BARISAN pemain Jerman meraikan kejayaan mereka mara ke saingan separuh akhir Piala Dunia 2010 selepas menumbangkan Argentina pada aksi suku akhir di Stadium Green Point semalam. Jerman menang 4-0.
CAPE TOWN – Selepas Brazil, semalam giliran Argentina pula tersingkir pada kempen Piala Dunia 2010.
Skuad kendalian Diego Maradona itu ditunjukkan jalan keluar oleh Jerman apabila tewas 0-4 pada aksi suku akhir yang berlangsung di Stadium Green Point.
Jerman bermula garang apabila Thomas Mueller berjaya menanduk masuk gol pembukaan hasil sepakan percuma yang diambil Bastian Schweinsteiger seawal minit ketiga.
Tersentak dengan jaringan pendahuluan Jerman, Argentina kembali memperkemaskan jentera serangan, namun mereka masih gagal memecah kebuntuan bagi mencari gol penyamaan sehingga tamat babak pertama.
Sebaik babak kedua bersambung, asakan bertali arus Jerman ternyata membuahkan hasil apabila mereka menambah tiga lagi gol masing-masing menerusi Miroslav Klose pada minit 68 dan 89 serta Arne Friedrich (74).
Kelemahan benteng pertahanan Argentina jelas kelihatan apabila banyak melakukan kesilapan mudah, sekali gus memberi ruang buat barisan pemain muda Jerman merobek gawang mereka.
Kejayaan Jerman menumbangkan gergasi Amerika Selatan itu membawa mereka ke saingan separuh akhir awal pagi Khamis ini.
-kosmo
VIDEO highlight ARGENTINA vs GERMANY -world cup 2010
PENJAGA gol Brazil, Julio Cesar tewas dua kali pada aksi suku akhir menentang Belanda semalam. Belanda mara ke separuh akhir selepas menang 2-1.
PORT ELIZABETH –Juara Piala Dunia lima kali, Brazil disingkirkan daripada Piala Dunia 2010.
Mereka tunduk 1-2 kepada Belanda pada pusingan suku akhir yang berlangsung di Stadium Nelson Mandela Bay semalam.
Kemenangan itu membolehkan Belanda melangkah ke pusingan separuh akhir
Pada aksi semalam, Brazil dilihat pilihan untuk memenangi perlawanan tersebut lebih-lebih lagi selepas membuka jaringan pada minit ke-10 menerusi Robinho, namun sebaliknya yang berlaku.
Gol awal Brazil itu langsung tidak melunturkan semangat juang Belanda yang terus melancarkan asakan untuk mencari gol penyamaan.
Hasilnya, Belanda berjaya melakukannya selepas dihadiahkan gol jaringan sendiri oleh pertahanan Brazil, Felipe Melo pada minit ke-53 yang tertanduk bola ke gawang sendiri hasil percubaan Wesley Sneijder.
Gol yang dicari-cari Belanda muncul pada minit ke-68 menerusi tandukan Sneijder sekali gus mengesahkan tempat mereka ke separuh akhir.
Kemenangan itu dianggap penebus kekecewaan Belanda yang tewas kepada Brazil pada Piala Dunia 1994.
Selepas ketinggalan 1-2, Brazil terus dihimpit derita apabila terpaksa meneruskan baki perlawanan dengan 10 pemain selepas Felipe Melo dilayangkan kad merah atas kekasaran terhadap Arjen Robben
-kosmo
Full Highlight video BRAZIL vs HOLLAND – worldcup 2010
Kejohanan bolasepak Piala Dunia telah terasa bahangnya dari Afrika Selatan dan perlawanan antara pasukan sudah memasuki minggu kedua. Peminat bola sepak di seluruh dunia telah mula merasai kehangatan acara bola sepak empat tahun sekali itu.
Begitu juga bagi peminat robot, mereka juga tidak ketinggalan memeriahkan sambutan kejohanan tersebut, namun ia dilakukan dengan cara mereka yang tersendiri.
Robot bola
DI Hanover, Jerman, para peminat robot menyambut ketibaan kejohanan bola sepak Piala Dunia dengan menghasilkan empat robot humanoid yang berkebolehan untuk bermain bola sepak.
