Saya Makan DUA SET burger A & W

Sesungguhnya….

Setiap kali saya makan makanan segera pastinya akan terasa lapar balik ataupun

dalam loghat bahasa utara yang saya panggil ” Perut tak kejap ” ( tak kenyang ).

Maka usaha yang boleh dibuat ialah dengan memesan DUA SET BURGER A & W

sebagai percubaan….

Rasanya…. inilah kali ketiga saya makan A & W nie….

Makan DUA jenis fries ( biasa dan spiral ) – kunyah begitu sahaja tanpa sos cili….

DUA set burger – Marina Fish Sandwich dan Double Mozza Burger…Memang SEDAP !!!

Yang MOZZA BURGER tu saya suka sebab kepingan dagingnya tidak begitu tebal…

dan lebih mudah untuk saya makan dan hadam dengan baik….

Penutup dengan DUA GELAS root beer dan salah satunya adalah FLOAT…. memang

telah buatkan perut saya kenyang sangat….

 

p/s : Rasanya nikmat lagi kot makan nasi ………. hehehehe

Dapat Cek Exabytes yang BASAH

Alhamdulillah….

Semalam selepas pulang dari kerja / makan malam saya nampak ada sampul

surat dari Exabytes Malaysia . Akan tetapi ianya dalam keadaan basah , maka

dengan cergas saya bawa masuk ke rumah untuk keluarkan cek yang ada

dalam sampul surat tersebut….

Saya memang dah jangkakan untuk dapat cek nie sebab diorang dah beritahu

tempohari yang cek akan sampai pada penghujung bulan nie…

Namun…

Apabila saya keluarkan cek tersebut ianya sudah BASAH SEDIKIT di bahagian

belakang cek tersebut….Terus saya halakan cek nie pada KIPAS BERDIRI di rumah

sambil saya meniup dengan kuat dengan harapan ianya LEBIH CEPAT kering….hehehe

Cuma saya lega apabila bahagian depan tu masih dalam keadaan KERING dan

tiada satu perkataan dan nombor pun yang terjejas….So saya beranggapan TIADA

MASALAH untuk saya bank in cek nie pada hari kan? Betul tak bro EYRIQAZZ dan

SHARINGINFOZ ?

Kalau tak kena mintak Mr Big ( Husband  Cik Lily Putih ) untuk keluarkan satu cek baru

untuk saya…. sebab ianya dari PUBLIC BANK…..hahahaha

So… boleh tak anda share dengan saya APAKAH CIRI-CIRI CEK yang TIDAK

DITERIMA oleh pihak bank ?

Wadihana Islamic Kitchen Bangi

Semalam…

Selepas habis dari kerja….terus saya ke bangi dengan perancangan awal hendak

pergi ke restoran XXX akan tetapi tutup la pulak….Lepas tu saya ternampak satu

restoran yang memang ada dalam senarai untuk saya buat food review…

Inilah Restoran Wadihana Islamic Kitchen yang terletak di Bandar Baru Bangi….

Gambar diambil dari buku menu yang menarik….Dan seperti yang tertera di gambar tu..

selain menyediakan menu masakan melayu kita…restoran ini turut menyediakan menu

hidangan dari ITALI dan MEXICO termasuklah WESTERN FOOD….akan tetapi oleh

kerana ini adalah kunjungan pertama saya…..

Saya cuma order kuetiow goreng sahaja ( kegemaran Cik Nu Lofa ) – Maaf …kualiti

gambar kurang memuaskan sebab amik ngan kamera handphone 2MP je….

Macam biasa la kan,ada limau sebagai penambah perisa dan sedikit kerang dan ayam

Yang penting ade jugak udang DUA EKOR yang menyedapkan kuetiow nie….

Dan oleh kerana waktu saya sampai di restoran baru je lepas hujan reda….so pesan air

teh o limau asam boi – memang cerah je mata tu….hehehehe..Untuk kunjungan

pertama kali nie apa yang saya suka ialah pekerja yang amik order di situ mesra

pelanggan…..

Dan ini alamat restoran nie :-

No.2, Jalan Medan Pusat 2C, 3B Curve Business Park, Seksyen 9, 43650 Bangi, Malaysia

Isnin – Khamis:11.00 pagi-11.30 ptg

Jumaat:3.00 ptg-11.30 ptg

Sabtu – Ahad:7.30 pagi-11.30 ptg

Peluang sertai Parti Laman Sosial AJL26

Rasanya….

Mungkin sudah ramai yang tahu… pasal TV3 telah memberi peluang kepada orang

untuk menyertai Parti Laman Sosial AJL26 pada 29 Januari nanti…Saya pun

secara kebetulan tahu pasal info nie melalui salah seorang rakan FACEBOOK….

Okey laa… cuba tengok TERM N CONDITION yea…

Cantik kan poster ANUGERAH JUARA LAGU 26 nie kan….

Rasanya TV3 adalah rangkaian televisyen pertama yang buat IDEA MENARIK nie…

Ini adalah terma dan syarat-syarat penyertaan

Kriteria untuk sertai PARTI LAMAN SOSIAL AJL 26
So anda boleh daftar dengan FACEBOOK atau TWITTER ….
Siapa rasa FRIEND or FOLLOWERS banyak boleh terjah link di bawah