HAZMAN vs FOOD ( DUA BIJIK APAM BALIK ZARUL UMBRELLA )

Kalau anda biasa membaca komen-komen dari EKSEKUTIF JUALAN UNIFI 

pastinya anda akan perasan yang beliau suka usik THE SINGING BLOGGER yang

baru-baru ini berjaya memenangi Malaysia International Celebrity Blog dengan cerita

APAM BALIK beliau….

Dan kalau yang belum baca kisah pengalaman beliau tu…. boleh terjah yea

>>>> KISAH APAM BALIK ZARUL UMBRELLA <<<

apam balik pasar malam

Dan kebetulan saya mendapat CABARAN MAKAN APAM BALIK dari salah seorang

pembaca setia blog nie – PAKAR BAHASA PENGATURCARAAN KOMPUTER untuk

makan APAM BALIK PASAR MALAM …. hehehehehe

resepi apam balik sedap

Kalau ELISSME  suruh saya makan SEBIJIK…. so saya UP kasi DUA BIJIK …. kira dah

lebih dari permintaan la kan….. hihihi , cuma satu saya beli yang biasa satu lagi saya

beli yang special….murah jugak la…sebab biasa baru rm1.70 dan special hanya rm2

apam balik pasar malam

Seperti yang anda biasa tengok…. APAM BALIK yang besar tu dipotong empat kan…

dan brother yang jual nie memang baik hati… cubalah tengok isi kacangnya ….memang

banyak kan….

apam balik pasar malam

Selain kacang yang banyak….APAM BALIK nie juga diperkayakan dengan bijian JAGUNG

yang kuning keemasan…..dan untuk EMPAT POTONGAN APAM BALIK nie saya kunyah

telan dalam 5 minit jee…. mudah sahaja….

apam balik pasar malam

Next ialah APAM BALIK SPECIAL…. sama besar je yang biasa tu cuma lebihnya apam

balik nie diletakkan coklat…. rasanya sama je la kan dengan pasar malam kata tempat

lain kan….Boleh nampaknya betapa pekatnya coklat dalam apam balik tersebut…..

apam balik pasar malam

Oleh kerana apam balik mengandungi EKSTRA COKLAT…. makanya ia jadi lebih gebu

dan sedikit tebal dari apam balik biasa…Cuma untuk habiskan apam balik special a.k.a

coklat nie….. saya agak slow sedikit sebab ianya macam terlebih manis….tapi takde la

sampai sepuluh minit….dah settle terus saya minum air mineral banyak-banyak….

” KESIHATAN KENA JAGA JUGAK KAN ” …..

Nampak mudah je kan cabaran kali nie…. ? Tapi cuba buat dulu agak-agak boleh abis

tak kalau makan sekali yang SPECIAL ( manis sangat ) tu ?

============================================================

Dan untuk hari-hari mendatang saya MOHON UNDIAN rakan-rakan dan PEMBACA BLOG

HAZMANFADZIL.COM untuk vote saya untuk

NUFFNANG FAVE MAKAN MAKAN EXPERT

Sila klik pada BANNER atau LINK di atas untuk berikan UNDIAN anda…. Segala undian

anda amatlah saya hargai….semuanya akan berikan perangsang untuk saya jadi

FOOD BLOGGER YANG HEBAT….

FOOD BLOGGER lebih layak jadi HOST RANCANGAN JJCM ???

Kalau tak silap saya pernah terbaca post entry mengenai kegagalan PENGACARA BARU

rancangan JALAN JALAN CARI MAKAN TV3 ( JJCM ) di blog BEAUTIFULNARA pada

bulan MAC YANG LALU…. Namun semalam adalah KALI KETIGA saya menonton JJCM

dan ianya tetap sama MENGECEWAKAN…..

pengacara jjcm mengecewakan

Boleh kita lihat RESPON dari orang ramai adalah NEGATIF BELAKA….

pengacara baru jjcm gedik

Saya sendiri pun ada berikan komen di FANPAGE TV3 MALAYSIA tersebut dan ramai

yang berfikiran yang sama – pengacara memang PATUT DITUKAR….

shiha tidak sesuai jad pengacara jjcm

Then saya update status di WALL FACEBOOK saya…. dan seperti yang saya jangka….

pendapat mengenai si SHIHA yang asyik makan control tak sudah disokong….hahahahha

Dan saya pelik laa… sejak penampilan pertama diorang ( IQBAL + SHIHA ) telah dikutuk

hebat dan dihentam di FANPAGE TV3…. namun tiada perubahan yang dilakukan…aduyai…

Apapun yang saya perkatakan nie hanyalah pendapat peribadi saya dan pandangan agar

REPUTASI JJCM YANG HEBAT tidak tercemar di atas kelemahan pengacara baru

mereka….