Empat robot itu yang tingginya kira-kira 60 sentimeter dan dinamakan Rajesh, Penny, Sheldon serta Leonard merupakan sebahagian pasukan B-Human yang memenangi kejohanan Piala Dunia Bola Sepak Robot di Austria pada tahun lalu.
Robot-robot itu mempamerkan kehandalan pada satu perlawanan pertunjukan di CeBIT iaitu pameran teknologi tinggi terbesar di dunia.
SOCCER BOT
Soccers bot merupakan antara ciptaan robot bermain bola untuk pertandingan
RoboGames yang menghimpunkan hampir 70 peserta daripada seluruh dunia.
Dicipta menyerupai manusia (humanoid) ia memiliki ciri-ciri asas seperti pemain bola sepak iaitu menendang.
Bersaiz lebih besar daripada sebiji bola tenis, ia mampu melakukan pelbagai pergerakan secara sendiri tanpa memerlukan kawalan daripada manusia.
Selain bermain bola sepak, mereka juga turut memperkenalkan robot untuk pertempuran, Sumo Bots, dan juga android yang mampu melakukan aksi kungfu.
Vision Vgos
Vision Vgos dicipta bagi menyertai pertandingan RoboCup, pertandingan robot humanoid bermain bola diadakan di Suzhou, China.
Setinggi 445 milimeter, ia memiliki 21 sambungan yang bebas bergerak dan diselaputi gentian yang lembut bagi menyerap hentakan.
Rekaan robot ini telah diilhamkan oleh Tomotaka Takashi dari Kyoto, Jepun.
Digelar sebagai Pasukan Osaka, mereka telah mencipta robot yang mampu bermain bola sejak 2003 lagi dan telah menjuarai beberapa siri pertandingan RoboCup.
Hoap-3
Hoap- 3 merupakan sebuah lagi robot yang boleh bermain bola sepak ciptaan Fujitsu Automation dan telah memenangi Anugerah Robot pada tahun 2007.
Ia mampu menendang dan mengesan pergerakan bola di samping mampu menangkapnya namun ia masih perlu dikawal oleh manusia.
Walaupun Hoap-3 masih dikawal menggunakan wayar, namun lihat sahaja pada wajahnya yang memiliki mata dan mulut yang luas memudahkan ia dikawal dan menentukan sasaran iaitu menembusi gawang lawan.
AKTIVIS hak asasi manusia, Sara Bokker sebelum ini mempunyai pandangan negatif terhadap agama Islam. Wanita yang berasal dari Selatan Dakota, Amerika Syarikat (AS) itu beranggapan Islam sebuah agama yang menafikan hak wanita, membenarkan poligami dan cenderung kepada keganasan.
Bagaimanapun, peristiwa serangan 11 September 2001 di Washington dan New York telah membuka matanya berhubung prejudis dan sikap berat sebelah Barat terhadap Islam. Selepas itu, dia mula mempelajari agama itu dengan lebih mendalam.
Pada usia 29 tahun, Sara akhirnya memeluk Islam dan sejak itu penampilan dirinya berubah seperti seorang Muslimah. Malah, dia turut memakai niqab (purdah) atas alasan berasa lebih tenang dan damai serta mahu melakukan yang terbaik demi agamanya.
Sayangnya penampilan itu mendapat reaksi yang pelbagai. Antara pihak yang terang-terangan mengkritik keras adalah ahli politik, kumpulan gereja dan aktivis kebebasan dan hak asasi manusia.
Mereka mengatakan pakaiannya itu merupakan satu bentuk penindasan terhadap kaum wanita. Lebih menyedihkan ia dikatakan sebagai petanda kemunduran dan ketinggalan zaman.
Dilema yang dihadapi oleh Sara sebenarnya turut dirasai oleh sebilangan besar wanita Islam yang menetap di negara-negara Barat.
BELGIUM menjadi negara pertama Eropah yang mengharamkan pemakaian burqa di tempat awam.
