Bertentang Mata Dengan Catzer

Yess….
Besok saya akan menghadiri Bengkel WordPress anjuran Catzer aka Surfaddict di JOM TRAINING CENTRE kat Bandar Tasik Selatan……Antara laman web yang berkaitan dengan Catzer ialah…..


Manual Newbie

Sememangnya bengkel bina blog dot com dengan menggunakan wordpress kena pada masanya ketika saya masih tercari-cari teknik pembelajaran yang praktikal dalam dunia blogging….Dan paling penting saya dapat belajar dengan salah seorang IM yang terkenal di Malaysia…..InsyaAlah akan ade berlaku perubahan untuk blog saya setelah menghadiri bengkel ini nanti….

Inilah bonus yang diberikan kepada para peserta bengkel :

Bonus Eksklusif 1: Domain dot com dan Hosting

Bonus Eksklusif 2: Komuniti Warga Bengkel WordPress

Bonus Eksklusif 3: 16 Premium Themes WordPress

Bonus Eksklusif 4: 12 Power Series Themes WordPress

Bonus Eksklusif 5: 15,000 Niche Artikel

Bonus Eksklusif 6: Senarai 250 WordPress Plugins

Bonus Eksklusif 7: Video WordPress Unleashed

Belajar Blog dot com – PRAKTIKAL

Bengkel WordPress

Bengkel Belajar Buat Blog Dot Com menggunakan WordPress akan dianjurkan oleh Catzer aka Surfaddict – Salah seorang IM yang terkemuka di Malaysia.

Pelbagai Modul Eksklusif Yang Disediakan Oleh Bengkel WordPress Akan Membimbing Anda Untuk Mula Membina Pelbagai Model Laman Web Peribadi Dan Perniagaan Yang Berjaya!

Modul Eksklusif 1: Pengenalan Dan Pemasangan WordPress
Di dalam modul ini, anda akan didedahkan dengan pengenalan tentang sistem WordPress dan pemasangan sistem WordPress.

Modul Eksklusif 2: Konfigurasi Dan Kemaskini Laman Web WordPress
Di dalam modul ini, anda akan didedahkan dengan proses konfigurasi asas dan juga bagaimana anda boleh mengubah laman web anda menjadi laman web yang menarik dan mampu menarik perhatian pengunjung dan juga menjana pendapatan dari laman web peribadi

Modul Eksklusif 3: Membina Isi Kandungan Laman Web WordPress Anda

Di dalam modul ini, anda akan didedahkan dengan proses membina isi kandungan laman web anda, memindah isi kandungan dari laman blogspot dan wordpress.com.Anda akan didedahkan bagaimana untuk mendapatkan idea isi kandungan dari sumber yang sah dan pendedahan asas “Search Engine Optimization” bagi memastikan laman web anda tidak melanggar isu hak cipta dan juga mendapat perhatian enjin carian.

Modul Eksklusif 4: Membina 3 Model Laman Web Menggunakan WordPress
Di dalam modul ini, anda akan mengetahui bagaimana untuk membina 3 model laman web menggunakan WordPress tanpa perlu membayar orang lain untuk membinanya mengikut keperluan anda. Jika anda ingin membina kedai online, laman web direktori atau laman web jualan, modul ini akan mendedahkan bagaimana anda mampu membinanya dengan menggunakan beberapa theme dan plugin yang sesuai dan percuma!.

Modul Eksklusif 5: Pendedahan Eksklusif Menjana Trafik Dan Wang Ke Laman Web WordPress Anda

Menerusi modul ini, anda akan didedahkan bagaimana untuk mendapatkan trafik atau pelawat ke laman web anda secara konsistent.

“Starter Kit” Membina Laman Web Peribadi Dan Perniagaan Internet Yang Eksklusif Bernilai Lebih Daripada RM500.00 Diberikan Secara PERCUMA Untuk Anda!

Untuk pembaca blog saya….anda diberikan DISKAUN sebanyak RM40 apabila anda mendaftar untuk bengkel ini.
Gunakan kupon ini jika anda ingin menyertai bengkel
Wordpress ini : supersave250

Daftarlah sekarang di www.bengkelwordpress.com

>>> CEPAT !!! SEMENTARA TEMPAT MASIH ADA …<<<

Surat Dari SME bank…

Saya baru mendapat surat tawaran dari SME BANK selepas pulang dari kerja semalam…..Surat tawaran menghadiri kursus lagi….Serba sedikit mengenai kursus tersebut :

LATIHAN PENINGKATAN IKS

Tarikh :25-26 Mac 09
Tempat: Bilik Latihan Aras 6 , Menara SME BANK , Jalan Sultan Ismail , 50774 Kuala Lumpur
Masa : 9.00 pagi – 5.30 petang

KURSUS PENETAPAN HARGA KOS DAN HARGA

Pengenalan
- Kegagalan untuk menjual barangan dan perkhidmatan bukan sahaja disebabkan oleh ketidakmampuan jurujual untuk menjual.Malah terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepada kegagalan ini.

