SALAH SANGKA mengenai PEGAWAI PENEMUDUGA

Kali ini saya ingin memberitahu ANDA tentang satu isu yang agak menarik, iaitu “Salah Anggapan Calon-Calon
Penemuduga..”semasa temuduga.

Biasanya, kita beranggapan kita sudah membuat yang terbaik semasa temuduga dan berasa yakin akan lulus temuduga
tersebut sekiranya kita:

————————————————————
1. Memiliki Kelulusan Yang Cemerlang Samada Ijazah, Diploma mahupun Sijil
————————————————————
Bukan begitu sebenarnya. Bukan bekas graduan yang mempunyai CGPA4.0 yang dicari oleh panel penemuduga akan tetapi adalah mereka yang mampu dan berkelayakan untuk menanggung kerja yang bakal disandang. Kelulusan yang cemerlang ini cuma membantu dari segi meningkatkan peratus kebarangkalian kita untuk dipanggil menghadiri temuduga. Jika Hazman
memiliki keputusan yang cemerlang sekalipun, akan tetapi tidak “perform” semasa sesi temuduga anda juga
boleh gagal. Ramai calon yang beranggapan seperti ini telah gagal dalam temuduga kerja kerajaan, termasuklah
saya..heheheh.

————————————————————
2. Seseorang Calon Itu Mesti Banyak Bercakap Semasa Temuduga
————————————————————-
Memang tidak dinafikan banyak bercakap akan membantu kita semasa temuduga. Akan tetapi apakah butiran percakapan
kita? Adakah kita bercakap sesuatu yang tidak kena mengena atau tidak membawa erti berkenaan soalan yang ditanya? Jika
ya, buruk padahnya yang diterima jika anda berbuat sedemikian. Apa yang penting adalah, setiap yang kita ucapkan
haruslah berkaitan dengan dengan soalan yang ditanya oleh panel penemuduga bukannya jawapan yang meleret-leret atau
syok sendiri.

————————————————————
3. Lebih Lama Ditemuduga, Lebih Tinggi “chances” Untuk Lulus Temuduga
————————————————————
Cuba kita lihat, adakah seorang penyanyi yang menyanyi lama di atas pentas dalam satu program realiti seperti AF akan
berjaya menjadi johan? Sudah pasti tidak. Begitu juga dengan temuduga, tidak semestinya jika akan lulus temuduga tersebut
jika kita ditemuduga dalam 30-45 minit. Semuanya bergantung kepada kualiti kita dalam proses temuduga tersebut samada
dari segi kebolehan kita menjawab soalan, penampilan diri kita, kelayakan kita, bakat, kekreatifan kita dan lain-lain
lagi.

————————————————————
4. Ada Surat Sokongan/Kabel
————————————————————-
Sekiranya kita memiliki kabel taupun orang dalam, tidak dinafikan kadang-kadang ianya membantu kita berjaya dalam
temuduga. Akan tetapi adakah kesemuanya yang menggunakan kabel ini berjaya? Tidak sama sekali. Berapa kerat saja
yang menggunakan kabel ataupun orang dalam yang berjaya dalam temuduga kerja kerajaan. Ada kabel sahaja tidak
berguna jika semasa temuduga menggelabah dan gagal menawan hati panel penemuduga.Daripada pemerhatian saya, kebanyakan calon yang berjaya dalam temuduga tersebut adalah mereka yang berusaha sendiri tanpa menggunakan sebarang bantuan dalaman. Apa yang saya tahu, melalui temuduga SPA, boleh dikatakan tiada calon yang menggunakan kabel yang berjaya dalam temuduga tersebut sekiranya calon tersebut memang benar-benar tidak layak. Lagipun, cuba kita fikirkan, kita
mahukan pekerjaan yang tetap secara halal dan bersih serta juga adil. Adakah kita sanggup untuk mendapat pekerjaan tetap
secara tidak bersih dan tidak jujur?

————————————————————
5. Senang Je Soalan Yang Ditanya.
————————————————————
Ini satu lagi anggapan salah yang sering difikirkan oleh calon. Tak semestinya kita dapat menjawab soalan yan g ditanya
kita akan lulus temuduga tersebut. Ada juga calon yang tidak dapat menjawab soalan yang berjaya dalam temuduga tersebut.
Mengapa? Sebenarnya panel ingin melihat kejujuran ataupun kelainan pada diri kita. Dan juga cara kita menjawabnya..
Jika soalan ditanya contohnya “Siapakah Perdana Menteri Malaysia ke 5? Adakah anda jawab Datuk Abdullah Ahmad Badawi? Fikir-fikirkan lah cara anda menjawab yang sesuai…

————————————————————
6. Panel Penemuduga Sukakan Saya
————————————————————
Suasana temuduga meriah, ceria dan ada gelak ketawa. Sudah pasti kita menyangka kita akan berjaya. Belum tentu…Ini
semua taktik je..Hehehhe Tetapi tidak dinafikan juga jika panel penemuduga memang benar sukakan kita, mereka akan kelihatan mesra dan ceria. Ada 2 kemungkinan di sini, samada kita memang benar-benar disukai atau mereka sekadar menjaga hati kita saja. Jadi jangan la gembira sangat yer…

Kesimpulan saya:
Tidak salah kita beranggapan kita akan berjaya berdasarkan dengan anggapan-anggapan yang telah dinyatakan di atas. Ini
akan membuatkan kita lebih bersemangat dan berfikiran positif selalu.

Akan tetapi, kita tidak boleh pula terlalu yakin..Kelak jika keputusan yang keluar adalah mengecewakan frust
menonggeng pula kita kan..Jadi walauapapun, kita hendaklah membuat yang terbaik untuk sesi temuduga tersebut dan
jangan lupa berdoa kepada tuhan semoga kita akan memeperoleh kejayaan dalam temuduga tersebut.

Sekian saja informasi dari saya. Terima kasih.



p/s Satu-satunya rujukan temuduga untuk persediaan holistik, saya cadangkan

[+] http://bit.ly/TipsRahsiaBijakTemuduga

385 total views, no views today

Seni MengGHAIRAHkan Isteri

ghairah-isteri-TEKNIK HOT

Ya…telah muncul satu lagi ebook yang berkaitan dengan niches SEKS di pasaran.Hasil dari penulis ebook Diranjang.com , beliau meneruskan karya yang memfokuskan kepada ISTERI.

Ia mendedahkan 33 apa yang SUAMI perlu lakukan untuk si ISTERI sentiasa hot….

Teknik ini tidak hanya fokus kepada teknik di dalam kamar (di atas katil) tetapi juga teknik di luar kamar. Teknik di luar kamar adalah penting kerana emosi dan perasaan isteri anda dipengaruhi oleh sikap anda di luar kamar beradu.

Membuatkan isteri anda lebih menyayangi anda apabila anda melakukan teknik-teknik yang diajarkan ini.

Kembalikan keharmonian dan kemesraan anda berdua.

E-book ini menggunakan pendapat dan pandangan dari wanita sendiri tentang cara bagaimana meningkatkan keghairahan mereka untuk bersama suami. Hanya wanita mengenali wanita dengan lebih baik berbanding lelaki

Teknik yang mudah dilakukan dan semua orang mampu melakukannya. Anda pasti tidak rugi memiliki e-book ini!

Dan yang paling penting, melalui teknik yang didedahkan ini dapat membuatkan isteri anda tidak ragu-ragu lagi menurut apa sahaja kehendak seksual anda!

Ayuh! Lakukan Perubahan Drastik Dalam Perhubungan Seksual Anda Hari ini Juga…

order-button-ORDER BUTTON

764 total views, no views today

HARI PERTAMA MENGENAL POTENSI DIRI

  • Sebenarnya….Hari pertama saya menjerumuskan diri dalam dunia internet secara komersial ini apabila mula berkawan dengan sahabat BARU.Kehadirannya sebagai seorang kawan memwujudkan suatu WAKE UP CALL pada diri saya
  • Kesedaran yang saya dapati adalah betapa diri kita ini sememangnya  potensi diri boleh diterokai.Agak lama juga untuk saya menemui LANGKAH PERTAMA memulakan gerak langkah .Hampir LAPAN tahun lamanya…..
  • Namun it’s never to late for a GOOD things…di kala itu momentum perubahan dalam diri kian melonjak hari demi hari hingga ke saat ini
  • Pencarian mengenai ilmu dan teknikal berlaku saban hari….motivasi ketika itu lebih menjuruskan kepada sesuatu yang boleh menambahkan pendapatan
  • Maka di sinilah telah berlakunya apa yang dipanggil OVERLOAD INFORMATION pada diri saya.Entah mengapa segala maklumat yang saya perolehi hanya ditapis oleh logik akal diri sendiri tanpa menghiraukan pendapat orang lain.Percaya pada suara hati la katakan….
  • Cuma apabila masalah timbul barulah tersedar apa yang dilakukan selama ini adalah perkara yang sia-sia belaka.Nasib baik kesedaran cepat hadir jadi saya masih mempunyai peluang untuk pergi ke jalan yang lurus…….

1,008 total views, no views today

http://hazmanfadzil.com/2008/11/09/3/