Malaysia mara ke separuh akhir



VIENTIANE, Laos – Sebelum ini, ramai yang tidak meletakkan harapan tinggi buat skuad bola sepak negara melangkah ke pusi- ngan separuh akhir temasya Sukan SEA XXV.

Bagaimanapun, anak-anak buah K. Rajagobal mendiamkan seketika mulut pengkritik mereka apabila berjaya ke separuh akhir selepas menumbangkan gergasi Asia Tenggara yang juga penyandang juara, Thailand 2-1 pada aksi terakhir Kumpulan A di Stadium Utama, Kompleks Sukan Nasional semalam.

Lebih manis, kejayaan yang dilakar skuad negara itu sekali gus menyaksikan Thailand tersingkir buat kali pertama ke saingan separuh akhir Sukan SEA dalam tempoh 36 tahun sejak 1973.

“Inilah bola sepak. Pasukan pilihan juga boleh ditumbangkan. Apa yang penting, setiap pasukan harus mempunyai tahap keyakinan yang tinggi untuk menumbangkan lawan mereka. Buktinya, kami telah berjaya menewaskan Thailand dan seterusnya layak ke separuh akhir.

“Saya berpuas hati dengan komitmen yang ditunjukkan oleh pemain-pemain saya sepan- jang perlawanan ini berlangsung. Mereka sedikit pun tidak menunjukkan tanda-tanda patah semangat sekalipun pada satu ketika, kami ketinggalan satu gol. Saya puji semangat mereka yang tidak pernah kenal erti putus asa,” kata Rajagobal pada sidang media selepas tamat perlawanan semalam.

Rajagobal menambah, semangat juang yang tinggi serta kerjasama berpasukan menjadi antara kunci utama kejayaan anak-anak buahnya menumbangkan skuad kendalian Steve Darby itu.

“Anda sendiri boleh lihat bagaimana pemain saya beraksi hari ini (semalam). Mereka tidak jemu-jemu mengasak Thailand bagi memburu gol. Sikap seperti ini yang saya tuntut daripada setiap pemain sebelum perlawanan berlangsung. Akhirnya mereka telah membuktikan kepada saya bahawa mereka mampu melakukannya.

“Pasukan yang beraksi dengan baik akan keluar sebagai pemenang dan pemain saya telah membuktikan bahawa mereka sememangnya berhak untuk meraih kemenangan dalam perlawanan ini,” jelasnya.

Pada aksi semalam, Thailand terlebih dahulu membuka jaringan menerusi sepakan percuma Arthit Sunthorphit pada minit ke-52.

Biarpun ketinggalan, semangat anak-anak buah Rajagobal dilihat tidak pernah luntur, sebaliknya terus mengasak lawan bagi memburu gol penyamaan.

Ternyata percaturan Rajagobal memasukkan Azmi Muslim bagi menggantikan pemain pertahanan, Mohd. Sabree Abu pada minit ke-62 berjaya mengubah tempo permainan.

Kemasukan Azmi mula menampakkan sengat di bahagian sayap kiri.


RAJAGOBAL (kanan) memeluk pemainnya selepas pasukan Malaysia mencatat kemenangan 2-1 ke atas Thailand di Stadium Utama, Kompleks Sukan Nasional, Laos semalam.


Hasilnya, skuad negara memperoleh gol penyamaan pada minit ke-80 selepas pemain pertahanan, Mohd. Nasriq Baharom menyudahkan hantaran lintang Azmi.

Gol penyamaan itu telah membangkitkan semangat barisan pemain negara untuk terus menambah gol.

Akhirnya, gol ‘keramat’ yang dicari-cari terjelma pada masa kecederaan apabila gerakan menarik Norshahrul Idlan Talaha berjaya disempurnakan oleh Ahmad Fakri Saa rani.

“Kami beraksi dalam perlawanan ini tanpa sebarang tekanan. Sepatutnya, kami mampu menjaringkan tiga gol pada separuh masa pertama menerusi gerakan serangan balas.

“Tetapi pemain serangan saya gagal menyempurnakan peluang itu dengan baik.