Di Belgium, majoriti Ahli Parlimen negara itu menyokong rang undang-undang yang melarang pemakaian burqa di tempat awam. Sebaik sahaja dikuatkuasakan kelak, ia bakal menjadi negara Eropah pertama yang menguatkuasakan undang-undang sedemikian.
Perancis
Senario yang sama turut dilihat di Perancis. Selepas melarang penggunaan sebarang simbol keagamaan seperti pemakaian tudung oleh wanita Islam pada 2004, negara itu kini cuba mengharamkan burqa pula.
Kerajaan negara itu sedang menyusun draf perundangan untuk mengharamkan pemakaiannya selepas satu laporan Parlimen mencadangkan pengharaman memakai burqa di sekolah, hospital, pejabat kerajaan dan di dalam pengangkutan awam.
Presidennya, Nicolas Sarkozy, sebelum ini menyatakan, burqa tidak dialu-alukan dalam pemerintahan sekular Perancis dan beliau menyokong undang-undang yang mengharamkannya.
“Ia bertentangan dengan harga diri wanita, jadi kita perlu mengharamkannya,” katanya pada satu perbahasan ahli politik kerajaan dan pembangkang.
KEBANYAKAN wanita yang memakai burqa di Belgium berketurunan Arab.
TAIPEI – Sejak enam bulan lepas, Wayne Hsu mengayuh basikal selama 45 minit setiap hari ke pejabat dan gembira melakukannya kerana dia dapat mengurangkan kos petrol.
Petugas sektor penerbangan di daerah Taoyuan, utara Taiwan itu menyumbang kepada peningkatan orang ramai yang memilih untuk berbasikal berbanding memandu kereta berikutan kenaikan inflasi dan kemelesetan melanda pulau itu.
“Mengayuh basikal merupakan satu cara senaman murah dan saya menggalakkan rakan-rakan sekerja dan bos supaya mengikuti jejak langkah saya,” katanya.
Minat orang ramai yang semakin meningkat dengan aktiviti berbasikal menjadi pemangkin kepada industri pengeluaran basikal tersebut di Taiwan.
Sebelum ini, pulau itu adalah pengekport basikal terbesar di dunia tetapi penjualan menjadi lemah sejak pertengahan tahun 1990-an ekoran kenaikan kos menyebabkan kilang-kilang basikal berpindah ke tanah besar China. Kini China merupakan pembekal basikal murah utama dunia manakala Taiwan kekal sebagai pengeluar produk yang lebih mahal seperti basikal lumba dan gunung yang berharga sekitar AS$222 (RM783).
Setakat ini belum ada maklumat rasmi berhubung jumlah penjualan basikal di pasaran tempatan tetapi badan-badan pemantau industri menganggarkan ia dijual sekitar satu juta kepada penduduk Taiwan pada tahun lepas.
“Perniagaan berkembang pada tahun lalu dan tahun ini merupakan tahun terbaik,” kata jurucakap syarikat pengeluar utama basikal dunia, Giant Inc., Jeffrey Sheu.
Penjualan basikal keluaran Giant pada Ogos dan September lepas masing-masing meningkat 27 dan 35 peratus kepada AS$120 juta (RM423.5 juta) dan AS$126 juta (RM444.6 juta).
“Pekerja-pekerja kami terpaksa bekerja lebih masa bagi memenuhi permintaan yang meningkat,” tambahnya.
Menurut Sheu, ketika inflasi meningkat dan pasaran kewangan kian runtuh, pengeluaran basikal dan perniagaan-perniagaan yang membantu orang ramai berjimat-cermat semakin popular apabila rakyat mula mengurangkan perbelanjaan mereka.
Seorang peminat aktiviti berbasikal di ibu kota Taipei, Ed Lu berkata, mengayuh basikal membantunya untuk memenangkan fikiran.
“Jika lebih ramai orang mula berbasikal dan tidak berkereta, kita dapat meningkatkan kualiti udara di bandar-bandar selain mengurangkan kesesakan jalan raya,” katanya.
Pemikiran pemuda itu membayangkan peningkatan tahap kesedaran orang ramai dalam memulihara alam sekitar sekali gus mendorong kepada peningkatan jualan basikal di Taiwan. – AFP