“DiGi iPhone 4 Me”




Sesungguhnya kita telah mengetahui bahawa Iphone4 telah berada di pasaran Malaysia.

Cumer aper yang menarik ialah promosi DIGI dengan poster yang sebegini….

Dan ini juga setelah itu….

-Poster pelancaran jualan Iphone4 DIGI-

Seperti yang kita sedia maklum kita sering dimomokkan bahawa ’4′ adalah

nombor yang tidak bagus atau tidak membawa UNTUNG.

Dan untuk wanita yang berkahwin pula nombor 4 jugak adalah sesuatu yang

kurang menyenangkan hati mereka….

sumber

Namun saya sentiasa bersyukur kerana mempunyai 4 orang adik beradik

dalam keluarga saya.Masing-masing semakin matang apabila meningkat dewasa…..


Walaupun apapun kaitannya nombor 4 ini dalam kehidupan saya…..

Saya memang ingin memiliki Iphone 4 dari DIGI kerana….

sumber

Untuk dihadiahkan kepada parent saya sebagai HADIAH sempena tamatnya

perkhidmatan mereka di JABATAN PENJARA MALAYSIA pada tahun hadapan….

Seandainya saya berpeluang memberikan HADIAH – Iphone 4 kepada mereka

pastinya mereka akan merasa gembira….

Perkara yang sentiasa diingini dalam hati setiap anak di dunia ini…..

p/s : Parent saya ( mak ayah ) + Iphone 4 = KEGEMBIRAAN

Perak turut umum bonus raya RM500




IPOH 25 Ogos – Kerajaan negeri Perak hari ini mengumumkan pemberian bonus kepada kira-kira 7,000 kakitangannya sebelum Hari Raya Aidilfitri ini yang melibatkan perbelanjaan sebanyak RM3.5 juta.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir ketika mengumumkan berita baik itu berkata, bonus RM500 tersebut diberikan kepada semua kakitangan awam sehingga gred 54 termasuk pesara.

http://siswaperak.com/v1/wp-content/uploads/2009/12/yab-menteri-besar-perak-menerangkan-mengenai-bajet-2010-pada-sidang-akhbar-di-pejabatnya.jpg

sumber

Langkah itu katanya, diambil selaras dengan pengumuman Kerajaan Persekutuan yang memberikan bonus sama kepada kakitangannya.

“Saya harap dengan pemberian bonus raya ini, ia akan dapat meringan beban kakitangan kerajaan khususnya di kalangan kakitangan sokongan yang memerlukan sedikit bantuan.

http://1.bp.blogspot.com/_8o725KPKm3k/Sp3SDkJnA0I/AAAAAAAAAmI/nfkhMqFi3NE/s320/Duit+Raya.jpg

sumber

“Mereka akan mendapat bonus ini sebelum Syawal dan boleh digunakan untuk perbelanjaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis penyerahan bubur lambuk Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri di sini hari ini.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Dr. Abd. Rahman Hashim serta barisan Exco kerajaan negeri.

/// utusanmalaysia ///

Cek ‘Pecah Dara’ buat kali pertama




Hahahaha…. tajuk post entry kali ini memang terlebih over la sikit.Sekali imbas baca tajuk sure ada orang ingatkan cite pasal gadis @ wanita yang mendapat wang hasil menjual maruah diri.Sebenarnya tidak sama sekali…..

Pecah Dara‘ itu adalah merujuk kepada pengalaman pertama saya buat pengeluaran duit pengiklanan dari NUFFNANG.Dan ramai blogger tahu minimum cash out adalah rm50.Dan kena tolak seringgit untuk admin fee.

cek NUFFNANG

Cek ‘pecah dara‘ dari NUFFNANG

Apa yang buat saya sedikit teruja ialah…. inilah kali pertama saya mendapat cek dimana tertera nama saya di atasnya.Walaubagaimanapun banyak lagi yang perlu saya pelajari dalam dunia blogging ni.

p/s : Perlukah saya nak buka akaun HSBC untuk cashkan cek nie ??? konfius la

Emas kaki lima




Kenapa Pasir Mas dianggap bandar paling mewah dan selamat di Kelantan?



SEORANG pengusaha sedang membuat gelang daripada manik kristal mengikut tempahan pelanggannya.



PASAR Besar Pasir Mas yang sudah usang ini pernah terbakar beberapa kali.



AKTIVITI jual beli emas agak unik di Pasir Mas, Kelantan. Ini kerana ia lebih banyak dilakukan di kaki lima kedai berbanding di dalam kedai emas sendiri.

Che Som Ahmad, 47, misalnya sekadar meletakkan sebuah meja di depan sebuah farmasi dan meletakkan papan tanda – ‘Di sini ada membeli emas, berlian dan surat pajak gadai’.

“Adik, nak jual emas?,” tanyanya dalam dialek Kelantan. Dan pada kebanyakan masa pertanyaannya itu mendapat reaksi positif daripada wanita yang lalu lalang. Mereka tanpa segan silu datang dan bertanyakan harga emas semasa.

Sebaik mereka menunjukkan barang kemas, Che Som yang lebih mesra disapa Kak Som mengeluarkan pula alat penimbang mudah alih miliknya dari dalam laci meja.


RUMAH agam pengusaha dodol dan serunding, Hajah Wan Sabariah yang cukup menarik perhatian.


AYAM percik ini habis dijual pada pukul 4 petang setiap hari.



PEMANDANGAN di kilang menghasilkan serunding Wan Sabariah di Pasir Mas, Kelantan.



ETAK – makanan ringan yang menjadi kegemaran penduduk setempat yang dapat ditemui di Pasar Munduk.



“Pasir Mas masih selamat berbanding Kuala Lumpur. Tetapi kami sentiasa berjaga-jaga juga,” kata Che Som yang sebelum ini sekadar menggunakan kerusi tanpa meja untuk berurus niaga.

Bukan peniaga emas sahaja yang menjadi tarikan di pekan ini. Melewati pasar besar tua Pasir Mas dan Pasar Munduk yang mengapit rel kereta api, cubalah hidangan yang jarang dapat ditemui di tempat lain seperti etak dan cucur sira.

Harga makanan segar atau keringnya lebih murah. Di pasar terbuka itu juga terdapat sebuah gerai yang turut membuat demonstrasi menghasilkan gelang kristal dalam pelbagai corak dan rekaan.

Alang-alang di sini, jangan terlepas melihat sebuah bangunan dua tingkat berwarna hijau bersulam warna emas dan mendapat sentuhan seni bina berunsur Siam.

Itulah kediaman Hajah Wan Sabariah dan Haji Ismail yang memang cukup terkenal di Kelantan sebagai pengusaha serunding dan dodol.


CHE SOM sebelum ini hanya berurus niaga dengan sebuah kerusi dan menimbang emas yang akan dibeli di lantai kaki lima secara terbuka.


Biarpun agak sukar untuk bertemu dengan pemiliknya, pengurus tempat yang turut beroperasi sebagai kilang itu tidak pula menghalang orang ramai untuk melihat sendiri cara dodol dan serunding dihasilkan di kilang mereka.

-kosmo