“Bagaimanapun, saya tetap berasa gembira kerana pada separuh masa kedua, kami beraksi dengan lebih baik sehingga mampu menjaringkan dua gol pada 10 minit terakhir per- lawanan,” kata Rajagobal.

-kosmo




Sherawat dapat undangan Twitter

Aktres temui peminat, pekerja web sosial

CALIFORNIA: Bintang Bollywood, Mallika Sherawat menjadi aktres pertama India yang diundang melawat ibu pejabat rangkaian sosial percuma dan perkhidmatan blogmikro, Twitter, di San Francisco, California, esok.

Pelakon yang terkenal dengan imej seksi itu amat popular di Twitter melalui halamannya ‘@MallikaLA’. Beliau juga menjadi selebriti Bollywood yang paling banyak ‘diekori’ di Twitter dengan lebih 2,500 peminat yang sentiasa mahu tahu perkembangan terbarunya.

Dalam kunjungannya itu, Mallika akan menemui peminat, melawat pejabat dan memberi ceramah kepada pekerja Twitter pada waktu makan tengah hari.

Mallika sebelum ini menggunakan perkhidmatan Twitter untuk berhubung dengan peminatnya dan mencatatkan pengalaman beliau di Hollywood.

Sejak tiba di Hollywood, Mallika sering mendapat perhatian media. Kumpulan pertama rakan selebriti Hollywood dan minuman susu Hollywood, dinamakan mengambil sempena nama beliau.

“Satu perkara paling sukar ketika menghabiskan masa di Amerika ialah saya berada terlalu jauh daripada peminat di India,” katanya.

Dengan mencatatkan pengalaman beliau di Amerika melalui Twitter, Mallika berharap dapat terus mengeratkan hubungan antara Hollywood dan Bollywood.

Aktres berkenaan kerap mengirimkan catatan pengalamannya di Hollywood bersama petua untuk lelaki mengenai bagaimana menarik perhatian wanita.

“Ia sesuatu yang menyeronokkan dan boleh menghubungkan seseorang dengan individu lain. Pelbagai perkara hebat boleh berlaku,” katanya.

Filem terbaru lakonan Mallika, Hissss diarahkan pengarah Hollywood, Jennifer Lynch kini berada pada peringkat akhir penggambaran. ? Agensi

P/S : Ada tak artis atau selebriti kat MALAYSIA yang guna TWITTER




KeKAYAan datang bergolek


BIRCH dan isterinya, Xochi.


TIGA tahun lalu, seorang rakyat Britain, Michael Birch dan isterinya, Xochi dari Amerika Syarikat (AS) menubuhkan sebuah laman jaringan sosial di internet iaitu Bebo dengan kos sebanyak £8,000 (RM51,302).

Kelmarin, kedua-duanya yang merupakan pengasas Bebo menjual laman web itu pada harga £417 juta (RM2.6 bilion) kepada American Online (AOL) milik Time Warner.

Seorang lagi pengasas laman web itu adalah adik Birch, Paul.

Pengambilalihan laman web sosial itu oleh AOL yang merupakan syarikat komputer gergasi AS merupakan satu kisah luar biasa untuk pasangan suami isteri tersebut.

Birch yang berumur 37 tahun yang merupakan seorang pengatur cara komputer berkenalan dengan isterinya di Kolej Imperial di London.

Dia mengikuti pengajian sarjana muda sains dalam bidang fizik di kolej itu pada 1988 hingga 1991.

Dia yang meminati komputer tetapi tidak mempunyai hobi meletakkan jawatan di sebuah syarikat insurans pada 1999 untuk meneruskan mimpinya mengendalikan sebuah firma. Birch dan isterinya kemudian melancarkan laman web Bebo pada Julai 2005 dan ia kini merupakan salah sebuah laman web sosial terbesar di dunia dengan mempunyai anggota lebih 40 juta orang.

LAMAN web Bebo digunakan oleh hampir 40 juta orang muda di seluruh dunia.



