Seperti yang kita maklum….
Satay merupakan salah satu menu yang menjadi kesukaan rakyat di negara kita.Di sesetengah negeri mungkin ada kelainan dari segi penyediaan ataupun kuahnya.Dan sekarang para peniaga dan usahawan sate ada peluang untuk mempromosikan jenama mereka – iaitu menjadi salah satu penaja slot rancangan di radio ERA FM
ERA fm MEMPERKENALKAN RANCANGAN BAHARU!
Secara rasminya sebuah rancangan baharu di ERA fm iaitu SATE, telah diumumkan baru-baru ini di Anugerah MeleTOP ERA yang telah berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil. Jika sebelum ini, rancangan petang di ERA menggabungkan dua penyampai radio Adi Fashla dan Zahid dalam slot Petang di ERA Bersama Adi dan Zahid, terkini rancangan tersebut mendapat nafas baru dengan memperkenalkan SATE! Pada 23 Februari 2015, merupakan hari pertama Adi Fashla bergandingan dengan Shahrol dan Tauke bagi menemankan petang anda dalam segmen SATE, Sajian Lawak TerBAEK!
Nama rancangan SATE ini pula, adalah bersempena gabungan nama ketiga-tiga penyampai segmen tersebut Shahrol, Adi dan Tauke (SATE). Keserasian mereka bakal mencipta sebuah kelainan berbanding segmen sebelum ini. Tagline Sajian Lawak TerBAEK ini lebih cenderung untuk mengajak pendengar menjamu selera sambil bersantai mendengarkan pengisian terkini umpama menu-menu terbaik dalam segmen tersebut, sambil melayan kerenah ketiga-ketiga penyampai di rancangan petang ERA fm, SATE.
Bagi pendengar yang mungkin dalam perjalanan pulang pulang dari tempat kerja, berada di rumah, atau yang terpaksa meredah sesakan di jalanraya pula pasti akan kenyang dengan sajian terbaharu yang disajikan khas buat pendengar setia ERA fm bersama pengemudi baharu rancangan petang ERA fm, Shahrol, Adi dan Tauke (SATE).
Jangan lupa temujanji anda bersama SATE Sajian lawak TerBAEK setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 4 petang hingga 8 malam bersama pelawak terkenal negara Shahrol , Adi dan Tauke!
Dapatkan maklumat lanjut tentang ERA fm di www.era.fm, laman Facebook dan Twitter ERA, serta frekuensi:
103.3FM Lembah Klang, 103.6FM Pulau Pinang, 103.7FM Ipoh, 98.0FM Kuantan, 103.3FM, Kota Bharu, 102.4FM Kota Kinabalu, 103.6FM Seremban, 90.3FM Melaka, 104.5FM Johor Bahru, 102.8FM Terengganu, 96.1FM Kuching, 90.7FM Langkawi, 102.0FM Tapah, 101.3FM Miri, dan
Saluran Astro (856)
2,278 total views, 1 views today
Dah lama tak dengar radio ERA sampai tak tahu perkembangan semasa. Macam menarik je rancangan baru ni..
Anuar´s last blog post ..Senarai Pemenang Contest SEO Jom Aktifkan Mykad
Anuar : kalau macam tu … bro kena la dengar Era time petang nanti yea….
mesti gempak dgn gabungan lawak dorang ni HF
Norma´s last blog post ..Lengangnya South City Plaza
Tak pernah dengar lagi kerenah Taukeh dalam radio… boleh dengar nanti ni..
Sani Sini Sana´s last blog post ..Ceramah Ustaz Azhar Idrus di Masjid As-Salam Puchong Perdana
Akak pun..sebab memang jrg dgr radio..dlm kereta pun kdg tu tukar2..kejap hotfm, kejap sinar, lama lite fm..hehe..:)
Norma´s last blog post ..Lengangnya South City Plaza
Norma: tukar2 ek..saya lak tak suka sgt bila wife main tukar2 # radio hehe
JMR´s last blog post ..Jangan bersedih dik.
takdgr ERA sbb bizi ke sbb dgr radio lain bro? hehe
JMR´s last blog post ..Jangan bersedih dik.
