Category Archives: Uncategorized
Lemak lembu bakar pembuka selera

Ramadan di Bazar Stadium Muhammad IV, Kota Bharu.
BUKAN SEBARANG LEMAK. Itu yang terlintas setelah kita melihat juadah lemak lembu bakar di Bazar Ramadan di Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Bharu, Kelantan.
Ia dianggap juadah yang cukup istimewa kerana lemak lembu bakar atau turut dikenali sebagai lemak selo itu merupakan juadah yang hanya dijual pada bulan Ramadan.
Pengusaha Gerai Kak Su Special, Anuar Deris, 36, berkata, dia menjual lebih 300 cucuk lemak lembu bakar setiap hari dan biasanya ia habis dijual pada pukul 5 petang.
“Saya jual lemak bakar pada bulan puasa sahaja. Ia memang susah nak jumpa pada bulan lain. Saya akui lemak bakar ini banyak kolesterol tetapi untuk bulan Ramadan sahaja,” katanya ketika ditemui Kosmo! Ahad semalam.
Menurut Anuar, juadah itu menjadi tarikan kerana ia menjadi pembuka selera ketika berbuka dan dimakan dengan nasi.
“Rahsianya, ia menyebabkan kita rasa lebih berselera untuk makan nasi semasa berbuka,” katanya yang menjualnya dijual pada harga RM4 secucuk, manakala daging lembu bakar RM5 secucuk.
/// kosmo ///
Selamat Datang NUR SAKINAH ……
Alhamdulillah….
Adik perempuan saya blogger DHIYAZ86 telah selamat melahirkan
seorang bayi perempuan.Mendapat SMS dari ayah saya bahawa anak
saudara itu dilahirkan pada pukul 8 pagi 22 Julai hari JUMAAT yang
lepas….
Namun sebelum itu saya telah mendapat panggilan telefon bahawa saya
telah terpilih untuk sessi MEET N GREET dengan NIGEL BARKER
Jurugambar Selebriti yang terkenal dengan rancangan AMERICA NEXT
TOP MODEL….
Akan tetapi family come first la kan…..So malam jumaat lepas saya terus
balik ke rumah parent di Kajang…. Tapi adik perempuan saya tu petang
sabtu baru discharge dari PUSAT PERUBATAN HOPSITAL UNIVERSITI
KEBANGSAAN MALAYSIA….
So inilah antara gambar awal NUR SAKINAH BT MOHD ZAKI …..
Tokey NAN BRIYANI GAM sponsor blogger HAZMANFADZIL.COM
Minggu ini saya keje syif petang….. secara kebiasaannya saya jarang
sangat la nak makan pagi…..Normally lebih suka makan heavy skit bila
tiba waktu lunch….
So semalam sebelum pergi kerje sempat saya terjahi sekali lagi ( tiru gaya
ayat EYRIQAZZ ) restoran BRIYANI SALAK TINGGI yang
berdekatan dengan Klinik Kesihatan Sepang….sambil tapau sebungkus
untuk A.Y.A.N.G
Air epal asam boi
Dah jadi kebiasaan saya sekarang ….kalau sebelum makan pastinya
akan amik dulu gambar makanan dan minuman yang terhidang
di meja…..
Sambil snap dua tiga gambar ada seorang pakcik nie tegur saya
dengan nama…..terkejut la saya sekejap kan….Rupa-rupanya dia
adalah pemilik restoran tersebut…..
Apa yang lebih menarik dia ucapkan terima kasih sebab saya update
makanan restoran dia kat blog……Whoaaa…. bijak IT sungguh la pakcik
nie….. Saya hanya membalas dengan senyuman jee….hehehhee

Oleh kerana tempohari saya dah rasa lauk kambing dan ayam…..maka tekak saya
nak cuba lauk AYAM MASAK MERAK la pulak kan….

Bila tengok nasi panjang-panjang cenggini lagi berselera la saya…..
Macam biasa PAPADOM dua keping mesti ada…termasuk la kuah dalca
Dapat AYAM MASAK MERAH bahagian kepak….. besar dan banyak isi dagingnya..
Kebetulan ayam nei memang baru dimasak so agak panas…..then saya biarkan
ayam nie dalam keadaan cenggini untuk SEDETIK LEBIH pastu baru la sambung
makan balik…..

So bila saya nak bayar bil makanan saya …. Tuan punya restoran nie dengan
baik hatinya belanja makan dengan kata lain saya makan PERCUMA laalalallaa…
Alhamdulillah….semoga perniagaan restoran ini berkembang maju….hehehehe
Lokasi : Berhampiran Klinik Kesihatan Sepang…..
Tel : 019 – 399 1588 //// 019 255 9848
Email : nanbriyanigam@gmail.com
p/s : CIK LILY PUTIH…. ada masa ko singgah la makan kat sini tau…SEDAP !!!!
Gambar & Video MALAYSIA vs TAIWAN 2011 l Kelayakan Piala Dunia
Gol pertama MALAYSIA VS TAIWAN 2011 – Safiq Rahim
Gol kedua MALAYSIA vs TAIWAN 2011
Gol MALAYSIA vs TAIWAN 2011 – Gol saguhati Taiwan

Pemain Malaysia, Aidil Zafuan Abd. Razak (tengah) meraikan jaringan kedua bersama rakan sepasukan, S. Kunanlan pada perlawanan pusingan pertama kelayakan Piala Dunia 2014 menentang Taiwan di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam tadi.














