Pengasas Yahoo letak jawatan mengejut

SAN FRANCISCO — Pengasas bersama Yahoo, Jerry Yang memutuskan untuk meninggalkan syarikat itu, di tengah-tengah kemelut, selepas hampir dua dekad menerajuinya.

Yahoo Logo

Keputusan mengejutkan itu diumumkan semalam, kira-kira dua minggu selepas Yahoo Inc melantik bekas eksekutif PayPal, Scott Thomson sebagai ketua pegawai eksekutifnya.

Washington Post memetik laporan media berkata, Yang melahirkan sokongan ke atas Thompson dalam keputusannya meninggalkan lembaga pengarah Yahoo.

Beliau menganggotai lembaga pengarah sejak ia ditubuhkan pada 1995.

Yang juga meletakkan jawatan dari lembaga Alibaba Group dan Yahoo Japan. Yahoo sedang mengadakan perundingan untuk menjual pegangan di kedua-dua syarikat itu.

Selain itu, Yang juga akan melepaskan gelatan sebagai “ketua Yahoo”.

///sinarharian///

Inilah Logo Halal JAKIM

Logo halal bermaksud logo yang dikeluarkan oleh JAKIM/ JAIN/ MAIN dan mengandungi:-

logo halal

  • bintang berbucu lapan di tengah-tengah bulatan;
  • perkataan Arab – “????” di tengah bintang;
  • diikuti tulisan rumi “HALAL”;
  • bulatan logo tertulis perkataan “Malaysia” dalam tulisan Rumi dan ???????   dalam perkataan Arab;
  • dua bintang kecil berbucu lima diletakkan bagi memisahkan tulisan rumi dan perkataan Arab tersebut.

Dapat Cek Exabytes yang BASAH

Alhamdulillah….

Semalam selepas pulang dari kerja / makan malam saya nampak ada sampul

surat dari Exabytes Malaysia . Akan tetapi ianya dalam keadaan basah , maka

dengan cergas saya bawa masuk ke rumah untuk keluarkan cek yang ada

dalam sampul surat tersebut….

Saya memang dah jangkakan untuk dapat cek nie sebab diorang dah beritahu

tempohari yang cek akan sampai pada penghujung bulan nie…

Namun…

Apabila saya keluarkan cek tersebut ianya sudah BASAH SEDIKIT di bahagian

belakang cek tersebut….Terus saya halakan cek nie pada KIPAS BERDIRI di rumah

sambil saya meniup dengan kuat dengan harapan ianya LEBIH CEPAT kering….hehehe

Cuma saya lega apabila bahagian depan tu masih dalam keadaan KERING dan

tiada satu perkataan dan nombor pun yang terjejas….So saya beranggapan TIADA

MASALAH untuk saya bank in cek nie pada hari kan? Betul tak bro EYRIQAZZ dan

SHARINGINFOZ ?

Kalau tak kena mintak Mr Big ( Husband  Cik Lily Putih ) untuk keluarkan satu cek baru

untuk saya…. sebab ianya dari PUBLIC BANK…..hahahaha

So… boleh tak anda share dengan saya APAKAH CIRI-CIRI CEK yang TIDAK

DITERIMA oleh pihak bank ?

Peluang sertai Parti Laman Sosial AJL26

Rasanya….

Mungkin sudah ramai yang tahu… pasal TV3 telah memberi peluang kepada orang

untuk menyertai Parti Laman Sosial AJL26 pada 29 Januari nanti…Saya pun

secara kebetulan tahu pasal info nie melalui salah seorang rakan FACEBOOK….

Okey laa… cuba tengok TERM N CONDITION yea…

Cantik kan poster ANUGERAH JUARA LAGU 26 nie kan….

Rasanya TV3 adalah rangkaian televisyen pertama yang buat IDEA MENARIK nie…

Ini adalah terma dan syarat-syarat penyertaan

Kriteria untuk sertai PARTI LAMAN SOSIAL AJL 26
So anda boleh daftar dengan FACEBOOK atau TWITTER ….
Siapa rasa FRIEND or FOLLOWERS banyak boleh terjah link di bawah

AS TUTUP LAMAN MEGAUPLOAD

LAMAN web Megaupload.

 

MCLEAN, Amerika Syarikat (AS) – Salah sebuah laman perkongsian fail yang popular di dunia, Megaupload.com telah ditutup.

Pengasas laman itu dan beberapa pegawai syarikat laman berkenaan dituduh menyediakan kemudahan kepada berjuta-juta muat turun filem, muzik dan kandungan lain secara haram.

Satu pendakwaan oleh pihak berkuasa AS kelmarin menuduh laman berkenaan menyebabkan para pemilik hak cipta kerugian sekurang-kurangnya AS$500 juta (RM1.5 bilion).

Menurut Jabatan Keadilan AS dalam satu kenyataan, Kim Schmitz atau lebih dikenali sebagai Kim Dotcom, 37, yang merupakan pengasas Megaupload.com dan kini Ketua Pegawai Inovatif laman itu serta tiga lagi kakitangan laman berkenaan telah ditangkap kelmarin di New Zealand atas permintaan beberapa pegawai AS.

Schmitz merupakan seorang jutawan Jerman.

Yayasan Perbatasan Elektronik yang mempertahankan hak kebebasan bersuara dan digital di onlinemenyatakan dalam satu kenyataan bahawa: “Pelaksanaan prosedur jenayah antarabangsa seperti ini ke atas isu dasar-dasar Internet telah menetapkan satu contoh duluan yang menggerunkan.”

“Jika AS boleh menangkap seorang rakyat Belanda di New Zealand berhubung satu dakwaan hak cipta, apakah yang akan berlaku seterusnya?”

Laman Megaupload adalah unik bukan hanya kerana ia mempunyai kandungan muat turun yang besar tetapi juga kerana ia mendapat sokongan daripada selebriti berprofil tinggi, pemuzik dan penerbit kandungan yang kerap menjadi mangsa pelanggaran hak cipta serta cetak rompak.

Sebelum laman itu ditutup, ia mendapat sokongan daripada bintang realiti televisyen AS, Kim Kardashian, penyanyi Alicia Keys dan Kanye West dan beberapa selebriti lain.

Syarikat Megaupload itu menyenaraikan suami Keys, Swizz Beatz yang merupakan seorang pemuzik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif.

Namun, Beatz yang berkahwin dengan Keys pada 2010 tidak dinamakan dalam pendakwaan itu. – Agensi

///kosmo///