Bagi peminat sate, satu peluang menarik2 hari2 boleh makan diport lain2 dan sedap
Kereta Sewa Shah Alam´s last blog post ..Menyediakan Perkhidmatan Kereta Sewa di Kelana Jaya By Kereta Sewa Kelana Jaya
Kereta sewa : ianya adalah platform untuk promosi jenama produk….. at least sponsor untuk team produksi kat radio Era ke kan….
try promot blog kat platform ni lak bro?
JMR´s last blog post ..Jangan bersedih dik.
SA suka Satay Subang….on the way nak ke Kuang tu…best wooooo….
Suriaamanda´s last blog post ..‘Jemputan istimewa’ pengantin perempuan kepada ibu bapa sendiri
satay subang otw nak ke kuang? yg femes tu ke?
JMR´s last blog post ..Taman Burung Kuala Lumpur
Untung la sape yg terpilih tu
Norma´s last blog post ..Lengangnya South City Plaza
Kereta: hari-hari makan di port berlainan? hehe tak bosan ke hari2 makan sate bos hehe
JMR´s last blog post ..Jangan bersedih dik.
SATE tu lawak terbaik rupanya…
ikhwan´s last blog post ..Pilihan Kerjaya Selepas Keputusan SPM Diumumkan
SATE ada dua maksud la kan..
JMR´s last blog post ..Jangan bersedih dik.
Satu langkah berani dan kehadapan untuk pengusaha tempatan.
akubiomed´s last blog post ..Live streaming Samsung Galaxy S6 edge dan Galaxy S6
betul tu Akubiomed
Norma´s last blog post ..Lengangnya South City Plaza
Sate Hj Samuri ka yang sponsor slot ni??
Sani Sini Sana´s last blog post ..Ceramah Ustaz Azhar Idrus di Masjid As-Salam Puchong Perdana
hehe hj samuri pun salah satu usahawan sate hebat Malaysia kan
JMR´s last blog post ..Dayyan is 22 months
betul tu bro..usahawan pun perlu bijak gunakan peluang ini kan
JMR´s last blog post ..Jangan bersedih dik.
Semalam first time dgn celoteh diorang..tapi tak menyengat sangat bg aku
JMR´s last blog post ..Taman Burung Kuala Lumpur
Betul tu JMR..gabungan yg mantap…maybe dorang ni boleh naikkan ranking Radio Era
Norma´s last blog post ..Lengangnya South City Plaza
eh cam pelik je komen kak Norma ni hehee
JMR´s last blog post ..Taman Burung Kuala Lumpur
Dah lama SA x amik tau pasal radio ke apa ke….dulu memang fav SA dengar radio
Suriaamanda´s last blog post ..‘Jemputan istimewa’ pengantin perempuan kepada ibu bapa sendiri
bz sangat ye SA..:)
Norma´s last blog post ..Lengangnya South City Plaza
SA betul betul bz skng ni..kerja lagi, ngah prepare hari bahagia lg kan
JMR´s last blog post ..Taman Burung Kuala Lumpur
Sedapnya satay tu..paling suka Satay Willy & Satay Zaini..tak silap dua2nya pernah masuk JJCM tv3 🙂
Norma´s last blog post ..Lengangnya South City Plaza
wILLY ke Zaini, dua-dua taknah makan lagi..biasa makan hj.samuri nye je hehe
JMR´s last blog post ..Jangan bersedih dik.
Sate kalau makan kawe tak tolak. Tapi kalau nak buat adehhh… lagi prefer sate goreng, sonang di masak 😀
Dulu Lain Sekarang Lain´s last blog post ..Panduan Membuat Cupcake
sate goreng biasa buat masa raya haji..guna daging korban..sedappp
JMR´s last blog post ..Jangan bersedih dik.
kadang2 bila sampai 3 orang sekaligus jadi dj..buat kita jadi pening dan jadi huru hara…hahaha
blogger lelaki´s last blog post ..Malaysia Top 10 Best Blog 2015
betul tu..tu yg macam kurang menyengat..tp ada gk yg 3 Dj tapi still tersusun
JMR´s last blog post ..Jangan bersedih dik.
memang kena lah hari tu kita makan sate.. hehehehe
KiD´s last blog post ..Wajah Baru Banglo Misteri Seksyen 2 Shah Alam
right timing ye abam kid..
JMR´s last blog post ..Jangan bersedih dik.
Ohhh.. gitu cite dia.. kalau ada makan2 sate… roger je. ahaha
Mohd Zarin´s last blog post ..The Swagger Salon – Lansi
haha kena roger abam zarin ni..gambar dia meletops vasss
JMR´s last blog post ..Jangan bersedih dik.
Zarin : InsyaALLAH…. ada rezeki boleh je bro…. belajar photog……
Tajuknya memang mengghairahkan huhu..
Apa2 pun nak try dengar lawak SATE ni..
amirul´s last blog post ..PPIM Dedahkan 7 Cara Syarikat Telekomunikasi Tipu Pengguna.
Buat suspen aje ya Amirul ?
Sani Sini Sana´s last blog post ..Jangan Beli Senarai Produk Laku Keras dan Margin Tinggi!
mengghairahkan utk teruskan pembacaan kan hehe
JMR´s last blog post ..Jangan bersedih dik.
Amirul : biasalah tajuk gaya penceritaan kan…..
so far, sate wak radol (johor) yang terbaik saya pernah rasa..resepi sate orang jawa nie memang sedap. hehe
Oja Samid´s last blog post ..Ada Ke Suplemen yang Sesuai untuk Turunkan Tekanan Darah Tinggi?
sate jawa lain tang mana tu oja? taknah rasa lagi sate wak radol..jauh bebenor nk gi rasa tu hehe
JMR´s last blog post ..Robocar Poli & Dayyan – sahabat mulai hari ini.
Oja samid : menarik je bunyinya tu….. sebab pernah rasa sekali sate minang – memang lain la cara diorang punya bakar sate dan kuahnya….
dah lama benar aku tak makan sate.
rindu sate banting.
titan´s last blog post ..Komisen ke 40 dari Ashadee.com
Boleh lah En Titan..nanti turun banting pekena sate dengan cendol..Oooop dah sihat ka sekarng dari demam..?
Sani Sini Sana´s last blog post ..Jangan Beli Senarai Produk Laku Keras dan Margin Tinggi!
wah banting pun ada sate sedap gk ke bro..aku ni cendol banting pun dah lama x makan ni.nak kena cari sate lak
JMR´s last blog post ..Taman Burung Kuala Lumpur
Titan : nanti ….bro boleh pulak promote kat mana sate yang best kan banting kan…..
Idea yang bagus ni.. Mungkin peniaga sate boleh approach atau hubungi radio ERA pada waktu petang dan promot sikit pasal satay diorang..
Sani Sini Sana´s last blog post ..17 Sebab Anda Perlu Belajar FB Ads
ni peluang mereka untuk luaskan rangkaian perniaagaan kan
JMR´s last blog post ..NZ Lamb Chop, Dave’s Deli jadi kegemaran Dayyan
Sani : tu la kan….tapi rasanya tak ramai pengusaha sate kita ada kesedaran pasal strategi pemasaran online atau media elektronik nie….
saya lebih suka sambung selebriti (adi & zahid) kot dari sate ni..
dengar 2-3 hari ni macam bosan je dengar dorang mengarut
ietams´s last blog post ..Bercuti di Kuantan