Objektif
-Memahami konsep konsep kos dalam pengeluaran produk
-Mengetahui kaedah untuk kumpul data dan maklumat
-Mengetahui isu penting bagi meningkatkan keuntungan perniagaan

Kandungan
-Pengenalan kunci kira-kira
-Ciri kos yang perlu diketahui
-Pengekosan dan titik pulang modal
-TEKNIK kumpul data dan letak harga
-TEKNIK analisa kos
-TEKNIK Kawal kos untuk maksimumkan untung

Fasilitator
-Penceramah dari ANUGERAH HRM CONSULTAN S/B

* Kepada sesiapa yang berminat sila hubungi : Pn Rosmah/Roslinda/Cik Nailah
Tel : 03 26167435 / 03 26152020

p/s : Sesiapa yang pernah attend kursus SME BANK sebelum ini akan diberi DISKAUN yang hebat !!!

Seminar SHUTH…

Pada pagi 15 Mac yang lalu saya mulakan langkah untuk pergi ke seminar ebook anjuran otai IM yang terkenal ….SHUTH dengan menaiki komuter dari kajang dan ternampak satu iklan yang menarik perhatian saya seperti di atas….Dan apabila tiba di Hotel Quality Kuala Lumpur tempat berlangsungnya seminar saya pun terus mencari lokasi bilik seminar hinggalah saya terjumpa….

Setelah sesi pendaftaran pada pukul 8.30 pagi…lebih kurang pukul 9.00 pagi sesi menuntut ilmu pun bermula….

Seperti biasa saya dengan semangat yang sentiasa berkobar-kobar untuk mendapatkan ilmu berjaya menempatkan diri di barisan hadapan dalam bilik tersebut.Dan seminar ini memberi peluang kepada saya berkenalan dengan….bro JAMAL


Rupa-rupanya die nilah penulis DUA buku yang terhangat di pasaran sekarang…..RAHSIA KAMAR dan KERJA KERAJAAN.Memang sempoi je dia nie…..Sepanjang seminar kami memberikan sepenuh tumpuan terhadap apa yang disampaikan oleh SHUTH….dengan diselang selikan lawak jenaka sebagai selingan….( Shuth ada sense of humour….)

Riak muka SHUTH bila mendengar soalan dari peserta

Lebih kurang pukul 4.15 petang segala pembentangan mengenai seminar ebook telah pun selesai.Namun ada di antara peserta masih tertanya-tanya siapakah gerangan yang akan menjadi tetamu istimewa …..

Maka muncullah saudara AMIROL selaku penceramah jemputan dan menjawab pelbagai persoalan yang bertali arus dari peserta…


Setelah saudara AMIROL berjaya menjawab segala persoalan dengan jayanya…maka bermulalah sessi fotografi berlatarbelakangkan….


Namun setelah gambar diambil….hasilnya….


Setelah itu saya meluangkan masa untuk bergambar secara in person…

Bro Tazilan
Bro Mohd Farid Sulaiman
Bro Amirol

Bro Shuth

p/s : Setiap peserta seminar telah mendapat kezutan yang GEMPAK oleh SHUTH….dan hanya eksklusif bagi peserta seminar sahaja….kepada yang berminat DAFTAR SEKARANG

Esok saya akan bersemuka dengan SHUTH….

Yesss…..
Besok 15hb MAC 2009…Hari Ahad saya akan menghadiri SEMINAR EBOOK yang dianjurkan oleh SHUTH bertempat di QUALITY HOTEL KUALA LUMPUR.Beliau yang amat terkenal dengan ebook MASKAHWIN yang HILANG dan founder bagi forum wangcyber.Namun apa yang membuatkan saya lebih berminat untuk meneruskan usaha mendalami ilmu dalam dunia blog ialah setelah membaca buku hasil nukilan beliau dan sahabatnya MOHAMMED FARID SULAIMAN…:) iaitu ” RAHSIA BLOGGER ” – Membongkar Rahsia Buat Duit Dengan Blog -
Sedikit sedutan mengenai buku RAHSIA BLOGGER….
-Ketahuilah Kaedah Sebenar Membuat Duit Dengan Blog-
Blog adalah merupakan sejenis laman web serta medium interaksi generasi baru.Pada masa kini blog bukan sahaja dijadikan sebagai alat catatan peribadi seseorang tentang kehidupan sehariannya malah ia juga mampu wadah penghubung serta sumber maklumat alternatif kepada masyarakat.Pada hari ini semua orang yang mempunyai capaian Internet boleh memiliki blog.Namun begitu tidak ramai yang berupaya menghasilkan wang menerusinya.Buku ini memberikan panduan bagaima anda mampu menghasilkan duit menerusi blog.
Dalam buku ini anda akan mengetahui :
-Bagaimana menghasilkan wang menerusi blog tanpa modal
- 5 Kelebihan blog berbanding laman web
-Langkah demi langkah bagaimana membina blog
- 10 cara menghasilkan wang melalui blog
- 10 tip menghasilkan blog yang hebat dan menarik
- 7 kaedah mempromosi serta menarik pelawat ke laman blog anda
p/s : Kepada rakan-rakan yang baru nak belajar tentang dunia blogging disarankan untuk beli buku RAHSIA BLOGGER seperti di laman web di atas.Pembelian secara online dan penghantaran terus ke rumah anda….Dapatkannya SEKARANG !!!