melancarkan proses perkumuhan ( buang air kecil / besar ) secara semulajadi.Lebih cergas sebab kurang mengantuk secara tidak langsung membantu memberikan kesihatan yang lebih baik

Adakah anda akan terus menggunakan TruDtox? Mengapa?

– Sudah semestinya kerana saya mahu mendapat kesan yang baik untuk kesihatan tubuh badan yang berterusan tambah pula dengan gaya pemakanan yang agak kerap bagi FOODBLOGGER MALAYSIA yang sering dijemput ke sesi food review dan food tasting.

 

DSC 8233 Langsing, Cergas and Sihat Sepanjang Ramadan dengan TruDtox

 

Cukuplah tu kan….

Diharapkan perkongsian saya mengenai produk teh TruDtox ini dapat memberikan gambaran tentang khasiat dan kebaikan yang berguna kepada anda.Okeylah untuk dapatkan info lanjut sila terjah

 

LAMAN WEB TRUDTOX : www.truDtox.com

FACEBOOK TRUDTOX : https://www.facebook.com/trudtox

1,139 total views, 2 views today

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam