Tiket GRANDSTAND FORMULA RM700 jadi REBUTAN !!!

Kepada peminat sukan bermotor FORMULA SATU….

Hari ini adalah hari yang penting untuk menentukan siapakah pemandu yang hebat

di litar SEPANG….

Setakat SEPANG F1 CIRCUIT nie memang hari-hari la saya lalu je sebab ianya

menuju ke tempat saya bekerja…..Akan tetapi percaya atau tidak sejak ianya dibuka

pada tahun 1998 dan sejak saya bekerja pada tahun 2000 belum pernah sekali saya

masuk untuk menonton sebarang event atau perlumbaan yang diadakan di sana….

Padahal pernah jugak dapat TIKET PERCUMA untuk event perlumbaan MALAYSIAN

MOTORGP dan MALAYSIA JAPAN GT….

Lebih kepada timing saya dapat tiket tu … mesti ada je hal lain yang penting untuk saya

terpaksa tarik diri untuk join tengok perlumbaan tersebut….

Namun peluang untuk dapat tiket GRANDSTAND itu datang lagi….

Kali ini tiket area TOPAZ yang bernilai rm 700 telah ditawarkan kepada saya… namun

hajat di hati nak ajak blogger DIAH BULUH PERINDU tapi takde la pulak nombor

telefon bimbit beliau….terus saya cancel tawaran yang diberikan…. hmmmm…..

So hari rasanya nak tengok citer filem JOHN CARTER kat panggung wayang

di METRO KAJANG jee…. senang , dekat dengan rumah parents saya je pun….

 

p/s : Apa aktiviti anda pada hari minggu nie…. ?

Voucher LUNCH FOR 2 untuk MADAMMONDOQ.COM

Kalau anda masih ingat lagi…

Saya pernah buat post entry mengenai VOUCHER LUNCH FOR TWO dan saya akan

berikan voucher tersebut kepada pembaca yang LIKE POST ENTRY tersebut….

Ianya dipublish pada 16 Mac yang lepas… saje je saya biarkan hingga

weekend….kot2x ada orang lain yang nak LIKE POST ENTRY tersebut

Namun tiada kecuali si Eliss sahaja… so DUA ORANG je punnn…

So untuk memudahkan proses PEMILIHAN…. saya buat TEKNIK LAMBUNG

DUIT…..  Dan rezeki MADAMMONDOQ untuk dapat VOUCHER LUNCH

FOR TWO tue….

madammondoq

So…

Kepada MADAMMONDOQ…. sila check email anda yea…. kasi PRINT VOUCHER

LUNCH FOR TWO tue… dan buat booking TIGA HARI IN ADVANCE yekkk….

 

p/s : InsyaAllah ada lagi offer WANG TUNAI yang saya nak berikan untuk anda pada post

entry MINGGU DEPAN….

PHOTOSHOOT @ Karnival BELON PANAS PUTRAJAYA

Nampaknya …

Adik perempuan saya amat bijak untuk membuatkan saya sedikit gembira selepas

jadikan saya sebagai TUKANG PAYUNG dan pengasuh bidan terjun pada Fiesta

Belon Panas Putrajaya tempohari….

Suruh saya jadi MODEL TIANG LAMPU ….. Di bawah pancaran cahaya matahari….

Disuruh pose ikut suka hati…. ala-ala FREE STYLE…. kah3x…

Kena jerit dengan adik perempuan saya sebab kasi pose nampak PERUT BOROI….. ;-)

Memang saya nie jenis tak pandai gaya macam ROZITA CHE WAN atau NEELOFA

so saya buat MUKA SYOK SENDIRI je laaa….

Nampak sangat muka serabut dan tak terurus… itulah tanda lelaki BUJANG dan TERUNA

trang tang tang…..ekekekeke

Menariknya PAYUNG WARNA WARNI nie adik pompuan saya beli semata-mata untuk

photoshoot gambar-gambar saya nie….Harga rm15 setiap saya…. yang UNTUNG si

penjual payung nie laa…. sebab dalam masa 10minit lebih kurang 10 kaki payung

berjaya dijual….

Okey dah habis la sessi saya jadi model TIANG LAMPU dan PAYUNG WARNA WARNI…

Then saya dapati AREA TEMPAT NIE cantik untuk untuk amik gambar adik-adik

perempuan saya…. Kelihatan seperti yang ditunjukkan pada anak panah adalah satu

GENG JURUGAMBAR bersama MODEL GADIS SEKSI mereka nak buat shoot

tengah-tengah jalan tue….siap pacak TRIPOD la bagai….

Akan tetapi tak lama tu diorang cancel…. amik kat ANGLE VIEW yang sama ngan saya

dan MODEL GADIS SEKSI tu masam mencuka sedikit sebab kepanasanan agaknya….

Baru je niat nak berkenalan…. terus tak jadi….

Inilah hasilnya…. Namun gambar nie ianya OVEREXPOSED ( terlebih cahaya ) ….kalau

nak edit lebih-lebih tak pandai la sangat…mungkin saya boleh belajar dengan ABANG

SUTERABLOGGER teknik edit gambar yang lebih kemas dan menarik….

Anyway terima kasih jugak pada anak buah saya nie – SAKINAH pada hari itu yang jadi

GOOD GIRL….diam je sepanjang jalan…cuma mata dia suka pandang orang lalu lalang

Nanti mintak kat PAK NGAH KID beli mainan yea….

 

p/s : Bisnes PAYUNG WARNA WARNI adalah suatu IDEA yang bijak….