Tidakkah mereka ( penerbit JJCM TV3 ) …terfikir

untuk mengambil selebriti yang betul-betul ENJOY THE FOOD/DRINK agar buat orang

ramai lebih teruja untuk pergi makan di restoran atau tempat makan yang dipaparkan

dalam episod yang ditayangkan…. atau saya cadangkan mereka mengambil FOOD

BLOGGER untuk jadi host….secara tidak langsung boleh jadi MARKETING TOOLS

yang lebih releven …. betul tak ?

food court makan antarabangsa

Perghhh…. banyak pulak saya membebel yea kali nie…. anyway baru-baru nie saya dan

housemate ade singgah di ASIA CAFE SUBANG JAYA – tempat makan yang

menempatkan pelbagai gerai makanan antarabangsa ( indon , vietnam , china , arab )

dalam satu bumbung….

asia cafe subang jaya

Tapi saya tak makan pun sebab dah lewat malam masa tue… so just minum nescafe

ais GELAS BESAR….

asia cafe subang jaya

TEMBAKAI LAICI pulak adalah pilihan housemate saya untuk hilangkan dahaga….siap

kitorang lawan minum lagi…. tapi confirm la saya menang sebab member saya nie kena

telan laici tu dulu kan….hahahahaha

asia cafe subang jaya

Tu diaaa…. MINUM AIR GELAS BESAR siap kena GOVERNMENT TAX tue…. Tapi

memang puas hati sebab saya minum nescafe ais tue… terus TERANG je mata saya

sampai ke subuh….

Anda pernah minum air GELAS BESAR tak ???

===============================================================

Dan untuk hari-hari mendatang saya MOHON UNDIAN rakan-rakan dan PEMBACA BLOG

HAZMANFADZIL.COM untuk vote saya untuk

NUFFNANG FAVE MAKAN MAKAN EXPERT

Sila klik pada BANNER atau LINK di atas untuk berikan UNDIAN anda…. Segala undian

anda amatlah saya hargai….semuanya akan berikan perangsang untuk saya jadi

FOOD BLOGGER YANG HEBAT….

Geng Talibarut masuk DIGI AWARDS jugakkkk

Yeaaa…..

Hari dah masuk hari minggu ( AHAD ) masa untuk rehat dan relax di samping hari yang

bagus kalau tak pergi buat senaman or jogging di taman tasik or taman permainan

di kawasan rumah anda….

Rasanya anda semua tahu yang saya memang menyertai DIGI AWARDS kan….dan tidak

lupa jugak kawan-kawan saya dalam GENG TALIBARUTS ( GTBC ) .Diorang pun masuk

dalam kategori yang sama dengan saya….

Good Food For Arabian Night - BLOG CIK LILY PUTIH

Hidup Untuk Makan atau Makan Untuk Hidup – Blog KAK INA KL

All About Food. Lets Talk About Food – Blog JEJAI

kalau sedap kata sedap, kalau tak sedap, direct je ckp tak sedap  - Blog EYRIQAZZ

Dah settle undi diorang…. Macam biasa untuk diri saya…..

 A happy guy who love to EAT DELICIOUS FOOD – >> SILA VOTE BLOG SAYA <<

Bantu saya untuk berikan UNDIAN ANDA setiap hari tau….

Anyway …. rajin-rajin la terjah blog adik saya si SHAKIDDO tu sebab dia tengah buat

contest WANG TUNAI HAZMAN vs FOOD…. bermula besok setelah 2 hari rehat…….

 

p/s : Semua VOTE ANDA akan buat saya jadi FOOD BLOGGER YANG HEBAT…

Gambar & video PERAK vs TERENGGANU (2-2) – Liga Super 2012

Pemain Terengganu merayakan jaringan Joseph Kalang Tie ketika perlawanan hanya berlangsung tidak sampai seminit ketika menentang Perak. Kedudukan pada separuh masa pertama ialah 1-1 selepas Muhd Rafiudin menyamakan kedudukan untuk Sang Seladang.

Video gol PERAK vs TERENGGANU (2-2) – Liga Super 2012

Gambar & video gol KELANTAN vs LION XII ( 3-0 ) Liga Super 2012

Norfarhan meraikan gol kedua Kelantan dalam perlawanan di antara Kelantan dan Lion XII di Kota Bharu. Kelantan menewaskan Lion XII 3-0 di Stadium Sultan Muhammad ke IV pada 4 Mei 2012.

Kelantan vs Lions XII [3-0] Liga Super 2012 | Gol S Chanturu

Kelantan vs Lions XII [3-0] Liga Super 2012 | Gol  Norfarhan

Kelantan vs Lions XII [3-0] Liga Super 2012 | Gol Rizal Fahmi