Laman web Bebo merupakan hab digital untuk berjuta-juta golongan muda di mana ia menawarkan e-mel, video, gambar, televisyen dan panggilan telefon percuma.

Menerusi laman itu, para pelanggan boleh menyiarkan gambar dan biografi masing-masing dan menyenaraikan perkara yang disukai atau tidak digemari mereka.

Pengguna-pengguna laman web itu juga boleh mereka bentuk laman sendiri dengan menggunakan kreativiti masing-masing.

Pasangan itu yang tinggal di San Francisco, AS dilaporkan sangat gembira berikutan tindakan AOL mahu membeli laman web Bebo.

Laman web itu adalah antara jaringan sosial di Britain, Ireland dan New Zealand.

Ia berada di tempat ketiga di AS di belakang laman web MySpace dan Facebook.

Birch dilahirkan di Chesnut, Hertfordshire dan dia serta isterinya kini mempunyai dua anak. Walaupun tinggal di San Francisco, Birch masih mempunyai sebuah flat di West London dan menggambarkan dirinya sebagai seorang lelaki Inggeris sejati.

Laman web sosial Bebo itu mempunyai 100 pekerja di England, dan pejabatnya juga terletak di San Francisco dan Austin, Texas.

Setakat ini, dia masih mengekalkan sikap merendahkan diri berikutan penjualan yang tidak diduga itu.

Laman web Bebo juga dikaitkan dengan beberapa siri kejadian bunuh diri di Bridgend, selatan Wales. – Agensi

sumber:kosmo

Kempen boikot…..

Wanita Arab boikot kedai pakaian dalam

RIYADH – Sekumpulan wanita Arab Saudi melancarkan kempen memulaukan kedai-kedai menjual pakaian dalam bermula minggu ini.

Pemulauan itu dilakukan bagi memprotes peraturan menempatkan jurujual lelaki di bahagian jualan pakaian dalam wanita.

Jurujual lelaki itu bercakap kepada pelanggan wanita, mencari saiz coli mereka dan menggosok seluar dalam bagi menunjukkan cara membuang kotoran ketika membasuh.

“Apabila saya membeli seluar dalam di Arab Saudi, beberapa jurujual lelaki menyatakan itu bukannya saiz sesuai untuk anda,” kata seorang wanita, Huda Batterjee.

“Anda seperti berasa seseorang mengambil kesempatan terhadap anda. Kenapakah dia (jurujual) melihat saya dengan cara begitu?” soalnya.

Seorang ahli perniagaan wanita, Heba al-Akki yang menyokong pemulauan itu menceritakan caranya membeli seluar dalam.

“Saya pergi ke kedai, memilih seluar dalam dan meninggalkan kedai dengan secepat mungkin. Keadaannya seperti saya membeli barangan haram,” katanya.

Pemulauan itu akan berakhir sehingga jurujual wanita ditempatkan di bahagian pakaian dalam wanita. – AP

Sumber : KOSMO ONLINE

Nasib CEO waktu ekonomi merudum…..


CEO dakwa diheret isteri ke katil

NEW YORK – Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) United Technologies, George David berumur 66 tahun mendedahkan di sebuah mahkamah dia diheret oleh isterinya, Marie Douglas-David yang jauh lebih muda ke atas katil tanpa kerelaannya, lapor sebuah akhbar semalam.

“Saya mengingati pada satu ketika dia berada dalam keadaan memaksa dan saya menolaknya,” kata David dalam perbicaraan perceraian dengan isterinya itu yang berumur 36 tahun.

“Adakah itu bukannya kali pertama Marie memaksa anda, adakah itu benar?” kata seorang peguam dalam perbicaraan yang memasuki hari keempat.

“Tidak,” kata David.

“Terdapat pada satu ketika dia menyambar anda dengan lengan dan menarik anda ke katil?” tanya peguam tersebut.

“Ya, kerap kali,” jawab David.

Selepas perbicaraan itu ditangguhkan, isterinya itu menyelar pengakuan David.

“Saya berasa sedih dia tidak berlaku jujur. Saya percaya kepada suami saya,” katanya. – Agensi

Sumber : KOSMO ONLINE !